Optom Eyecare Bangi Menitikberatkan Kepentingan Cermin Mata Anti Blue Light Untuk Kanak-Kanak


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Optom Eyecare Bangi Menitikberatkan Kepentingan Cermin Mata Anti Blue Light Untuk Kanak-Kanak 


Kehidupan kita dengan norma baru betul-betul memberi perbezaan yang ketara.  Lebih-lebih lagi bila melibatkan pembelajaran anak-anak di rumah.  Kitalah guru, kitalah bapa, kitalah ibu.  Jadi, cx memang lebih fokus dekat anak.  Waima anak baru seorang yang sekolah tetapi sedikit sebanyak memberi impak.  Jadinya, bila dah belajar di rumah, semua peralatan semestinyalah menggunakan gajet. 

cermin mata anti blue light untuk kanak kanak
Optom Eyecare Bangi Menitikberatkan Kepentingan Cermin Mata Anti Blue Light Untuk Kanak-Kanak 

Lagipun anak-anak zaman sekarang adalah generasi digital.  Jadi, kita sebagai ibu bapa berperanan untuk memahami mereka.  Kita cuba sedaya mampu untuk memberikan anak-anak yang terbaik seiring dengan kehendak kehidupan mereka masa kini.  Cx cuba ikhtiar dalam menjaga mata anak-anak dengan memberikan perlindungan melalui penggunaan cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak dari Optom Eyecare Bangi.

Apa Itu Bluelight? 

Blue light wujud pada cahaya daripada skrin digital yang kita lihat dan juga melalui cahaya matahari.  Melalui kajian para saintis, didapati bahawa cahaya matahari yang merupakan sumber alami sebenarnya mempunyai gabungan warna yang banyak.  Melalui gabungan warna yang banyak iaitu merah, jingga, kuning, hijau dan juga biru (blue light).  Hasil gabungan inilah yang mewujudkan cahaya yang cerah. 

Tapi, kalau korang nak tahu, cahaya cerah yang terpancar daripada skrin telefon kita, komputer, laptop dan televisyen, ianya mempunyai kadar cahaya biru (blue light) yang lebih tinggi berbanding cahaya alami iaitu matahari.  Lebih menakutkan, cahaya biru atau blue light daripada skrin gajet kita mempunyai tenaga yang lebih kuat berbanding siri warna yang lain.  Jadi, kesannya, blue light ini akan mudah sangat untuk masuk ke dalam mata kita. 

Kesan Penggunaan Gajet Kepada Mata Kanak-Kanak

Makluman korang, blue light ini keburukan dia boleh merosakkan sel-sel dalam mata kita yang sensitif pada cahaya.  Lebih dahsyat lagi, kesan blue light boleh meningkatkan risiko untuk mendapat satu keadaan yang kita panggil sebagai 'Macula Digeneration'.  Ianya merupakan satu kerosakan yang tiada rawatan lagi.  Blue light juga membuatkan mata kita terpaksa bekerja keras untuk melihat ketika sedang melihat skrin gajet.  Di bawah ini cx kongsikan apakah kesan lain bagi penggunaan gajet terhadap mata kanak-kanak.

cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak
Optom Eyecare Bangi Menitikberatkan Kepentingan Cermin Mata Anti Blue Light Untuk Kanak-Kanak 

  • Penglihatan Kabur

Bila anak kerap sangat terdedah dengan cahaya skrin gajet, memang lama-lama mata mereka akan mula kabur.  Asyik sangat hadap telefon tidak kira masakan? Terlalu fokus dan tiada pergerakan alami untuk bebola mata.  Mata kurang berkelip.

  • Mata Kering

Mata anak-anak akan jadi kering sebab kedudukan mereka tidak betul ketika menggunakan gajet.  Jadi, selain mata kering, mereka turut juga akan rasa sakit bahu dan sebagainya. 

Keistimewaan Cermin Mata Anti Blue Light Optom Eyecare Bangi

Kenapa cermin mata anti blue light Optom Eyecare Bangi menjadi pilihan cx untuk kegunaan anak-anak? Setelah dilihat daripada pelbagai sudut, cx tertarik dengan ciri-ciri keistimewaan cermin mata anti blue light dari Optom Eyecare Bangi.  Jom cx kongsikan apakah keisitmewaan cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak yang boleh dapatkan di Optom Eyecare Bangi.

