Assalammaualaikum w.b.t
sharing number 16
Firstly, syukur Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini di bulan Ramadhan yang Mulia ini. Alhamdulillah. Baiklah, aye nak share tentang orang-orang non-Muslim yang memeluk Islam gara-gara mereka melihat cara Pengkebumian Islam. Aye terbaca dan suka dengan perkongsian kisah ini di suatu laman. Jadi, aye tertarik untuk share dengan readers. Aye ringkaskan ceritanya agar mudah difahami.
Raja Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud |
Kisah 1
Seorang Paderi Kristian Itali, telah memeluk Islam selepas beliau menonton upacara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud yang ketika itu telah ditayangkan diseluruh dunia dan dilihat oleh orang ramai.
Faktor Utama :
Islam bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa
Kisah 2
Seorang nenek di USA yang mempunyai seorang cucu yang telah memeluk Islam juga mula memeluk Islam tatkala melihat pengkebumian salah-seorang jiran tetangganya lalu berkata "Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga"
Faktor Utama :
Cara pengkebumian yang sederhana dan menginsafkan
So, korunk .. Betapa sederhana dan mudahnya Islam ini sehingga mampu menambat hati fitrah manusia. Hidayah Allah itu juga ada dimana-dimana dan segala yang Allah inginkan akan terjadi ketika disebut "Kun Fayakun" .. "Jadilah", maka jadilah ia .. Jadi disini, aye nak cakap bahawa, Islam itu cukup indah dan sempurna. Janganlah sesekali menidakkan agama Allah ini. Carilah ruang buat diri kita agar terus menerus berpegang teguh kepada Islam.
credit to google |
Mengapa tidak diambil peluang dari anugerah Allah itu untuk dimanfaatkan? Tidak perlu untuk kesemuanya menjadi Para Ulama tapi cukuplah sekadar menjadi insan yang dihatinya ternyala cahaya keimanan. InsyaAllah.
sumber : Islam itu Indah
My God is ALLAH
"lahirnkanlah keikhlasan daripada hatimu"
22 Comments
Islam adalah agama sempurna hingga hari kiamat...apa saja yg dilakukan menjadi ikutan serta hikmah pada org lain..
alhamdulillah..bertambah umat nabi kita..
;)
@Ibtisam Najmi Terima kasih Ibtisam! :) cx dah perbetulkan. :)
MOHD NASER.com
Kematian itu SCARY..
Pejabat cuti, Blogger pun cuti ke?
@Mar SCARY. :)
ini yg kita mahu . ^_^
slamat berpuase! ;)