Selesai Berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah 2023

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selesai Berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah 2023 

Musim sekolah kembali lagi untuk sesi baharu tahun 2023/2024.  Cx sebagai mak abah kepada dua orang anak yang akan bersekolah pada bulan tiga ini, sangatlah lega ya bila dapat siapkan kelengkapan anak-anak.  Kami dah selesai berbelanja kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-hari sabtu minggu lepas.  Memang seronok sungguh si abang dan kakak bila kita bagi dia pilih sendiri apa yang mereka suka.  Lagipun cx percaya dengan Pusat Pakaian Hari-hari sebab barang kelengkapan sekolah mereka sangat berkualiti dan bagus.  Tahun lepas pon cx beli dekat sini juga.  Lagi jimat berbelanja sekarang sebab ada promosi sempena kembali ke sekolah 2023 tau!.  Berbaloi oii!

promosi kembali ke sekolah 2023
Selesai Berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah 2023 

Kelengkapan Sekolah One Stop Center

Berbelanja di Pusat Pakaian Hari-hari memang cx suka sangat.  Anak-anak pon seronok dan mudah sangat nak dapatkan apa yang kita nak.  Mana tidaknya, Pusat Pakaian Hari-hari merupakan One Stop Center kelengkapan barangan sekolah.  Semua kelengkapan sekolah dari atas kepala sampai hujung jari kaki boleh dapat dekat sini.  Tak payah nak pening-pening cari dekat banyak-banyak kedai.  Lagi haru bila kita bawa anak-anak kecil, datang perangai penat diorang, memang haru birulah kami mak abah nak melayan.  Betul tak?  

promosi kembali ke sekolah 2023
Selesai Berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah 2023 

Cx pergi beli barang kelengkapan sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-hari di MITC haritu. Ini salah satu cawangan di Melaka yang dekat dengan rumah cx.  Tambahan lagi, Pusat Pakaian Hari-hari MITC sangat strategik dan besar jugalah.  Semua kelengkapan sekolah ada lagi-lagi sekarang ini promosi kembali ke sekolah 2023 kembali lagi.  Memang syurgalah bila berbelanja. Korang tengok sendiri antara kelengkapan  yang ada di Pusat Pakaian Hari-hari MITC di bawah. 

promosi kembali ke sekolah 2023
Selesai Berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah 2023 

Antara barang kelengkapan sekolah yang cx beli dan belanja adalah dua pasang baju sekolah rendah kebangsaan, dua pasang baju sekolah sekolah agama siap sampin dan songkok.  Kemudian belanja tiga helai anak tudung dan tudung sekolah putih.  Kasut sekolah, alat tulis dan banyak lagilah.  Memang Pusat Pakaian Hari-hari adalah the best One Stop Center kelengkapan sekolah.  Terbaik!

Servis dan Layanan Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Memang Terbaik

Cx suka betul pergi Pusat Pakaian Hari-hari di MITC ini.  Korang kalau datang sini, carilah pekerja bernama Nor Shafikanabila, dia memang seorang yang sangatlah bagus layan cx dengan anak-anak.  Korang bayangkan masa mula kami sampai, dialah yang tak jemu-jemu dan sabar layan apa saja yang cx nak sampailah kami habis berbelanja kelengkapan sekolah.  Cx rasa dia sangat penyabar dan bahagia saja bila melayan pelanggan macam kami.  She enjoy her job! Seriously. Terima kasih sebab layan kami baik sangat.  Cx hargai sungguh-sungguh.  

promosi kembali ke sekolah 2023
Selesai Berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah 2023 

Pengalaman cx sepanjang berbelanja sempena promosi kembali ke sekolah kembali lagi 2023 memang sangat enjoy dan santai sangat.  Pekerja semua sangat baik dan membantu.  Kawasan pembelian barangan kelengkapan sekolah pon ada bahagian tertentu dia.  Tersusun rapi di satu bahagian dan tidak berpecah atau jauh untuk kita cari.   Kedai pon besar dan ruang untuk memilih pon tidak sempit.  Mak ayah pon tidaklah berlaga-laga ketika memilih kelengkapan sekolah anak masing-masing.  Semuanya laju saja memilih atas bantuan pekerja mereka.  Alhamdulillah. Dahlah bila ada saja pelanggan baharu yang datang, semua pekerja yang ada akan sambut dengan sahutan 'Selamat Datang' .  Kagum cx. 

promosi kembali ke sekolah 2023
Selesai Berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah 2023 

Marilah Pergi Hari-Hari!

Marilah pergi hari-hari sekarang! Memang cx sangat recommend dekat korang yang nak cari kelengkapan sekolah anak-anak.  Jimat dan boleh dapat barang baik berkualiti di Pusat Pakaian Hari-hari.  Cx pergi yang berdekatan dengan cx iaitu di MITC.  Kalau tak sempat nak pergi sendiri, korang boleh juga berbelanja secara atas talian sahaja.  Lagi tak payah pening nak pilih dan berpenat lelah. Boleh belanja sambil baring bila-bila masa dimana jua korang nak.  Korang jangan tak tahu pula yang Pusat Pakaian Hari-hari sekarang ada 98 cawangan okay seluruh Malaysia. 

98 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: https://ehari.com.my

Post a Comment

0 Comments