Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sembuh Covid-19 Bukan Pengakhiran Derita Bekas Pesakit | Pengalaman

Musim pandemik yang melanda negara kita nampaknya masih tiada perubahan.  Ia akan bertukar menjadi endemik di mana kita semua akan terpaksa hidup dengan covid-19 itu sendiri.  Sama seperti kita hidup dengan demam dan selesema yang biasa dihadapi.  

Demi melansungkan kehidupan norma baharu ini, kita sendiri yang kena ambil tahu langkah terbaik untuk perlindungan diri dan keluarga selepas ini.  Mahu atau tidak, kita perlu tingkatkan sistem imun badan agar sedikit sebanyak dapat bertindak balas dengan baik untuk melawan covid-19. 


Eskayvie Diffenz
Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Melalui pengalaman sebelah keluarga cx ada yang positif covid19.  Cx masa dapat tahu berita tersebut, rasa macam terkejut sebab pakcik cx ada kanser.  Jadi, dalam kepala memang dah fikir macam-macam.  Takut sangat.  

Kemudian, bertambah risau sebab anak menantunya pula sedang mengandung.  Korang bayangkan anak pakcik cx itu dahlah mengandung zuriat pertama setelah beberapa tahun kahwin.  Cx rasa Ya Allah! Besar sungguh ujian nak hadap musim pandemik ni.  Macam-macam keadaan. 

Baru-baru ini, kawan cx pula dia update status menyatakan ayahnya dimasukkan ke ICU sebab oksigen drop.  Satu keluarga kawan cx positif covid19 termasuklah anak kawan cx yang berusia baru empat tahun.  Allahuakbar! Sebaya anak cx anaknya.  Kesian sangat.  Lagi cx rasa sedih bila adik kawan cx pon ada kanser dan dia disahkan positif.  Allah! 

Waima pesakit covid19 dah baik, tetapi mereka sebenarnya tidaklah sembuh sepenuhnya.  Ianya akan memberi kesan untuk jangka masa panjang terhadap fizikal dan tahap kesihatan mental kita yang dipanggil long covid.  Ini adalah amaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) okay.  Bukan cx sesuka hati nak cakap.  Ketika pakar dan pemimpin mula meminta supaya adanya tindakan diambil terhadap beberapa kes.  Iaitu kes kebimbangan dan tekanan berkaitan dengan covid19.  Ketika inilah amaran WHO dikeluarkan.

Apakah itu Long Covid atau Sindrom Post Covid?

Long Covid atau diketahui juga sebagai Sindrom Post Covid.  Long Covid adalah keadan bekas pesakit covid19 yang masih mempunyai dan menunjukkan gejala-gejala covid19.  Kebiasaannya bagi tempoh 12 minggu atau lebih.  Agak tidak sedap didengar bila semua gejala tersebut tidak dapat dikenali dan dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.  Punca utama terjadinya perkara ini adalah disebabkan komplikasi jangkitan covid19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh badan kita.  

Secara umumnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit covid19 dekat Malaysia mampu untuk sembuh sepenuhnya.  Tapi, masih terdapat segelintir yang akan terkesan dengan Sindrom Post Covid.  Didapati 66 peratus daripada pesakit mengalami Sindrom Post Covid.  Ini adalah menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Ianya melibatkan seramai 1,004 pesakit daripada kategori empat dan lima yang menerima rawatan susulan.  


Kebiasaannya bekas pesakit covid19 akan mengalami beberapa simptom.  Antara lima simptom yang kerap dialami adalah kelesuan, sukar untuk bernafas apabila buat aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam, batuk dan gelisah (anxiety).  Apa yang lebih menyedihkan bila ada bekas pesakit covid19 mengalami kerosakan pada hati, buah pinggang dan paru-paru.  Ini boleh menyebabkan penyakit metabolik seperti kencing manis.  

Berapa Lama Long Covid-19 Terjadi Dan Cara Untuk Mengatasinya?


