سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Dua Amalan Hebat Menjadi Pilihan Supaya Murah Rezeki
Selama kita hidup di bumi Allah, sudah pasti akan ada ketikanya kita rasa, kenapa tiada rezeki bagiku? Kenapa rezeki orang lain boleh dapat sebegitu? Apa lagi yang aku tak buat untuk sentiasa berusaha dan dapatkan rezeki yang banyak? Pernah tak korang ada berperasaan begini seumur hidup? Pasti ada di kalangan kita yang pernah merasainya. Ya, cx juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan sedemikian. Kita hanya manusia biasa yang hatinya sentiasa rapuh.
Setelah sekian lama, cx ada terdengar bebarapa slot ceramah dan perkongsian para ilmuan agama di media sosial. Ianya bekaitan dengan rezeki kita sendiri. Rezeki itu hadir dalam tiga bentuk iaitu rezeki yang kita cari, rezeki Allah nak bagi dan Rezeki sebab kita memberi. Jadi, kali ini cx nak kongsikan dengan korang amalan yang cx amalkan untuk sentiasa murah rezeki. Paling cx rasa syukur adalah rezeki datang dan hadir dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Amalan Murah Rezeki |
Amalan Murah Rezeki yang Menjadi Kesukaan
Cx tahu ada banyak amalan dan ibadah yang boleh kita lakukan untuk murah rezeki dalam kehidupan. Tetapi cx lebih memilih untuk istiqomah dalam melakukan dua perkara ini. Tambahan lagi, ianya menjadi amalan murah rezeki kesukaan cx sekarang. Waima orang kata bukan hari-hari kita lakukan tetapi sekurang-kurangnya cx cuba istiqomah dalam melakukannya. Cx cuba didik diri dan Alhamdulillah sekarang syukur sangat. Terima kasih Allah.
1. Istighfar
Istighfar adalah perkara yang pada mulanya cx liat sangat nak buat. Tetapi cx gigihkan diri untuk biasakan juga. Kenapa Istighfar? Korang tahu tak kelebihan utama istighfar adalah dimakbulkan permintaan? Korang pernah dengar kisah seorang penjual roti yang bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu Imam ahli sunnah dan ulama yang cukup dikenali di seluruh dunia. Asbab istighfarnya si penjual roti, Allah makbulkan permintaannya untuk bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Allah sendiri yang menghantarkan Imam Ahmad bin Hanbal kepada si penjual roti. Wallahua'lam
Waima kisah ini dikatakan tidak diketahui asalnya dan Imam al-Zahabi telah menilai kisah ini sebagai hikayat palsu, namun pada cx ianya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang menyebutkan mengenai kelebihan dan fadhilat istighfar. Jadi, cx ambil ianya sebagai satu penanda aras yang baik bagi cx supaya istiqamah dalam mendapatkan pengampunan daripada Allah melalui istighfar.
Korang boleh baca kisah si penjual roti yang bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal di SINI.
Apakah Kesan Istighfar Sepanjang CX Mengamalkannya?
Cx dah amalkan istighfar tidaklah lama. Semuanya baru lagi. Semuanya dimulakan secara sedikit demi sedikit dan perlahan. Cx akui dulu nak istighfar memang liat. Sehari nak dapatkan 10 kali pon susah. Jadi, cx buat strategi baru supaya setiap kali selepas solat, wajib istighfar 10 kali. Maknanya solat kita lima waktu sehari darab dengan 10 kali beristighfar. Syukur Alhamdulillah cx berjaya dengan izin Allah. Apa kesan istghfar sepanjang cx mengamalkannya?
Amalan Murah Rezeki |
- Allah Permudahkan Segala Urusan
Antara kesan Istighfar yang cx nampak adalah, Allah permudahkan segala urusan cx. Semuanya berjalan elok sahaja waima cx ada kalanya rasa tak boleh nak kawal keadaan. Tetapi dalam tidak cx sedar, Allah permudahkan semuanya sekali dalam sekelip mata. Tahu-tahu sahaja, cx dah siap buat dan mampu menghadapinya sendiri. Syukur sangat!
