Rawatan Percuma Untuk Penghidap Kencing Manis

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Rawatan Percuma untuk Penghidap Kencing Manis

Penyakit kencing manis sudah sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia hari ini.  Secara amnya, maksud kencing manis merujuk kepada masalah di mana sel badan seseorang itu tidak boleh untuk menggunakan gula yang diperolehi melalui makanan mahupun minuman.   Jika dulu, rata-rata penghidapnya adalah golongan usia tua.  Namun dengan zaman yang serba canggih dan kepelbagaian makanan dan cara hidup moden, anak muda juga boleh dihidapi  penyakit kencing manis.  

Punca kencing manis
Kaedah Rawatan Kencing Manis Percuma

Punca penyakit kencing manis juga rasanya umum mengetahuinya.  Jika dilihat dalam kalangan orang rapat di sekeliling cx, mereka juga ada yang telah dikategorikan sebagai penghidap kencing manis.  Mak cx juga salah seorang penghidap kencing manis yang telah menerima rawatan dari klinik.  Rawatan kencing manis yang kini lebih kurang 20 tahun lamanya.  Ya, ini kisah benar. 


Pemantauan Kesihatan Percuma Kepada Penghidap Kencing Manis


Program pemantauan kesihatan percuma kepada penghidap kencing manis bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1hb Frebruari sehingga 14hb Februari 2021.  Korang tak perlu risau siapa yang bagi servis percuma ini okay.  Platform ini diterajui oleh ahli profesional kesihatan sahaja.  Program rawatan percuma untuk penghidap kencing manis ini dilancarkan pada awal Januari yang lalu.   Khas buat mereka yang menghidap penyakit kencing manis.  

punca kencing manis
kawal kencing manis

Layaknya penghidap kencing manis untuk mendapatkan servis pemantauan kesihatan secara percuma ini dengan hanya mendaftar di laman sesawang berikut: www.kawalkencingmanis.com okay.  Program ini tidak mengambil sebarang keuntungan ya korang.  Program yang diterajui oleh ahli profesional kesihatan seperti doktor perubatan, dietitian dan nutritionist akan memberikan sokongan kepada 150 orang ahli yang terpilih sahaja.  Mereka akan bagi sokongan dan pemantauan kesihatan percuma kepada penghidap kencing manis.  Kalau korang antara yang berisiko tinggi menghidap kencing manis ataupon sesiapa yang dikenali, pon boleh turut serta. 

Statistik Penghidap Kencing Manis di Malaysia

 
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Makluman semua, kalau ada ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun ke atas, korang tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis.   Penyakit kencing manis ini boleh bagi banyak komplikasi terhadap tubuh badan manusia.  Kebiasaannya seperti contoh adalah kegagalan buah pinggang, sernagan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.  Namun yang sedihnya, golongan berisiko ini selalunya tidak berapa nak endah dengan kesihatan mereka sampailah disahkan menghidap kencing manis. 

Disamping itu, dalam keadaan negara kita dilanda covid 19 ini, sebanyak 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan.  Penyumbang terbesar kepada kematian covid19 adalah terdiri daripada pesakit kencing manis.  Peratus kematian penghidap kencing manis adalah sebanyak 70%.   Mereka yang mempunyai masalah darah tinggi juga menjadi penyumbang kematian covid19 dengan statistik 64.9% .  (Statistik Kematian COVID -19
di Malaysia, 11 Oktober 2020).

statistik kematian covid 19 di Malaysia
Statistik Kematian Covid 19 di Malaysia

Punca Penyakit Kencing Manis

Punca penyakit kencing manis ini ada dua faktor atau kategori berdasarkan pembacaan cx melalui portal seorang doktor.  Punca penyakit kencing manis yang pertama adalah berlaku apabila hormon insulin gagal untuk dihasilkan oleh badan manusia. Hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas tugas dia adalah untuk mencernakan kandungan gula dalam badan manusia.  Tapi apabila pankreas tidak boleh menghasilkan insulan tersebut, maka terjadilah penyakit kencing manis. 

Manakala punca atau faktor penyakit kencing manis kedua adalah disebabkan oleh sel badan manusia itu sendiri yang tidak dapat bertindak balas pada hormon insulin.  Bila badan manusia tak boleh nak bertindak balas terhadap insulin, akhirnya kandungan gula dalam badan kekal tinggi gara-gara gula tidak dapat dicernakan kepada bentuk asasnya. 

kaedah rawatan kencing manis percuma
gejala kencing manis

Kesan Penyakit Kencing Manis

Jika masalah kencing manis tidak dikawal bermula daripada peringkat awal, akan berlakunya pelbagai komplikasi ke atas penghidap kencing manis.  Kebiasaannya, kesan kencing manis akan merosakkan organ badan manusia.  Antara organ yang terjejas adalah seperti otak, jantung dan juga bahagian kaki.  Kesan kencing manis kebiasaannya yang cx selalu dengar dan baca, mereka akan diserang angin ahmar iaitu lumpuh sebelah badan, serangan jantung dan sakit kaki.  

Terjadinya komplikasi akibat kesan kencing manis adalah disebabkan saluran darah utama organ makrovaskular tersumbat.  Ianya tersumbat sebab terbentuknya lemak ataupun lapisan plak pada dinding salur darah.  Yalah, bila gula tak dapat dipindahkan kepada sel badan, lama-kelamaan, ianya pon menebal pada satu tempat.  Hal ini juga yang menyebabkan bahagian otak tersumbat, jantung dan saluran darah ke kaki juga terjejas.  

Kesan Penyakit kencing manis
kesan penyakit kencing mansi


Sertai Program Pemantauan Mencegah dan Mengawal Kencing Manis


Jadi, apa tunggu lagi? Jom bawa orang yang kita sayang dan menghidapi masalah kencing manis untuk mengikuti aktiviti pemantauan yang telah disediakan.  Program pemantauan ini telah disusun baik selama 14 hari bagi membantu para peserta iaitu penghidap kencing manis.  Kalau korang ikuti program yang dilaksanakan, antara aktiviti yang akan dipantau adalah seperti jadual pemakanan untuk menurunkan tahap bacaan gula dalam darah.  Kemudian, turut dipantau kaedah senaman yang boleh dilakukan di rumah tanpa perlu keluar.  

Selain itu, korang juga akan diberi pemantauan tentang pengawalan stress.  Turut dikongsikan juga kaedah untuk dapatkan tidur yang lena tanpa perlu asyik berulang ke tandas di waktu malam.  Pengambilan nutrisi yang berkesan daripada sumber alam semulajadi juga akan dikongsikan kepada peserta.  Jadi, inilah dia peluang terbaik untuk para peserta dalam usaha untuk mendapatkan kembali nikmat rasa sihat dan sembuh sepenuhnya mengikut langkah yang diusahakan bersama pakar.  Cx kongsikan juga langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di portal ini: www.kawalkencingmanis.com .

Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di www.kawalkencingmanis.com"




Laman sesawang rasmi: www.kawalkencingmanis.com

Sayangilah Diri Anda
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

0 Comments