Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

Bila dikenangkan kembali fesyen zaman nenek moyang kita dahulu kala, ianya benar-benar mengembalikan nostalgia dan tradisi fesyen klasik dan tradisional  kita.  Pada cx, nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam berfesyen.  Paling cx sukalah sebab ianya lebih menggambarkan kepada kesopanan gadis melayu yang tinggi budi pekerti.  Penuh adab dan perasaan malu. 

koleksi ningrat tana hassan
Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

Jadi, bila sekarang ini agak trending juga apabila ada jenama yang berani mengetengahkan kembali fesyen penuh nostalgia dan klasik tersebut di zaman serba moden.  Sungguhlah ramai juga yang jatuh hati.  Cx pon tidak terkecuali.  Korang tahu tak tentang selendang sulam? Selendang bersulam tepi ala-ala veil pengantin tu.  Cantik dan klasik kan? Haa, kini Cik Hassanah founder jenama Tana Hassan telah lancarkan keluaran baru mereka iaitu Koleksi Ningrat Tana Hassan yang penuh klasik dan tradisional tau. 

Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan

Ningrat sebenarnya adalah bahasa melayu klasik kita sendiri.  Ianya membawa maksud golongan bangsawan melayu klasik. Klasik sangat nama Ningrat ini kan? Pada cx, ianya unik waima rasanya macam ini pertama kali cx tahu dan dengar perkataan Ningrat ini.  Disebabkan nama Ningrat yang penuh klasik, cik Tana Hassan mendapat idea untuk membawakan konsep klasik ini yang penuh tradisional.  

Cik Tana Hassan memperkenalkan koleksi klasik Tana Hassan. Koleksi Selendang Sulam daripada koleksi NINGRAT. Ianya mengembalikan nostalgia dan tradisi nenek moyang dengan memertabatkan fesyen klasik tradisional.  Koleksi Ningrat mempunyai dua jenis iaitu Shawls Sulam dan juga Bawal Sulam.  Cik Tana Hassan mengetengahkan dua pilihan untuk peminat selendang sulam-sulaman agar mereka suka dan selesa menggayakannya.  Material yang digunakan adalah Chiffon Georgette. Saiznya adalah 180 cm x 75 cm.  Bawal sulam pula ada bidang 45 dan 60. 

koleksi ningrat tana hassan
Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

Pada cx, kolesi Ningrat ini sangat menarik dan penuh nostalgia klasik.  Bila pakai sendiri shawl sulam Tana Hassan, cx rasa macam kembali ke zaman nenek moyang kita dahulu kala.  Sudah pastinya cx taknak ketinggalan untuk mencubanya sendiri.  Betul tak?  Jadi, cx gayakan shawl sulam dengan bahaginya tau.  Mana tidaknya, cx suka material shawl sulam Tana Hassan ini.  Kain shawl sulam Tana Hassan ini lembut sahaja.  Kainnya sejuk dan sedang elok tidak panas bila digayakan.  Ianya juga tidak terlalu tebal dan tidak juga nipis untuk digayakan oleh wanita berhijab masa kini. Sopan sangat tau. Kain dia sangat ringan dan mudah dibentuk. 

Makluman korang, koleksi Ningrat ada beberapa jenis warna yang dikeluarkan.  Antara warna yang ada adalah, wood, smokey salmon, tan, misty rose, pale pink, army green, milo, ivory, creamy dan silver.  Banyak lagi sebenarnya, nanti korang boleh tengok dekat facebook Tana Hassan sendiri okay.  Cx dah letak link di bawah entry.  Cantik-cantik belaka kesemua koleksi Ningrat shawl sulam melati Tana Hassan ini tau.  Cx berkenan sungguh, rasa nak dapatkan semua sekali kolesi Ningrat ini.  Klasik sangat. 

kolesi ningrat tana hassan
Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

koleksi ningrat tana hassan
Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

Sejarah Penubuhan Tana Hassan 

Kewujudan Tana Hassan adalah merupakan rebranding daripada jenama asalnya iaitu Hijabulous Hassanah.  Hijabulous Hassanah sebenarnya telah menapak sejak tahun 2013 lagi.  Tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan ketika tahun 2018, Hijabulous Hassanah terpaksa dihentikan.  Sayang sangat tetapi founder Tana Hassan iaitu cik Hassanah tidak berputus asa tau.  Boleh dikatakan hampir setiap tahun cik Tana Hassan cuba bangkit semula dan akhirnya, wujudlah jenama Tana Hassan yang kini mula berkembang baik. Alhamdulillah. 

Banyak kisah disebalik kejayaan kebangkitan semula sehingga berpaksinya jenama Tana Hassan ini sebenarnya.  Menurut cerita cik Tana Hassan, sepanjang perjalanan kebangkitan semula, mereka menghadapi pelbagai dugaan termasuklah ditipu oleh scammer.  Namun semangat dan kecekalan cik Tana Hassan tidak melunturkan keingingannya untuk terus bergerak waima sedikit demi sedikit. 

koleksi ningrat tana hassan
Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

Bawal Printed Tana Hassan 

Selain koleksi Ningrat shawl sulam melati, Tana Hassan juga ada mengeluarkan bawal printed.  Kalau korang nak tahu, bawal printed Tana Hassan sangat istimewa tau sebab coraknya limited sungguh.  Mana tidaknya, setiap satu corak dan design yang dikeluarkan adalah idea cik Tanah Hassan sendiri.  Cik Tana Hasan gigih sangat design sendiri bawal printed Tana Hassan ini tau.  Jadi ianya memang istimewa untuk si pemakai Tana Hassan yang sopan lagi menawan.  Haa gituu. 

koleksi ningrat tana hassan
Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan Mengembalikan Nostalgia dan Tradisi Fesyen Klasik Tradisional

Sudah pasti cx pon taknak ketinggalan untuk mencuba dan menggayakannya sendiri.  Nah cx belanja gambar bawal printed Tana Hasssan.  Cantik sangat corak dan warna yang cx pakai ini tau.  Paling penting, kain dia Ya Allah lembut sangat.  Almaklum materialnya adalah satin silk.  Waima bawal printed Tana Hassan agak licin, namun ianya mudah digayakan.  Kain bawal printed Tana Hassan sejuk saja bila dipakai.  Ringan pon ya dan paling menarik, ianya cantik dan bergaya.  

Facebook: TanaHassan
Tiktok: tanahassan_
Instagram: tanahassan_ 

Post a Comment

1 Comments

Fatin Diana said…
cantik kan shawl sulam TH ni. in love sangattt