RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Sumbangan Bantuan Ketika Pandemik Amat Bermakna

Musim pandemik waima telah setahun berlalu dan masih segar sehingga kini, semua orang juga terkesan akannya.  Waima kita dapat sumbangan daripada badan-badan tertetntu, tetapi tetap ada insan yang masih serba kekurangan.  Pandemik benar-benar menguji kita semua sebagai manusia yang kini kebanyakkannya terpinga-pinga.  Segelintir yang kehilangan kerja, tidak cukup makan, peralatan sekolah serba kekurangan dan pelbagai lagi.  Jadi, apabila adanya golongan yang ikhlas dalam memberi sumbangan dan bantuan ketika pandemik ini, sungguh ianya amat bermakna bagi mereka yang benar-benar terkesan

Sumbangan Kepada Masyarakat Melalui Program Percuma

Bagi menyaksikan satu perubahan yang lebih baik di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),  RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) telah tekad untuk memberi sumbangan kepada mereka.  Sumbangan kepada maysarakat ini dikongsikan dengan melalui satu program percuma sahaja tanpa bayaran dikenakan.  Program ini adalah bertujuan agar dapat mengembalikan rasa kebangkitan kepada masyarakat yang terkesan dengan pandemik.  


sumbangan bantuan richworks
RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik


Berdasarkan pengalaman 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan dalam membina bisnes yang berjaya, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd percaya dan yakin akan sumbangan program ini.  Hal ini kerana, beliau percaya sedikit sebanyak ianya dapat menyumbang kepada negara dan rakyat juga akhirnya.  Memandangkan RichWorks merupakan sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara kita Malaysia.  

Tambah beliau lagi, lebih 1.1 juta orang telah diberi bantuan melalui RichWorks.  Bantuan ini bukan saja mampu memperlihatkan preubahan dalam bisnes malahan pola kehidupan masyarakat juga menjadi semakin baik.  

"RichWorks bersama Pengasas dan Mentor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan membimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran serta kesusahan dihadapi ketika pandemik ini."

"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.

 

Program Virtual RichWorks Lahirkan Lebih 400 Ribu Usahawan Jutawan


Melalui program-program virtual yang dijalankan sepanjang pandemik, seramai lebih 400,000 peserta telah dilahirkan oleh RichWorks.  RichWorks yang sentiasa cakna akan pandemik yang melanda negara telah memberi bantuan dengan mengadakan program virtual.  Program virtual yang bertujuan untuk memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai telah menarik ramai usahawan.  Program ini juga adalah perjuangan RichWorks dalam memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah niali kepada orang ramai terutama usahawan jutawan.  

program virtual richworks
Program Virtual Bina Bisnes Berjaya

"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal."

"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.

Ternyata perjuangan RichWorks dapat memberi semangat dan motivasi kepada para usahawan di luar sana untuk membuat perubahan dalam hidup mereka kelak.  Waima mengalami kegagalan, tetapi ianya suatu tunggak kepada kejayaan.

Perubahan Bermula Daripada Diri Sendiri


Program ini juga menjadi satu platform yang penting untuk orang ramai kembali mendapatkan ilmu serta semangat sebenar.  Program virtual RichWorks ini juga menjadi titik tolak yang mampu membuatkan para usahawan melangkah keluar tapak pertama bagi menghadapi situasi getir mereka sekarang. 

Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup
Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup


Menurut Suley, usahawan yang nak berjaya dan serius mahukan kejayaan menjadi milik mereka, adalah bagus untuk hadir ke dalam program virtual RichWorks ini.  Lagipun, untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, dalam meningkatkan kewangan diri dan keluarga juga adalah benda utama perlu dipandang tinggi.  Tambahan lagi para suri rumah juga yang tekad untuk menjana pendapat bagi membantu keluarga juga digalakkan untuk turut serta.  

Lagipun, sebarang perubahan tidak akan berlaku sekiranya tiada langkah pertama yang dilakukan dalam mengubah keadaan dan taraf hidup mereka sekarang. Tidak sepatutnya kita rasa selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak cakna akan keadaan masa hadapan yang lebih baik. 

Kepada sesiapa yang mahukan keterangan lanjut, boleh Daftar Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma di website www.binabisnesberjaya.com

Post a Comment

2 Comments

Fieza Sani said…
Banyak dah testimoni yang pernah follow program RichWorks bawah Datuk Wira Dr Azizan ni berjaya dalam bisnes masing-masing sekarang ni.
Atie Zieya said…
sapa yg minat bisness mmg perlu join this kind of program kan