Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

Hampir sebulan kita dah bebas kemana-mana selepas Perdana Menteri umumkan boleh rentas negeri pada 11hb Oktober yang lepas. Ramai yang ambil peluang ini untuk pulang ke kampung dan bercuti. Suka Cx ingatkan, walau pun kita dah bebas, tapi kita perlu patuh dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan kerana kes harian Covid-19 masih lagi tinggi ketika ini.

Selain daripada patuh dengan SOP yang ditetapkan, kita juga perlu persiapkan diri dengan perlindungan. Diantaranya adalah memakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dengan hand sanitizer dan mengambil supplement tambahan untuk tingkatkan sistem imun badan kita.

Sebagai seorang ibu, Cx amat tekankan kebersihan dan perlindungan untuk anak-anak Cx. Ibu mana yang nak anak sakit kan? Sebagaimana yang kita ketahui, kanak-kanak ni sangat berisiko tinggi untuk terdedah dengan jangkitan kuman dan virus.

Jadi apa persediaan kita sebagai ibu bapa untuk pastikan anak-anak kita sentiasa sihat dan tidak terdedah dengan jangkitan kuman dan virus?

Diffenz Junior Perlindungan Tambahan Untuk Kanak-Kanak


Sebelum ni Cx ada kongsikan satu produk keluaran Eskayvie iaitu Eskayvie Diffenz yang sangat baik untuk tingkatkan sistem imun badan kita kerana ia menggandungi cendawan susu harimau, vitamin C, Vitamin D dan buah camu-camu. 


Eskayvie Diffenz Junior
Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

Makluman dan pengetahuan korang, syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini.  Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik COVID-19 dan menuju endemik ketika ini.

Diffenz Junior Perlindungan Terbaik Kanak-Kanak


eskayvie diffenz junior
Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.

eskayvie diffenz junior
Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

Walaupun Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.

"Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.

eskayvie diffenz junior
Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

"Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah," katanya lagi.

Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.


eskayvie diffenz junior
Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

Makluman dan pengetahuan korang, Diffenz Junior ini dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Pentingnya Penjagaan Sistem Imun Seisi Keluarga

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

"Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

eskayvie diffenz junior
Eskayvie Lancar Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun dan Bantu Tumbesaran Kanak-kanak

Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.

Lindungi Anak-Anak Dengan Diffenz Junior



Jadi kesimpulannya, sebagai seorang ibu bapa yang yang prihatian, adalah tanggungjawab kita untuk pastikan anak-anak kita mendapatkan perlindungan yang terbaik. Lebih-lebih lagi pada mereka yang hantar anak ke pusat asuhan atau pun taska. Ini adalah ikhtiar untuk memastikan anak-anak ini tidak terdedah kepada jangkitan.

Cx amat sarankan korang dapatkan Diffenz Junior ni untuk perlindungan anak-anak.

Maklumat lanjut berkaitan produk Diffenz Junior ini, korang boleh layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.

Fb Page: Eskayvie Malaysia 
Instagram: Eskayvie Malaysia 

Post a Comment

0 Comments