5 Tempat Percutian Menarik di Taiping Perak

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Menikmati Percutian Menarik dengan Norma Baharu


Sejak perintah kawalan pergerakan bermula bulan tiga 2019, cx pasti dan yakin bahawa kita semua dah mula lali dengan keadaan sekarang.  Waima pandemik masih berjalan, kita semua semestinya mahukan kehidupan kembali normal.  Gara-gara keadaan masih sama, kita perlulah ada sifat tanggungjawab dalam menjaga diri sendiri dan keluarga.  Cx juga masih takut dan risau dengan pandemik tetapi kita perlu teruskan kehidupan.  Jadi, langkah berjaga-jaga hendaklah diambil.  Cx kalau pergi kemana-mana, mesti patuh arahan untuk sentiasa pakai pelitup muka, jaga jarak dan selalu cuci tangan.  Korang pon mesti buat okay!

Tempahan Hotel Traveloka
5 Tempat Percutian menarik di Taiping Perak


Norma baharu ini memberi sedikit ruang bernafas untuk masyarakat kita ambil waktu yang sesuai untuk pergi rehatkan minda.  Cx gerenti dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan, kita semua mahu pergi bercuti.  Waima sekadar percutian biasa-biasa dan sekejap.  Betul tak?  Pada cx, kita boleh sahaja bercuti tetapi pilihlah tempat yang kurang kes.  Kemudian pilih tempahan hotel yang jauh daripada orang ramai tetapi masih mempunyai tarikannya tersendiri macam di Taiping Perak.  Jom cx kongsikan lima tempat percutian menarik di Perak.


Lima Tempat Percutian Menarik di Taiping Perak

Taiping adalah tempat yang mempunyai banyak sejarah pertama pembinaan atau wujudnya sesebuah tempat di Malaysia ini.  Kalau dilihat berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Taiping, terdpaat empat puluh perkara pertama yang terdapat di Tanah Melayu dalam Daerah ini. Sungguhlah Taiping ini tempat yang klasik untuk kita teroka.  Banyak tempat percutain menarik di Perak yang boleh kita pergi.  Jom cx senaraikan lima tempat percutian menarik di Perak.

  • Bukit Merah Laketown Resort

Tempat pertama yang cx nak pergi kalau ada rezeki di musim pandemik ini adalah semestinya Bukit Merah Laketown Resort. Umum tahu Bukit Merah Laketown Resort ini tercipta indah dengan kehijauan alam semulajadi. Tambahan lagi menariknya Bukit Merah Laketown Resort in adalah ianya berhadapan dengan air tasik terbesar di malaysia. Keluasan tasik adalah 7,000 ekar. Bukit Merah Laketown Resort bukan sahaja tempat yang menarik tetapi sangat istimewa sebagai pusat eko pelancongan. Di sini juga turut terdapat Ecopark, Taman Tema air dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan.


tempat percutian menarik di taiping perak
Bukit Merah Laketown Resort Taiping Perak


Apa yang menariknya bila berada di Bukit Merah Laketown Resort bagi seorang yang cintakan haiwan, korang boleh beramah mesra dengan habitat yang ada di sini. Selain itu, korang boleh juga buat aktiviti lain yang bermanfaat bersama keluarga. Antaranya adalah Skycycle, Nature Trail dan Tropical Trail. Tidak lupa juga Waterpark yang boleh kita rasai pengalaman bermain Body Slides, Water Speed Slides, activity Pool, Jumbo Shower dan banyak lagi.

  • 5D Art Paradise Taiping Perak


Waima dekat Melaka pon dah ada tapi untuk dapatkan kesan 5D itu memang mengujakan cx.  Jadi, 5D Art Paradise Taiping Perak adalah tempat percutian menarik yang boleh kita kunjungi.  Banyak seni 5D yang dihasilkan di dalamnya.  Rugi kalau kita tak manfaatkan masa yang ada untuk merekod moment indah bersama keluarga.  Kalau korang seorang instagramer, wajib untuk pergi 5D Art Paradise Taiping Perak.  Cx gerenti korang puas hati.  


Traveloka Hotel
5D Art Paradise Taiping Perak

  • Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit Larut berada di ketinggian 1250 meter daripada paras laut.  Bukit Larut yang dulunya dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan kawasan tanah tinggi.  Menjadi antara tempat percutian menarik di Taiping Perak.  Bukit Larut sangat terkenal dengan kesegaran udaranya dan pemandangan alam semula jadi . Cx suka bila dapat pergi tempat yang menenangkan.  Tambahan lagi kalau korang nak tahu, dari bukit larut ini,  kita boleh menikmati pemandangan sejauh Selat Melaka.  Jika ada rezeki boleh nampak juga pemandangan ke Pulau Pangkor di bahagian selatan ataupun Pulau Pinangan di bahagian Utara. 

