Harga Tindik Telinga di Klinik 2023 Melaka

Harga Tindik Telinga di Klinik 2023 Melaka

Hai semua.  Hari ini cx nak kongsi sedikit pengalaman tindik telinga anak perempuan cx yang nombor tiga.  Sebelum ini si kakak tindik telinga waktu umur-umur macam ini juga dalam lingkungan usia tiga tahun.  Sekarang anak cx yang nombor tiga bernama Diya beriya nak tindik telinga juga macam si kakak.  Pada mulanya kami rasa dia kecil lagi dan ditunda.  Kemudian kali ini ada peluang dan waktu yang sesuai, jadi kami terus tanya lagi dekat Diya sama ada nak tindik telinga tak hari ini?  Terus Diya setuju memandangkan selama ini Diya asyiklah cakap nak tindik telinga macam kakak.  

Pengalaman Tindik Telinga Ketika Kecil

Cx ni nak dijadikan cerita dulu masa kecil-kecil waktu nak tindik telinga, mak abah bawa pergi kedai emas Cina tau.  Biasalah dulu mana ada banyak maklumat tentang klinik dan kedai yang buat tindik telinga.  Jadi yang terkenalnya waktu dulu untuk tindik telinga adalah di kedai emas Cina.  Jadinya cx ingat lagi memang mak abah bawa ke kedai emas satu ini di Melaka.  Cx dalam usia lima enam tahun kalau tak silap.  Atau dah sekolah rendah, tak berapa nak ingat. Tapi dalam lingkungan usia sebegitulah.  

Harga tindik telinga 2023
Harga Tindik Telinga di Klinik 2023 Melaka

Pengalaman Cx Tindik Telinga

Cx memang teruja untuk tindik telinga waktu itu ya.  Lagi-lagi cx anak perempuan tunggal, lagilah dilayan bagaikan Elsa. Eh! Bagaikan puteri gitu. hehe  Mula-mula sebelum tindik telinga, kena pilih subang yang cx nak dekat kedai emas itu juga.  Lepas itu aunty dan anak dia rasanya datang bawa tempat tembak tindik telinga.  Menariknya, mereka buat tindik telinga secara serentak.  Cx memang tak banyak tanyalah sebab telinga sendiri adalah subjek utama waktu itu.  Cuak jugakan.  Bila mereka kira sampai tiga sahaja, terus ditembak untuk tindik telinga.  Terkejut ya kawan-kawan.  Nak tahu tak apa cx cakap dalam hati?  Kenapa tak baca Bismillah? hahah kan dah sakit. hahaha. 

Pilih Klinik Islam Berdaftar

Disebabkan itu jugalah cx pilih klinik berdaftar dan orang Islam untuk tindikkan telinga anak-anak perempuan cx.  Cx tidak racist ya kawan-kawan.  Cx sangat okay dengan kedai emas Cina aunty tersebut.  No hate okay. Cumanya cx lebih memilih untuk ke klinik dan orang Islam yang tindikkan.  Itu sahaja. Tidak melibatkan sentimen perkauman atau agama ya. Maaf.

Klinik Tindik Telinga Pilihan Kami di Melaka

Macam biasa, klinik tindik telinga pilihan kami di Melaka adalah Klinik Amal dan Surgeri Sdn Bhd di Bukit Katil Melaka.  Orang Melaka lebih kenal dengan gelaran klinik Doktor Rahimah Bukit Katil.  Terkenal dengan nama sedemikian disebabkan doktor dia sendiri yang baik dan penuh berhemah serta teliti ketika merawat pesakit.  Cx sangat suka dengan penjelasan setiap butir yang diucapkan.  Kami jadi faham dan yakin.  Kalau nak diikutkan, dulu anak-anak cx semuanya sunat di sini.  Korang boleh baca lagi di entry cx yang ini ya Sunat (Berkhatan) Bayi Perempuan di Melaka .

Harga tindik telinga 2023
Harga Tindik Telinga di Klinik 2023 Melaka

Jika dua tahun lepas, harga tindik telinga adalah RM20 tapi harga tindik telinga di klinik 2023 Melaka adalah RM25.  Klinik Muslim menjadi pilihan cx disebabkan Bismillah sahaja 😂 . Jangan marahkan cx ya. Ohya, cuma sedikit kekurangan yang ada adalah doktor tindik telinga satu satu. Jadinya anak bila rasa sakit, terus menangis taknak tindik telinga lagi sebelah. Waima doktor dah letak penyejuk dekat telinga sebelum tindik. Itu sajalah yang cx rasa kurang. Anak-anak kalau dah sakit, memang menangis beriya kena pujuk. Tapi Alhamdulillah kedua-dua anak dara cx dah selesai tindik dan sunat ketika kecil. Alhamdulillah. 

Post a Comment

0 Comments