- Allah Makbulkan Satu Persatu Permintaan
Ini sungguh! Cx teruja dan rasa sangat tersentuh dengan kesan yang ini. Dulu cx pernah ada keingingan untuk bagi apa sahaja yang mak nak tetapi ketika itu rezeki cx dalam dunia kerjaya tidak berapa baik. Jadi, selama tempoh itu, hanya masa, tulang kudrat dan selain daripada duit, cx cuba bagi. Tak mampu nak bagi duit dan tunaikan keinginan sebab tak ada pendapatan. Waima cx jual atas talian, tetapi ianya sekadar biasa. Dulu cx hanya blogger picisan. Agak sukar nak dapat tawaran.
Tetapi kini Alhamdulillah syukur sangat. Setelah lapan tahun cx habis belajar dan berkahwin, Allah makbulkan doa cx satu persatu. Syukur yang tidak terhingga. Alhamdulillah. Sekarang dah mampu bagi duit dekat mak dan apa yang diinginkan, cx boleh tunaikan tanpa rasa ralat atau tak cukup duit. Alhamdulillah syukur nikmat Allah.
2. Bersedekah
Rasanya semua orang pon tahu apakah kebaikan bersedekah. Bersedekah ini tidak akan membuatkan kita miskin - HR Muslim. Lagi kita bersedekah, lagi banyak Allah bagi. Cx suka dengan satu perkara tentang sedekah yang membuatkan cx rasa terpanggil untuk cuba istiqomah dalam bersedekah. Bila kita bersedekah, itulah sebenarnya saham akhirat yang kita ada kelak. Segala harta yang ada di dunia ini tidak mampu menyelamatkan kita di akhirat nanti. Sedekah sahajalah penyelamat kita sebagai saham pelaburan terbaik di akhirat.
Paling cx seronok adalah, bila dikatakan sedekah paling baik adalah pemberian kepada orang yang dekat dengan kita. Darah daging kita sendiri. Jadi, insan yang cx ada sekarang adalah Mak. Arwah abah dah lama tak ada. Selain itu, anak-anak menjadi tunggak utama juga untuk cx rasa seronok sangat bersedekah. Suami juga mampu menjadi saham akhirat bila kita bagi sesuatu kepadanya.
Amalan Murah Rezeki |
Apakah Kesan Bersedekah yang CX dapat Rasakan?
Paling ketara adalah seperti Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)
Ya! sungguh! Cx rasa segala rezeki digandakan. Paling cx rasa teruja dan bersyukur sangat bila Allah ganti sepantas kilat! Cx tak pernah terduga pon sepantas itu Allah bayar tunai. Bukan itu sahaja korang, setiap pemberian cx waima sekecil-kecil sedekah, Allah gandakan dua kali ganda hebatnya! MasyaAllah!
Korang bayangkan. Cx belanja mak sedikit barang dapur hari itu. Tiba-tiba cx dapat whatsapp mengatakan diterima dan terpilih untuk buat tugasan penulisan di blog. MasyaAllah! Hanya dengan sekelumit pemberian kepada mak, cx digantikan rezeki hebat! kalau nak cx bagi contoh dalam bentuk nilai, ianya seperti ini; Cx belanja RM50 tetapi Allah gandakan pulangan sebanyak RM300. Banyak tak? Cx pon terkejut! Syukur nikmat Allah ini. Alhamdulillah sangat.
Kalau korang rasa dah banyak bersedekah dengan insan tersayang di sekeliling kita dan rasa nak kongsi dan gandakan lagi agar orang lain turut merasai nikmatnya, korang boleh sahaja gunakan pendekatan paling mudah. Hanya melalui Aplikasi Sujood, memudahkan urusan menyalurkan sumbangan ke masjid secara online dengan mudah dan selamat. Korang tak perlu risau lagi. Hanya salurkan saja ke saluran yang lebih mudah dan selamat. InShaaAllah.
Baca Lagi: Cara Mendidik Anak Mengikut Islam
Cuba Buat dan Amalkan Sendiri
Cx rasa sangat seronok dan bersyukur bila dapat buat dua amalan hebat yang boleh menjadikan rezeki kita mencurah-curah hendaknya. Namun, jangan amalan sunat ini dikejarkan tanpa menunaikan yang wajib.
4 Comments