The Intern 2015 Full Movie Review

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

The Intern 2015 Full Movie Review

Hi korang! Kali ini cx nak kongsikan satu best movie review.  Cx baru tonton movie ni waima ianya telah lama terbit pada tahun 2015.  Best movie review yang cx maksudkan adalah The Intern .  The Intern merupakan sebuah movie yang agak menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga.  Lagipun cerita dia memang korang tak akan menyesal untuk menontonnya.  Tonton santai-santai sahaja dengan anak-anak di waktu lapang.

the intern full movie review
The Intern Full Movie Review

Sinopsis The Intern Best Movie Review

The Intern merupakan sebuah movie yang diterbitkan pada tahun 2015.  The Intern mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah bersara daripada kerjayanya bernama Ben Whittaker.  Ben merupakan seorang ahli perniagaan sebelumnya.  Telah mempunyai banyak pengalaman bekerja sebagai orang lama dalam bidang pekerjaan.  Namun, setelah persaraannya, Ben yang sejenis tidak reti duduk diam telah membuat satu keputusan dalam hidupnya.  Ben bertekad untuk kembali bekerja di usia tua.  

Menariknya, Ben telah mula mencari pekerjaan di serata tempat dan akhirnya berjaya dipanggil temuduga di sebuah syarikat baharu.  Syarikat yang mengelolakan perniagaan fesyen di atas talian. Ben telah diterima bekerja sebagai intern senior atau pelatih senior.  Ben ditugaskan untuk bertugas di bawah seliaan Jules Ostin.  

Jules Ostin pula merupakan seorang isteri dan ibu muda kepada seorang anak.  Jules telah bertungkus lumus untuk menaikkan perniagaannya yang baru bertapak.  Hampir sembilan bulan, Jules telah berjaya menapak dengan baiknya.  Berdiri megah sebuah empayar perniagaan feseyen di atas talian.  Namun, agak menyedihkan apabila Jules mula hilang banyak masa dalam menguruskan kehidupannya.  Kemudian Jason iaitu rakan dan sahabat perniagaannya telah memberikan idea untuk Jules menerima pelatih senior dalam kerjayanya.  Namun Jules enggan kerana dia sudah biasa dengan jadual hariannya yang sangat padat.  

the intern full movie review
The Intern Full Movie Review

Jason yang tidak mempedulikan Jules telah menerima Ben untuk membantu memberi nasihat dan berkongsi pengalamannya kepada Jules yang sangat memerlukan bimbingan orang lama dalam membina dan mengukuhkan lagi empayarnya.  Sambil itu dapatlah Jules kembali menguruskan masanya bersama keluarga dan kerjaya sebaiknya.  

Akibat kedinginan yang ditunjukkan oleh Jules terhadap Ben, Jules telah bertindak membuat satu keputusan yang salah dan ianya memberikan satu penyesalan.  Ben pula dalam masa yang sama memerhati dan bertindak sebagai pelatih senior yang lebih kepada bersifat seorang ayah menyelamatkan kehidupan anaknya.  Berjayakah Ben menyelamatkan dan menasihati Jules dalam kehidupannya sebagai seorang isteri, ibu muda dan ketua dalam perniagaan? 


The Intern Best Movie Review

Bagi cx, secara jujurnya, the intern full movie review boleh dikatakan dapat 8/10 bintang.  Kisah the intern agak santai dan ringan.  Tidak berat.  Lagipun The Intern lebih kepada komedi.  Cx suka jalan ceritanya dia.  Tak banyak adegan dewasa yang ditayangkan.  Lebih kepada kekeluargaan.  Watak yang dibawakan oleh Ben telah mempengaruhi sifat seorang ayah yang sangat sayang dan kasihkan anaknya waima Jules adalah ketuaanya.  

Cx suka tonton The Intern sebab dia memberikan banyak pengajaran dalam hidup kita.  Waima kita seorang ketua dan orang atasan, kita tetap perlukan seseorang yang lebih berusia dan berpengalaman untutk membimbing.  Kita rasa macam dah jadi ketua dan mampu buat semua benda tetapi dalam masa yang sama sebenarnya banyak benda yang kita keciciran.  Umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.  Gitulah sikap Jules yang kalau boleh semua benda dia nak uruskan.  Tak bagi peluang dan ruang untuk orang lain cuba membantu kariernya.  

Ben watak dia memang sangat lemah lembut dan membuatkan kita berfikri bahawa, sebagai orang tua dan dewasa, dia tidak akan terus melatah dan sentiasa tenang.  Gara-gara ketenangan Ben itulah, rakan sekerjanya semua selesa dan mesra dengannya.  Waima berbeza usia, namun mereka rasa dekat dengan Ben yang santai dan tidak banyak songeh.  

Cx sangat sarankan korang tengok cerita The Intern ni tau.  Nak tahu kenapa cx bagi 8/10 bintang sahaja? Pada cx sebab ending dia tiba-tiba habis.  Macam kita tak sangka itu adalah penghabisan dia.  Tengah seronok tengok tiba-tiba habis.  haha! Waima jalan cerita dia macam dah bagitahu penghabisan dia tapi ada beberapa perkara yang agak tergantung.  Begitulah gamaknya. 


Post a Comment

1 Comments

Aima Hassan said…
kita sukaaa sebab dua watak ni kontra sangat perwatakannya.
Jules muda dan semuanya nak cepat saja.
Ben yang lagi berusia takes things slower dan lebih memerhati secara menyeluruh.
Ish. rasa nak tengok semula aja.