Makan Kaki Ayam Memang Bagus Tapi . .


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Makan Kaki Ayam Memang Bagus Tetapi . . 

Haa, siapa yang suka makan kaki ayam? Sila mengaku cepat! Kaki ayam sedap oi ! Lagi-lagi kalau masak sup kaki ayam.  Memang padu! Dulu ramai orang pertikai kenapa suka sangat makan kaki ayam?  Tapi sejak ada satu ketika itu, agak kecoh juga bila dikatakan makan kaki ayam ini boleh awet muda.  Fuh! Makan kaki ayam sahaja beb boleh jadi awet muda.  Dah lah senang nak dapat kaki ayam ini memandangkan ramai yang tak suka makan asbab geli.  Tapi kita tidak geli pon.  Sedap makan buat sup kaki ayam.  Betul tak?  Kita boleh jadi awet muda dengan makan kaki ayam sebab di kaki ayam banyak kolagen. Kan menarik tu. 

makan kaki ayam
Makan Kaki Ayam Memang Bagus Tapi . . (photo: Shutterstock)

Medical Review Makan Kaki Ayam 

Sebenarnya tak banyak kajian yang dijumpai untuk manfaat makan kaki ayam ini.  Tetapi menurut salah satu kajian yang ada iaitu kajian yang dilakukan di negeri Taiwan. Menurut kajian tersebut, menunjukkan 70% kaki ayam tinggi dengan kolagen.  Kalau korang nak tahu, kolagen adalah protein yang paling banyak dekat rambut kita, kulit, dan kuku manusia.  Jadi, memang ianya ada manfaat tersendiri dekat ketiga-tiga ini. 

makan kaki ayam
Makan Kaki Ayam Memang Bagus Tapi . . 


Waima kajian saintifik tidak berapa banyak tetapi ada satu website melalui hello doktor, Doktor Indonesia iaitu Doktor Gabriel Tang Pei Yung, ada menyenaraikan manfaat dan khasiat makan kaki ayam di artikel beliau.  Korang boleh baca sendiri okay selebihnya.  Cx senaraikan bebarapa sahaja khasiat makan kaki ayam yang dikatakan mempunyai kolagen untuk tubuh manusia. Kolagen inilah yang bertindak balas secara positif terhadap manusia. 

  • Kulit yang lebih sihat dan muda.
  • Kolagen di kaki ayam kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
  • Kolagen di kaki ayam meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
  • Membantu badan dalam metabolizing lemak, oleh itu ia baik untuk penurunan berat badan.
  • Melambatkan kesan arthritis.
  • Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Ini paling menarik cx nak kongsi, bila kita makan kaki ayam ini , ada satu lagi kebaikan dan khasiat dia yang tinggi dekat kaki ayam dan korang kena tahu. Dekat kaki ayam ini ada Hyaluronic Acid tau korang. Hyaluronic Acid ini dia mengikat air tau, jadi manfaatnya adalah dapat mengekalkan dan memelihara air dekat kulit kita. Kalau air banyak dekat kulit, makanya kulit kita akan jadi lembut, lembab macam bayilah cerita dia.  Dekat skincare pon sekarang dah ada jual Hyaluronic Acid tapi apalah salahnya kita dapatkan Hyaluronic Acid secara semulajadi dengan hanya makan kaki ayam. Betul kan? Jimat pon iya juga. hehe. 

Keburukan Makan Kaki Ayam

Bila kita cakap pasal kaki, sudah semestinyalah kaki ni sentuh tanah.  Tak payah cakap pasal kaki ayam, kaki kita pon Allah jadikan untuk sentuh tanah. Kalau bab ayam, yang ramai dok geli tu sebab kaki ayam dia kais-kais dan pijak najis dia sendiri.  Betul kan? Jadi, memang tak larilah daripada penyakit dan kumanlah gamaknya kalau dah sedemikian rupa.  Contoh yang cx boleh bagi kalau korang tengok dekat tapak kaki ayam tu, mesti akan ada isi yang tebal sedikit menggerutu.  Kalau nak masak, mesti cx buang terlebih dahulu.  Haa, itulah kalau korang nak tahu, kita panggil ianya ketuat kaki ayam.  

Ketuat kaki ayam ini terjadi disebabkan oleh ayam itu suka sangat dok pijak najis dia sendiri.  Haha! Kalau korang nak tahu lagi, dekat najis ayam tinggi Ammonium tau, Ammonium itulah yang akan irritate kaki dia dan sebab itulah adanya ketuat dekat tapak kaki ayam tu .  Sekarang korang dah tahu kan?  Haa, ini lagi satu, korang kalau jumpa yang ketuat tu dah hitam dan keras kematu, tolonglah jangan makan.  Tak payah nak cuba-cuba kikis buang segala, korang buang sahaja terus kaki ayam itu dan jangan makan okay.  Tengok gambar bawah ini. 

makan kaki ayam
Makan Kaki Ayam Memang Bagus Tapi . . (Maaf jika mengganggu pandangan anda) 

Kalau korang tengok gambar dekat atas ini, ianya adalah bisul kaki ayam atau bubul kaki ayam atau pun bumble foot.  Kalau dalam bahasa sains ianya dipanggil sebagai Pododermatitis.  Nak tahu tak kenapa kaki ayam jadi macam tu?  Ianya disebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil Staphylococcus, merupakan salah satu bakteria yang paling kuat. Haa, jadi, korang kena hati-hati kalau nak makan kaki ayam buat sup okay.  Hindarkan diri daripada keracunan makanan nanti. Jadi, nak makan kaki ayam itu boleh tetapi korang kena pastikan pilih mana satu yang terbaik.  Pilih kaki ayam yang serupa modellah gamaknya.  Putih, bersih, licin, mulus gitu.  Paling penting jangan lupa masaklah ya.  Wajib tu. 

Post a Comment

1 Comments