Misi Perbaiki Blog Cxopportunities 2023

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Permulaan Blog cxopportunities

Hai korang. Hari ini cx nak cerita sedikit misi tahun 2023 untuk blog Cxopportunities. Cx ini dah berblog sejak tahun 2011 lagi tapi tiada ilmu pon pasal blog. Saja buat blog untuk kongsikan apa yang cx rasa bermanfaat. Dalam tempoh sebulan dua, cx dah dapat ramai pembaca dan followers. Alhamdulillah. Tapi waktu tu memang sakan asyik blogging saja.  Zaman dulu ramai orang buat segmen. Melalui segmenlah dapat kenal ramai blogger. Seronok! Ini bukti cx blogging bila.  IC blogger yang dulu blogger musicbrilliant buatkan.  Siapa ada IC ni dulu? Ramai juga dapat. Tapi cx the first one yang ada IC blogger waktu itu. Hehe 

Blog Cxopportunities 2023
Misi Perbaiki Blog Cxopportunities 2023

Perbezaan Blogging Dulu Dan Kini

Jika dulu, cx berblog hanya sekadar suka-suka tetapi sekarang dah berubah. Rupanya dengan blog, cx boleh dan mampu jana pendapatan. Tetapi banyak benda cx kena perbaiki. Kalau dulu, senang sangat nak main dengan coding edit template, edit itu edit ini. Tetapi sekarang rasa macam sulit sungguh kurasakan. Barangkali sudah tua? Yalahtu kan. 

Cx serius dengan blog untuk menjana income bermula pada tahun 2020 pada bulan lapan. Itupon selepas cx minta tolong blogger hebat Hasrul Hassan tengokkan blog cx. Dari situlah cx tahu yang blog cx ini outdated template, dan banyak masalah asas blog.  Ini termasuklah tiadanya Google Search Console dan Google Analytic.  Teruk kan? Memang kena basuh betul dengan blogger Hasrul Hassan.  Blogger Hasrul Hassan atau lebih dikenali dengan nama HH sangat tegas ya. Tapi teguran beliaulah membuatkan cx bangkit. 

Perjalanan Kebangkitan Blog cxopportunities

Cx mula berazam untuk ubah sedikit demi sedikit atas nasihat HH dan team blogger kbba9. Mula-mula sekali cx selesaikan Domain Baru Blog Cxopportunities . Cx minta tolong dengan blogger Meksah. Alhamdulillah dipermudahkan. Kemudian cx fokus kepada untuk cuba mempunyai Adsense. Sini ada Pengalaman Apply Adsense Sendiri yang cx pon tak sangka dapat approval seawal itu. Tetapi ketika itu ada cabaran lain pula yang perlu dihadapi. Agak sedih sebab DA jatuh merudum. Tapi tak apalah, kita adjust mana yang patut. 

Selepas settled yang berikut, cx cuba study sedikit demi sedikit pasal blog semula. Buat benda paling mudah faham iaitu broken link dan breadcrumbs. Tapi waktu tu tak reti sangat. Jadi ianya terputus di tengah highway. Wassalam. 

blog cxopportunities
Misi Perbaiki Blog Cxopportunities 2023


Misi Perbaiki Blog Cxopportunities

Sekarang ini baru cx bangkit kembali dan kali ini atas semangat blogger Kak Azni team kbba9 pula. Bila kak Azni banyak tunjuk ajar dan kongsi ilmu, dan pada satu hari Kak Azni cakap, study GSC, kita akan tahu semua pasal blog. Dari situ cx ambil cabaran dan cx nampak hasilnya. Alhamdulillah. Terima kasih Kak Azni! Cx teruja sangat bila dapat buat sendiri semua yang selama ini cx tak tahu. Terima kasih sangat. 

Bermula bulan dua cx dah mula bersihkan broken links.  Banyak sangat dan cx habis selesaikan kesemua sekali.  Kemudian cx pergi kepada GSC, cx cek pasal breadcrumbs.  Cx selesaikan ambil masa dua tiga hari sebab tertangguh-tangguh akibat tugasan hakiki di rumah.  Alhamdulillah selesai juga akhirnya. Seronok kemain lagi.  Kemudian cx beralih kepada masalah soft 404 pula.  Ini agak mencabar juga ya sebab ada 89 links yang bermasalah. 

blog cxopportunities
Misi Perbaiki Blog Cxopportunities 2023

Habis saja, cx terus beralih kepada indexing pages.  Ini betul punya banyak pages yang tidak di index ya.  Dia ada banyak faktorlah, antaranya removal links, entry zaman jahiliah dan entry yang entah kemana pergi dan tiba-tiba muncul kembali tetapi tidak berindex. Sungguh sulit kurasakan kali ini ya.  Haa, sekarang masih dengan indexing pages ini.  Tetapi tadi sempat cek speed blog, ternyata sebelum ini dia A, tiba-tiba dibantaikan turun C.  Alahai kasimmmmm! Kau tunggulah giliran ya.  Cx nak buat indexing ini dulu. Korang doakan ya! Terima kasih sudi baca. kbai.

Post a Comment

3 Comments

Lya Imtiyaz said…
Teruskan usaha CX. InsyaAllah yg teraik pastinya .
Sii Nurul said…
Bestkan kalau belajar pasal GSC nie walaupun kdg pening hahaha tetapi bila dah siap dan nampak hasilnya tu mmg puas hati
Cik Nor said…
wah..buatlah tutorial CX..nak blajar jgk..Pv down ni..:)