Staycation Rating Terbaik dan Menarik Di Kuala Lumpur

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Staycation Bersyarat Dibenarkan Di Malaysia

Sejak kerajaan memberi keizinan kepada rakyat Malaysia untuk pergi bercuti, cx rasa ramai masyarakat kita yang tidak lepaskan peluang keemasan ini.  Gara-gara kita sudah terperuk lama sangat dekat rumah, ianya menjadi seperti orang mengantuk disorongkan bantal.  Memang semua orang rasa teruja dan bahagia tidak terhingga.  Tapi harus diingat, hanya mereka yang sudah lengkap tempoh matang dua kali suntikan sahaja yang dibenarkan bercuti.  Ini satu pendekatan yang baik demi menjaga kemaslahatan masyarakat sejagat.  Cx turut sokong dengan pendekatan yang kerajaan ambil. 

Nak bercuti jauh-jauh masih belum berani, jadi cx nak sarankan kepada semua agar mulakan percutian korang dalam daerah dan negeri masing-masing.  Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh kita menginap dan bercuti bersama keluarga.  Pentingnya di sini adalah kepuasan bersama dengan famili dan penginapan yang selesa. 

Staycation Rating Terbaik dan Menarik Di Kuala Lumpur

Baik, kali ini cx nak belanja korang tentang KL Staycation .  Semua orang tahu di Kuala Lumpur terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita pergi.  Waima korang memang anak jati Kuala Lumpur, cx pasti banyak lagi kl staycation yang korang belum cuba. Jadi, cx nak kongsi dengan korang antara staycation rating terbaik dan menarik yang ada di Kuala Lumpur. Okay jom!

The Gardens - A St Giles Signature Hotel

The Gardens - A St Giles Signature Hotel ini terletak di Mid Valley City dan mendapat rating terbaik di Kuala Lumpur. Kawasan yang sangat strategik dan sesuai untuk famili berkumpul.  Tempatnya bersih, selesa, makanan buffet pon elok belaka. Pemandangan yang cantik dapat dilihat dari sini.  Paling penting ada kolam untuk dinikmati anak-anak bersama keluarga.

staycation kl 2021
Staycation Rating Terbaik dan Menarik Di Kuala Lumpur 

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Ini salah satu best staycation in kl.  Korang boleh cuba menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.  Bilik dia super selesa dan staff semua sangat baik dan ramah.  Parking dia pula percuma okay tak perlu bayar.  Kawasan elok sesuai dan mudah nak ke tempat tumpuan seperti shopping mall.  Sarapan pagi dia banyak sangat pilihan yang boleh dipilih. Tak perlu risau dah.  

staycation kl 2021
Staycation Rating Terbaik dan Menarik Di Kuala Lumpur 

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pon salah satu staycation kl 2021 yang menjadi pilihan ramai.  Pekerja semua sangat ramah dan baik hati.  Bilik dan servis mereka terbaik dan disukai.  Menariknya pekerja Seri Pacific Hotel layan pelanggan menggunakan Bahasa Melayu okay.  Satu kehormatan dan kebanggaan jugalah sebab perkasakan bahasa kebangsaan.  Makanan sedap, dan pemandangan menarik.

staycation kl 2021
Staycation Rating Terbaik dan Menarik Di Kuala Lumpur 

Rindu Nak Bercuti di Cameron Highlands 

Cx sebenarnya rindu nak bercuti ke Cameron Highlands.  Lagipun Cameron Highlands Hotels banyak juga yang menarik dan selesa.  Cx suka menginap di Cameron Highlands Hotel yang strategik kawasannya.  Senang untuk ke tempat-tempat wajib pergi di sana. Kalau cx ke Cameron Highlands, cx memang suka santai-santai tenangkan fikiran.  Yalah, di Cameron Highlands kan sejuk dan suasananya indah nyaman dan segar.  Memang sangat membantu untuk cuti santai bersama keluarga. 

Dah lama tak pergi Cameron Highlands.  Memang agak rindu juga tapi percutian cx yang terakhir merupakan hari yang agak mencabar dan tragik juga sebenarnya.  Selama cx turun naik Cameron Highlands, cx tak pernah pening mual segalanya sebab jalan berliku kan.  Tapi trip terakhir, cx boleh muntah ya.  Silap waktu itu cx baru lepas makan scone strawberry.  Agaknya banyak sangat makan.  Jadi mual dan muntah.  Pening tak payah cakaplah.  Memang sedia plastik dekat tangan sepanjang jalan. Memang kenangan sungguhlah. 

best staycation in kl
Staycation Cameron Highlands Hotel Malaysia

Staycation Terbaik Menjadi Pilihan Utama 

Jadi, kesimpulannya, kalau nak bercuti atau staycation kemana-mana, tempat tidur dan lepak itulah yang paling diutamakan.  Paling penting sebab kita nak selesa dan santai-santai dengan keluarga.  Betul tak?  Jadi, orang Kuala Lumpur kalau nak tahu best staycation in kl , korang bolehlah usha tempat yang cx cadangkan di atas okay.  Kalau nak ke Cameron Highlands, nanti ajak cx sekali tau. hehe. 

Post a Comment

3 Comments

Sunshine Kelly said…
Bagus entry ni, kebetulan sis tengah planning nak staycation in town.
Fatin Diana said…
Tak sabar nak staycation kat KL ni bawak anak². Sian diorang lama duk rumah 🤭
Sudah boleh tak pelancong luar negara masuk ke kl