سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Nevertheless K-Drama Review
Cx bila sebut k-drama, memang lama sangat tinggal. Masa zaman belajar di UiTM dulu rajin marathon dengan roommate. Tetapi bila dah semakin berusia, memang tak tengok langsunglah. Boleh dikatakan ada juga dalam 10 tahun macam tu. Tapi sejak pandemik tak sudah, kemudian dapat pula geng-geng blogger dan photograhy meracun tajuk-tajuk drama terkini dan yang menarik untuk ditonton, akhirnya cx terjebak semula. Tetapi cx tidaklah marathon. Cx tonton sekejap-sekejap jika ada masa. Memang banyak kali pause lah jawabnya. Makan masa berminggu untuk habiskan satu cerita. hahah. Apakan daya, mak-mak biasalahkan bila dekat rumah.
Cerita Nevertheless ini cx dapat tahu melalui instagram. Dok scroll feed, ternampak ada yang kongsikan short scene yang comel-comel. Jadinya cx pon terpedaya akan perkongsian tersebut untuk gigihlah menontonnya sampai ke sudah. Okay jom kita baca perkongsian cx tentang Nevertheless kdrama review.
Nevertheless K-Drama Review |
Sinopsis Nevertheless Korean Drama
Nevertheless kdrama adalah drama korea yang ditayangkan di Korea Selatan. Nevertheless korean drama menjadi trending di platform streaming netflix. Nevertheless korean drama menjadi trending disebabkan oleh tarikan daripada pelakon utamanya iaitu lakonan Song Kang dan Han So Hee. Agak trending juga Nevertheless korean drama di Malaysia.
Sinopsis Nevertheless korean drama mengisahkan tentang dua watak iaitu Park Jae Eon (Song Kang) dan Yu Na Bi (Han So Hee). Nevertheless menceritakan bahawa Yu Na Bi mengalami trauma dalam percintaan. Gara-gara perjalanan cinta pertama dia yang berakhir dengan amat teruk. Disebabkan traum dalam cinta pertama, Yu Na Bi jadi tidak percaya dengan cinta. Tapi ianya tidak bermakna yang Yu Na Bi tidak mahu bercinta.
Sementara itu, Park Jeo Eon pula merupakan seorang pelajar dekat fakulti sama dengan Yu Na Bi. Park Jeo Eon agak nakallah, macam playboy dekat fakulti diorang. Dia suka mendekati pelajar perempuan sekadar suka-suka sahaja. Dia taknak ada komitmen macam bercinta dan berpasangan. Jadi, memang ramailah yang dia pikat dan layan macam kekasih tetapi tidak declare apa-apa. Jadi macam gantung tak bertali. Tak serius dengan sesuatu hubungan.
Nevertheless K-Drama Review |
Kemudian, Park Jeo Eon dan Yu Na Bi pon terjumpa dengan tidak sengaja di sebuah bar. Yu Na Bi pula masa itu, dia tengah bersedih berduka lara selepas putus dengan cinta pertamanya. Park Jeo Eon pula pantang nampak perempuan berdahi licin, dia pon mulalah cucuk jarum. Untung sabut, timbul . Untung manusia, siapa yang tahu kan? Gitulah gamaknya Par Jeo Eon mencuba nasib dia. Bermulalah kehidupan 'cinta' mereka yang tidak berstatus.
Diorang selalu berjumpa dan saling mencari satu sama lain sampaikan muncullah hubungan yang berbunga-bunga. Waima diorang sedar yang hubungan mereka tidak berstatus, tetapi tetap juga 'bercinta' kononnya. Diorang waima ada masalah, tetap masih tertarik antara satu sama lain. Sikap Park Jeo Eon yang tak percaya cinta membuatkan Yu Na Bi rasa tak puas hati dan akhirnya mereka berantakan sesama mereka. Tetapi tetap masing-masing memendam rasa di dalam hati. Berjaya atau tidak hubungan mereka? Mampu atau tidak Park Jeo Eon berubah dan benar-benar jatuh cinta?
Baca: Review Luca Movie 2021
Nevertheless K-Drama Review Peribadi
Pada cx, jalan cerita Nevertheless kdrama agak lambat dan perlahan. Masa cx tonton Nevertheless kdrama, rasa macam 'weh! fikirlah laju sikit!' , 'bertindaklah! Common sense kot!' . Haa, macam tulah respon cx bila tonton cerita Nevertheless kdrama. Si Park Jeo Eon bukan main macam tiang pacak. Macam tak ada perasaan langsung. Geram betul tengok muka dia. Dari awal cerita sampai habis, memang tak boleh baca apa yang ada dalam fikiran dia. haha! Kiranya watak yang dia bawa menjadilahkan? Tapi itulah, menyampah. Haha!
Nevertheless kdrama cx boleh bagi 5/10 bintang sahaja. Banyak sebab, antaranya banyak sangat adegan yang tidak sepatutnya. Rasa macam, aku tengok cerita jenis apa ni? Kalau boleh 24/7 dia nak buat scene yang sama. Agak bosan. Kemudian plot cerita dia sangat ringan dan santai. Agak membosankan jugalah.
Nevertheless K-Drama Review |
Selain itu, Nevertheless ini ada perkongsian yang tak bagus untuk tontonan umum macam anak² dan remaja meningkat dewasa. Kehidupan liar seorang anak dara yang dah tak endah langsung dengan martabat diri dia. Cx agak kurang sikitlah. Lepast itu cerita Nevertheless kdrama ada unsur² pengenalan lgbt ya. Ianya adalah sangat tidak sihat.
Jadi, kalau tengok cerita Nevertheless korean drama, pastikan korang dah cukup dewasa dan berakal fikiran yang waras untuk meneruskan tontonan. Adalah sikit nilai murni dalam Nevertheless kdrama tetapi tak cukup kuatlah untuk mempengaruhi para penonton. Cx tengok pon rasa macam, weh! Buang masa aku betul tengok cerita dia ni hahaa. Jangan marah okay peminat Nevertheless. Ini pendapat cx sahaja.
Tapi secara keseluruhannya, tak payah tengoklah lagi baik. Hahah ! Kbai.
1 Comments