Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka

Banjir adalah satu bencana yang sukar untuk kita elakkan.  Berita banjir pada hari ini tersebar luas di saluran berita dan media sosial.   Cx juga tidak ketinggalan untuk mengikuti info banjir hari ini memandangkan ramai juga antara rakan dan kenalan yang menjadi mangsa.  Banjir hari ini di Malaysia telah melanda dengan teruknya di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor.   Cx turut terkesan dan berasa sayu melihat mangsa banjir.  

Pengalaman Banjir
Pengalaman Dilanda Banjir 2020

Sebenarnya sebelum banjir teruk ini melanda di awal tahun 2021, Melaka juga telah dilanda sebelumnya.  Ya, rumah cx dilanda banjir juga sebelum ini.  Sungguh rasa sedih di hati tak terkata.  Tetapi nak buat macam mana kan?  Kita sebagai hambaNya, perlulah redha dan husnudzon dengan perancangan Allah.  Sungguh, selepas sesuatu ujian diturunkan, pasti ada hikmah terhebat yang hendak Allah berikan.  InShaaAllah.  Kita doakan yang baik-baik. 

Banjir di Pahang 2021 Terkini


Tadi cx dapat berita banjir daripada salah seorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari #kbba9 bahawa rumah kampungnya dilanda banjir teruk.  Allahuakbar! Cx tengok gambar banjir yang dikongsikan pon dah rasa sayu dihati.  Jadi, info banjir hari ini yang cx dapatkan adalah daripada Kak Mas iaitu blogger kepada blog www.massaari.com .  Semua sumber gambar banjir hari ini adalah daripada ihsan beliau okay.  Terima kasih kakmas.

Info banjir hari ini
Banjir di Pahang 2021 Terkini


Info Banjir hari ini
Banjir 2021



Pengalaman Dilanda Banjir Akhir Tahun 2020 di Melaka


Pada akhir tahun 2020, dengan pandemik yang mula meningkat semula kepada gelombang ketiga, cx dan keluarga diuji dengan banjir.  Melalui pengalaman cx, ketika itu hujan berterusan selama dua tiga hari tidak berhenti.  Kemudian, pam air di belakang rumah yang sekali dengan sungai telah ditutup.  Cx pon tidak pasti kenapa ianya ditutup.  Jika menurut kepada jiran kami, setiap 10 tahun memang akan dilanda banjir di kawasan kami.  Rumah cx bahagian belakang yang agak rendah, jadi kami yang akan dilanda banjir terlebih dahulu.

Tidak pernah cx terfikir akan banjir ketika itu.  Dahlah rumah kami pula itu yang terlibat.  Waima rumah sewa, tetapi agak terkesan juga sebab banyak barang.  Nasib baiklah dua hari sebelum itu kami teragak nak habiskan lipat kain-kain yang di dalam bakul.  Kalau tidak, korang boleh bayangkan tak macam mana nak hadap?  Cx memang ada dalam rumah sewaktu banjir melanda,  sikit demi sedikit air naik daripada bahagian dapur.  

Berita banjir
Banjir di Melaka 2020


Berita banjir memang kenangan yang tidak dapat dilupakan waima tidak seteruk di negeri-negeri lain.  Tetapi, dah nama pon banjir, memang kena kemas rumah macam kita baru pindahlah gamaknya.  Letih toksah cakaplah.  Benda-benda yang cx rasa ianya rosak, kurang berfungsi lagi dah untuk masa akan datang, semua cx buangkan sahaja.  Tak kuasa nak simpan.  Dahlah semua tenggelam dek air banjir semalaman.  Sedihlah juga. 

Kesan Banjir Terhadap Keadaan Rumah


Kesan banjir terhadap keadaan rumah cx sekarang adalah, dinding jadi lembab dan berbau sampai ke hari ini.  Memang tak boleh nak buat apa dah.  Kemudian kaki katil dan almari kayu bahagian bawah semua rosak.  Reput peroi dan tercabut.  Sedikit berbau kalau mendekat.  Nasib baik lantai rumah sewa ini dah siap marble, kalau tidak, jenuhlah bertukar tikar getah.  Tetapi ada juga kesan banjirnya.  Marble ini terserap air dalamnya.  Jadi ada yang bila pijak, ianya bergerak dan mengeluarkan air.  


Selain itu, kesan paling tak suka adalah, semut, tikus dan lipas cari tempat baru untuk mereka menginap.  Korang bayangkan selepas basuh satu rumah, kami keluar sekejap pergi dobi baju.  Bila balik sahaja, tikus melompat dalam rumah. Ya Allah ! seram ! Dahlah cx takut tikus. hahah!  Kemudian semut pon berbondong-bondong datang buat sarang dekat rumah.  Lipas pun haritu jumpa, dia buat sarang dalam gobok dapur.  Stress! haha. 

Banjir hari ini
Keadaan Banjir 


Hikmah Hebat Kurniaan Allah Selepas Banjir


Sungguh ketika banjir, cx memang redha dah.  Ikhlas dan serah bulat-bulat dekat Allah.  Cx percaya, mesti Allah nak bagi hikmah hebat dekat kami sekeluarga.  Bila dah redha, hati memang tenang habis.  tak risau apa dah.  Kami layankan sahaja keadaan semua.  Alhamdulillah, memang benar setelah ujian diberi, pasti ada hikmah akan dikurniakan selepasnya.  Cx bersyukur sangat dengan hikmah atas berita banjir ini.  Terima kasih Allah. Terima kasih semua!  Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.  


Semoga Semuanya Baik 
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

3 Comments

Abam Kie said…
Memang cabaran sungguh la kalau banjir. Abe kie masih trauma dgn tragedi banjir kuning 2014...
Atie Zieya said…
teruk ni nak cuci rumah bila banjir reda :( huhuhuhuhu
Mrs Pip said…
susahnya bila kena banjir, tak boleh nak gerak banyak.
lagi2 habislah barang rumah rosak.