Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka

Lain macam betul bila tarikan baharu ini diperkenalkan.  Pada awalnya, cx ingatkan ianya dua tempat berbeza atau aras bangunan lain tetapi meleset sekali sangkaan cx.  Ternyata bila cx tiba di Wonderpark Melaka, membuatkan cx melopong seketika.  Cx dok tercari-cari mana pulalah datangnya bufet ramadan dekat taman permainan Wonderpark Melaka ini tau.  Ini betul-betul satu tarikan baharu dekat Wonderpark Melaka.  Kita dapat luangkan masa dengan anak-anak dan berbuka puasa bersama di bufet ramadan Wonderpark Melaka.  Idea yang sangat cx teruja menikmatinya.  

bufet ramadan wonderpark melaka
Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka

Apa Yang Memberi Inspirasi Kepada Wonderpark Melaka? 

Tarikan baharu ini adalah terinspirasi melalui masalah masyarakat kita pada hari ini.  Kini, hari ini, ahli keluarga kurang meluangkan masa berkualiti bersama. Kebanyakkannya banyak menghabiskan masa dengan kerja hakiki dan perkhimatan digital yang 24/7 di depan mata.  Kurang komunikasi, kurang bersosial bersama keluarga.  Kesannya, menyebabkan keluarga tidak bersatu dan hanya buat hal sendiri.  Sunyi sepi dan tiada kesefahaman, mungkin kepenatan dan kurang masa untuk diri sendiri.

bufet ramadan wonderpark melaka
Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka


bufet ramadan wonderpark melaka
Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka

Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, Wonderpark telah mengambil inisiatif yang baik untuk mewujudkan satu taman keluarga dalaman yang pertama seumpamanya direka untuk dinikmati bersama seisi keluarga.  Idea bijak Wonderpark Melaka memberikan motivasi kepada setiap keluarga untuk memberi lebih tumpuan dan cuba bahagikan masa sebaiknya.  Jadi, waima di taman permainan wonderpark ini konvensional, ibu bapa hanya perlu duduk di tepi sambil melihat keletah anak-anak menikmati keseronokan di zon permainan mereka tanpa keraguan. 

Konsep Bufet Ramadan Dan Permainan Dalam Satu Tiket Tanpa Had di Wonderpark Melaka

Paling menarik dan cx teruja sangat nak kongsi dengan korang adalah, istimewanya bufet ramadan dan taman permainan di Wonderpark Melaka adalah harga tiketnya yang sangat berbaloi!  Mana tidaknya, Wonderpark Melaka menggunakan konsep permainan satu tiket tanpa had tau. Maknanya, satu harga tiket adalah digunakan untuk berbuka puasa di bufet ramadan dan anak-anak boleh menikmati keseronokan mereka bermain di Wonderpark Melaka.  Memang menarik sangat! Dua dalam satu untuk hanya sekeping tiket.  Jimat dan berbaloi sangat. Boleh makan dan bermain di taman permainan Wonderpark Melaka tanpa halangan dan had. 

bufet ramadan wonderpark melaka
Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka

bufet ramadan wonderpark melaka
Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka

Bila bercerita tentang bufet ramadan Wonderpark Melaka ini, makanan dia semua sedap-sedap belaka.  Ini cx tak reka cerita okay.  Jujur cakap.  Semua makanan dia sedap, cukup rasa segala.  Cx suka rendang ayam dia, pedas, berlemak dan ayam lembut, padu betul! Bihun dia pon sedap. Kuih muih, dimsum, sayur pon elok sangat.  Kiranya pada cx, korang tak rugilah kalau pergi bufet ramadan wonderpark Melaka ini.  InShaAllah makan puas hati.  Korang kena cuba sendiri tau. 