Tempahan Traveloka Hotel
Bukit Larut (Maxwell Hill) Taiping Perak


  • Kuala Sepetang Taiping Perak


Kuala Sepetang atau nama ‘British’nya Port Weld adalah tempat percutian yang menarik di Tiping Perak.  Ianya syurga makanan sebab ada banyak sangat pilihan kedai makan di kawasan ini.   Kawasan perkampungan nelayan Kuala Sepetang sangat terkenal dengan mee udangnya yang sedap dan viral.  Kalau korang kaki pancing, bolehlah nikmati suasana memancing di atas bot bersama nelayan.  Anak-anak juga boleh menikmati keindahan kelip-kelip di waktu malam.  Selain itu, kita juga boleh melawat kilang pemprosesan arang tradisional dan melihat burung-burung yang ada di sana

Tempat Percutian Menarik di Perak
Kuala Sepetang Taiping Perak


  • Kolam Renang Batu Besar (Burmese Pool) Taiping Perak


Cx suka pergi ke tempat macam ini.  Kolam renang batu besar atau dikenali sebagai Burmese Pool di Taiping Perak ini memang tempat percutian menarik di Perak.  Kita dapat nikmati kesegaran dan keindahan alam semula jadi di sana.  Air yang sejuk emmang seronok berendam bersama keluarga.  Rasa tenang dalam suasana aman daamai ciptaan Tuhan. 

Tempahan Hotel
Kolam Renang Batu Besar Burmese Pool Taiping Perak


Tempahan Hotel di Traveloka Menjadi Pilihan


Bila dah rancang nak pergi bercuti, mestilah kena cari tempat yang selesa untuk kita tidur beristirehat bersama keluarga.  Betul tak? Jadi, cx pon carilah hotel yang selesa dan banyak bagi kemudahan dekat kita nanti.  Cx cari dan buat tempahan hotel di Traveloka sahaja.  Hotel di website Traveloka memberikan kemudahan kepada cx untuk buat pemilihan terbaik.  Mudah kerja cx.

Lagipun, bila Booking Hotel dekat Traveloka, tak perlu nak risau kalau ada caj tersembunyi.  Apa yang korang tengok dekat website Traveloka, itulah caj yang akan korang terima.  Tiada ketidakjujuran berlaku.  jadi, bolehlah jimat sikit dan rancang perbelanjaan dengan baik. Tambahan lagi, tempahan hotel di Traveloka memang menarik sebab setiap hari akan ada promosi.  Hanya perlu muat turun aplikasi Traveloka sahaja tau, semua promosi kita dapat miliki. 

Tempahan Hotel near me
Traveloka Tempahan Hotel


Selain itu, tempahan hotel di Traveloka juga membuatkan kita rasa puas hati sebab ada lebih 2,000,000+ ulasan review sebenar boleh dilihat.  Tidaklah kita rasa tertipu bila dah booking hotel di Traveloka.  Kemudian, kita juga boleh dapat diskaun tau kalau sertai sebagai ahli Traveloka.  Kalau kita newsletter subscriber atau pelanggan penerbangan bersama, memang sah boleh dapat diskaun.

Traveloka Hotel Merealisasikan Percutian Terindah


Sungguh tempahan hotel menggunakan Traveloka sangat membantu.  Ianya bagaikan merealisasikan percutian menarik yang akan kita nimati nanti.  Jadi, korang, jom buat tempahan hotel di Traveloka dan nikmati pelbagai tawaran menarik dan hebat sekarang! 

Kita Jaga Kita
Lahirkanlah Keikhlsan Di Hatimu

Post a Comment

4 Comments

Atie Zieya said…
next time nak pergi bukit larut ! nampak cantik betul ni
Nadia Johari said…
Perak banyak tempat menarik.. Nad haritu pergi tak sempat travel lama2
marsha said…
Kolam renang tu tak pernah sampai lagi. Nanti boleh masuk wishlist
Cik TK said…
Huhuuu semua yang dalam list ni tak pernah pergi lagi. Nanti kalau dapat bercuti ke perak boleh masukkan dalam list lokasi untuk dikunjungi!