Seronok Belajar Kelas Online Photography Guna Phone Saja

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Seronok Belajar Kelas Online Photography Guna Phone Saja

Pada 7hb Ogos 2020 yang lalu, cx telah membuat satu keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang photography.  Cx rasa ianya perlu dan merupakan perkara penting sebagai blogger untuk mempunyai ilmu berkaitan photography.  Sebenarnya cx join kelas asas photography smartphone sebab nak tingkatkan lagi ilmu dan kemahiran diri sendiri.  Tambahan, cx sebagai blogger, setiap kerja melibatkan gambar dengan sosial media.  Jadi, cx rasa, dah tiba masa untuk pertingkatkan lagi segala kemahiran dan ilmu yang selari dan sesuai dengan skop kerja.  Cx taknaklah hasil kerja yang ditunjukkan kepada klien kurang semenggah.  Itu sekadar pendapat dan pendirian cx ketika itu.  Agaknya baru nak terngadah dengan keadaan.  Itu yang tiba-tiba nak masuk kelas. hihi

asas fotografi smartphone
Kelas Online Photography Guna Phone Saja

Smartphone Terbaik untuk Fotogafi


Cx terfikir juga, macam mana orang lain boleh ambil gambar cantik-cantik sebelum ini.  Kemudian di fikiran cx, kalau nak gambar cantik, kena ada kamera.  Tak ada kamera, macam mana nak dapat gambar yang cantik.  Begitulah nilai pemikiran cx ketika itu.  Jadi, bila cx dapat tahu ada kelas cara belajar fotografi secara online, terus cx ambil langkah drastik tau.  Ada beberapa kelas yang cx perhatikan tetapi disebabkan cx seorang yang tak menyabar, kononnya tengah semangat berkobar, makanya cx pilihlah kelas smartphoto.  

kelas smartphoto
cara edit gambar


Lama juga cx usha kelas yang ada.  Kebanyakkannya kelas mula lewat.  Maknanya daftar sebulan dua awal daripada tarikh kelas bermula.  Jadi, cx tiada kesabaran disitu untuk menunggu asas fotografi smartphone .  Cx memang berkobar sungguh waktu itu.  Tak tahulah semangat mana yang dah masuk merasuk dalam badan.   Terus mendaftar kelas smartphoto.  Hasil duit blogging pon tengah ada waima suam kuku, tetapi cx gigihkan jua untuk join kelas smartphoto tersebut. 


Kelas Smartphoto Belajar Ambil Gambar Guna Phone Saja


Menariknya kelas smartphoto ini sebab kelas mula cepat.  Kemudian yuran kelas smartphoto pon agak berbaloi.  Faktor utama untuk cx buat pembayaran kelas smartphoto onpay adalah kerana waktu itu ada diskaun.  Banyak sungguh diskaun diberikan.  Separuh harga tau waktu cx daftar.  Memang berdesuplah bayar yuran kelas smartphoto. 

Okay, jom cx kongsikan serba sedikit tentang pengasas kelas smartphoto ya.  Pengasas atau guru kelas smartphoto ini adalah Teacher Nazia Suhaimi.  Beliau merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata.  Berusia 31 tahun pada 2021.  Teacher Nazia seorang yang sangat lembut dan baik.  Cx suka sangat bila teacher Nazia bercakap.  Lemah gemalai lembut sedap telinga kita mendengarnya. 

Kelas Smartphoto Online
Kelas Smartphoto Online

Kelas Smartphoto yang Santai dan Menyeronokkan

Jika korang betul-betul baru nak tahu cara belajar fotografi, memang cx galakkan join.  Kelas smartphoto teacher Nazia tidak perlu stress-stress.  Teacher Nazia ajar santai-santai tak ada tekanan langsung.  Tak terasa takutlah nanti tak boleh nak buat ke apa.  Risaulah takut tak boleh nak ikut cara teacher Nazia.  Oh tidak kawan-kawan!  Semua yang rasa takut itu tiada langsung dalam diri bila bermulanya kelas smartphoto.  Bukan sebab cx tak rasa dekat diri sendiri tetapi perasaan itu yang tak boleh nak datang menghampiri kita.  Macam cx cakap, nak takut apa dengan kelas smartphoto teacher Nazia ni?  Teacher dia baik sungguh ! 

flatlay photography
Street Photography


Kelas smartphoto ini berjalan selama dua minggu sahaja.  Tetapi dua minggu tersebut padat dengan nota dan latihan serta komen.  Kelas smartphoto akan ada dua latihan berkaitan flatlay.  Kemudian nanti teacher akan komen setiap gambar yang dihantar oleh palajar.  Paling cx suka, teacher memang tak pernah merendah-rendahkan pelajar dia.  Waima teruk buruk macam mana pon, teacher tetap bagi pujian dengan sedikit komen penambahbaikan.   Maknanya komen teacher tak membuatkan pelajar rasa down tetapi sebaliknya rasa macam, okay aku boleh buat juga lepas ini. Macam itulah gamaknya. Pelajar jadi lebih bersemangat untuk menambah baik diri sendiri.


Jom Join Kelas Smartphoto Ambil Gambar Guna Phone Saja


Korang tengok sendiri gambar cx yang ada ini.  Semuanya cx ambil sendiri hasil belajar kelas smartphoto.  Ini sungguh gambar di awal penyertaan kelas smartphoto pada bulan Ogos 2020.  Banyak sangat kekurangan tetapi berkat kelas Teacher Nazia, cx boleh dan mampu hasilkan gambar flatlay sendiri guna phone saja. Alhamdulillah.

Kelas smartphoto
Flatlay Photography

Okay dah, jom kalau korang nak join kelas smartphoto atau kelas edit gambar, silakan tekan link ini ya : Kelas Smartphoto Online Registration .  Harga InShaaAllah berbaloi sebab selepas kelas batch korang tamat, kita akan jadi alumni dan boleh repeat kelas berjuta kali. Itu yang seronok sangat kelas smartphoto ini. Korang jom join tau kalau berminat. Ajak kawan² yang lain sekali ya.  Biar sama² dapat hasilkan gambar cantik dan menawan. InShaaAllah.

Nota: Next Class akan bermula pada 2hb July 2021.  Klik link di atas untuk pendaftaran! Jumpa di kelas nanti !

Belajar Demi Kejayaan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

5 Comments

Sue Izza said…
teringin nk join oneday...best je tgk
Fuzy Hamid said…
menarik..cx guna smartphone apa ya?
CXopportunities said…
Cx guna oppo a92 kak fuzy
Atie Zieya said…
serious jealous tgk org yg pandai ambik gambar ni