Zon Permainan Berbeza Mengikut Kumpulan Umur

Lagi teruja bila Wonderpark Melaka mencipta zon dan aktiviti tematik yang berbeza direka khas untuk memenuhi pelbagai kumpulan umur.  Maknanya daripada usia kanak-kanak kepada remaja kepada dewasa kepada keluarga dan warga emas.  Semua kumpulan usia boleh bermain dan menikmati aktiviti yang disediakan sesuai dengan umur kita.  Tidaklah sementara menunggu anak-anak buat aktiviti, mak ayah bosan, tidak pon mungkin anak remaja tak menikmati aktiviti di sana.  Betul tak? 

Kiranya, ini adalah pilihan bijak dan terbaik Wonderpark Melaka untuk kita semua.  Satu keluarga boleh datang ke Wonderpark Melaka untuk bermain di taman permainan dan menikmati juadah berbuka puasa bufet ramadan mereka. Antara aktiviti yang disediakan termasuklah;

  • 3-12 tahun - Giant Playland, 4D Max Colors Alive - Lukis Wau korang sendiri dan boleh tengok ianya dianimasikan dalam bentuk 3D
  • 12 tahun ke atas - Selfie Muzium Popup!
  • Orang lelaki/ayah - Zon permainan dengan Bean Bags Sitting -permainan terkini daripada Nintendo Switch, PS4, PSS
  • Keluarga - Permainan interaktif untuk belajar tentang budaya Melaka & Malaysia termasuk Beca Ride interaktif, Permainan Sang Kancil, Cermin Maya dengan Pemasangan Batik
  • Remaja & ke atas - Zon sukan dengan Mesin Bola Keranjang, Bola Sepak dan Airhockey
  • Semua Orang - Dunia swafoto: ambil swafoto dan lihat diri kita sendiri bertukar menjadi kartun animasi .  Selain itu, photobooth dengan belon udara panas

Tarikan Baharu 2in1 Bufet Ramadan Dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka

Jangan korang tak tahu tau, akan datang, ada banyak lagi permainan yang Wonderpark dah rancang untuk korang nikmati keseronokan bersama keluarga.  Contohnya permainan baharu seperti Coworking Pods, Family Boardgame Area, Mesin permainan sukan dan lagi banyak permainan PSS di zon permainan orang lelaki dan ayah. 

Jom Nikmati Bufet Sekeluarga Bulan Ramadan di Wonderpark Melaka

Rugi kalau korang tak cuba Bufet Ramadan dan Taman Permainan di Wonderpark Melaka.  Istimewanya Bufet Ramadan bermula 6hb - 30hb April 2022.  Tiket pula, korang tak payah nak pening sangat di siang hari berpuasa tu, boleh sahaja beli tiket secara atas talian okay.  Kemudian, korang boleh tempah tempat untuk berbuka puasa bufet ramadan pula melalui whatsapp.  Bufet Ramadan hanya terhad untuk 60 pek setiap hari okay.  Jadi, korang kena cepat bertindak supaya ada ruang untuk berseronok di taman permainan dan berbuka puasa bufet ramadan Wonderpark Melaka. 

Taman permainan Wonderpark Melaka dibuka bermula jam 10:00 pagi sehingga 07:00 malam dan ditutup pada hari selasa.  Sempena bulan Ramadan pula, akan dibuka bermula jam 11:00 pagi sehingga 21:00 malam dan ditutup pada hari selasa.  Kalau korang taknak tertinggal maklumat terkini mengenai Wonderpark Melaka, korang dinasihatkan untuk 'follow' akaun Facebook mereka okay. 

Pesanan: Sila bawa stokin untuk masuk bermain di wonderpark Melaka. 

Pembelian Tiket Online: https://shop.wonderpark.my
Tempahan Bufet Ramadan: Whatsapp 012 899 6928
Info Terkini & Promo: https://www.fb.com/wonderpark.my

Alamat: 
Lot 2F-02C, Level 2, 
The Shore, No.193 Pinggiran @ Sungai Melaka, 
Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka

Post a Comment

0 Comments