  • Material Khas Mudah Lentur dan Tahan Lasak

Cx suka dengan material yang digunakan sebab ianya sangat khas dipilih supaya mudah lentur dan tahan lasak.  Biasalah anak-anak kita belum cakna dalam menjaga cermin mata.  Lagipun anak-anak agak melasak dalam melakukan aktiviti harian mereka.  Jadi material khas mudah lentur dan tahan lasak cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak adalah pilihan terbaik. 

  • Rasa Lebih Ringan Direka Sesuai untuk Kanak-kanak

Inilah istimewanya cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak daripada Optom Eyecare Bangi.  Rekaan khas supaya anak-anak lebih rasa ringan ketika menggunakannya.  Tapi sungguhlah, cx yang memang berkaca mata ini pon memang suka dengan cermin mata yang ringan.  Mudah nak hayak kemana sahaja.  Anak-anak pon tidaklah merasa rimas sepanjang menggunakannya. 

cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak
Optom Eyecare Bangi Menitikberatkan Kepentingan Cermin Mata Anti Blue Light Untuk Kanak-Kanak 

  • Fitting Frame Face Direka Tidak Mudah Tertanggal

Bila cermin mata fitting frame face menjadi rekaan utama Optom Eyecare Bangi, ianya memang satu solusi hebat.  Cx sangat suka dengan fitting frame face sebab ianya direka khas supaya tidak mudah tertanggal.  Lagipun budak-budak kadang-kadang lupa dia pakai cermin mata anti blue light, kemudian melasak sesama mereka.  Elok sangat terletak elok untuk kegunaan anak-anak. 

  • Kurangkan Keletihan Mata

Menariknya cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak dari Optom Eyecare Bangi ini dapat membantu mengurangkan keletihan mata.  Mata anak-anak kuranglah letihnya dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer untuk tempoh yang berpanjangan.  

Jom Lindungi Mata Anak Dengan Cermin Mata Anti Blue Light Optom Eyecare Bangi

Secara keseluruhannya, cx sangat syorkan kepada korang yang mencari cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak untuk cuba sendiri di Optom Eyecare Bangi.  Kalau korang duduk jauh, boleh saja buat pembelian secara atas talian macam cx.  Cx berpuas hati dengan kualiti cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak yang Optom Eyecare Bangi reka. 

Cx sebelum ini memang tak endah pon pasal blue light ini tetapi setelah tahu akan kesan buruknya, cx cuba ikhtiar untuk anak-anak.  Cx tidak mahu mata anak-anak cx rosak sebab cukuplah cx seorang yang berkaca mata sebab mata rabun dan silau yang tinggi.  Susah sebenarnya bila mata kita mula rabun dan silau.  Banyak kekurangan daripada kebahagiaan.  Namun cx tetap syukur masih diberikan pinjaman pancaindera oleh Allah. 

Jadinya, kali ini cx pula berusaha dan ikhtiar untuk jaga dan lindungi mata anak-anak.  Cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak dari Optom Eyecare Bangi menjadi pilihan terbaik untuk anak-anak cx.  Mereka pon selesa menggunakannya ketika melihat skrin gajet.  Alhamdulillah. 



Post a Comment

3 Comments

Wanie Masduki said…
Wanie aritu ada nampak spek mcm ni. Ni kalau tak rabun pun boleh pakai yea? Memang utk guna masa tgok gadjet ke cx?
CXopportunities said…
aah wani. cermin mata ni ntk lindung mata kita drp blue light sebenarnya. Orang tak rabun mmg elok pakai pon sebab kita asyik tgk skrin je kan? org rabun lagi elok guna. anak2 pula suka tengok dekat2. lagi senang blue light nak tembus mata. jadi, cermin mata anti blue light ni mcm pencegahan dan perlindungan awal lah.
Aisya Ismail said…
Cantik spek. Model pun comel.