Sekarang ini, pemulihan covid19 bukan sekadar mencegah dan bagi vaksin sahaja.  Malahan orang yang pernah kena covid19 dan sembuh juga perlu kita bagi perhatian.  Lagipun, kita semua pon sedia maklum yang virus ini masih boleh bagi kesan jangka masa panjang.  Lagi-lagi pada kesihatan dan keupayaan fizikal kita.  Inilah dia yang dikenali sebagai long covid. 

Menurut kajian, wanita lebih cenderung mendapat risiko long covid berbanding lelaki. Tambah pula disebabkan oleh faktor berat badan berlebihan atau obesiti.  Wanita yang berusia melebihi 50 tahun dan ke atas juga berisiko tinggi. Antara simptom yang sering dialami termasuk gangguan pernafasan, mudah mengah, batuk yang berpanjangan, penurunan kadar oksigen dalam darah dan sesak nafas.

Seronok Bila Dapat Melihat Mama Izuddin Kembali Tersenyum

Bukan itu saja, ada sesetengah individu yang mungkin mengalami kesan jangka masa panjang yang lebih kronik seperti kerosakan paru-paru, gangguan tidur, masalah memori, gangguan kesihatan mental dan sistem imun yang lemah.

Justeru, individu yang pernah dijangkiti Covid-19 hendaklah menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat secara berterusan. Perhatikan simptom yang dialami dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Tips Menghindar Daripada Long Covid

  • Amalkan pemakanan yang seimbang mengikut porsi yang betul iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur.
  • Elakkan pengambilan makanan segera dan terproses yang tinggi garam, lemak trans dan gula.
  • Kekal aktif untuk melancarkan aliran darah, menguatkan otot dan menyihatkan sel-sel badan.
  • Kekal hidrasi dengan pengambilan air putih yang mencukupi.
  • Pengambilan protein dan antioksidan yang cukup amatlah penting. Sumber antioksidan dari sayuran, buahan dan suplemen tambahan sangat baik untuk pemulihan dalaman dan mengelakkan masalah metabolik.

Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie.  Ia dirumus khas bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Eskayvie  Diffenz diformulasikan untuk membantu tingkatkan sistem imun dalam badan kita serta melindungi dan menguatkan paru-paru.  Paling penting, Eskayvie  Diffenz menggunakan 100% bahan semulajadi dan diformulasikan oleh Doktor Perubatan.  Ia bebas Steroid dan Halal.  Utama sekali, Eskayvie Diffenz ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

eskayvie diffenz
Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Diffenz Membantu:

  • Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
  • Meningkatkan Sistem Imun Badan
  • Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
  • Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
  • Menyokong Kesihatan Sendi
  • Menyihatkan Jantung
  • Memberikan Tenaga
  • Mengawal Gula di Dalam Darah
  • Mencantikan Kulit
  • Anti Kanser & Anti Virus

eskayvie diffenz
Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Empat Kelebihan Diffenz 

Kaya dengan Vitamin C dan D
Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu
Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.

Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet: 
Kandungan aktioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri

Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat: 
Rasa enak dan sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.

eskayvie diffenz
Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Selagi kita masih ada peluang, jomlah sama-sama ikhtiar dan buat sesuatu.  Cuba dapatkan sokongan untuk badan kita dengan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D.  Semua ini boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru.  Tak lupa juga, ianya membantu meningkatkan sistem imun badan seisi keluarga. 

Perlindungan empat penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya satu tablet.  Nak makan pon mudah dan rasa dia macam buah anggur hitam yang sedap.  Eskayvie Diffenz boleh diambil oleh semua peringkat usia bermula lima tahun dan ke atas.

Persoalan dan Jawapan Berkaitan Eskayvie Diffenz

Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?
Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?
Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Diffenz?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buah-buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.


eskayvie diffenz
Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?
Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?
Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.


eskayvie diffenz
Eskayvie Diffenz Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19


Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut. 

Website: www.diffenz.com

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

Post a Comment

0 Comments