Lo'Qos Uptown Tempat Makan Baru yang Menarik di Klebang Melaka

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Lo'Qos Uptown Tempat Makan Baru yang  Menarik di Klebang Melaka


Hai korang! Okay semalam cx berkesempatan untuk cuba satu tempat makan baru tau.  Semestinya di Negeri Melaka Tumpahnya Darahku ini.  Cx dapat tahu kewujudan tempat makan menarik yang baru sahaja dibuka dekat Klebang Melaka.  Kedai makan menarik sedap di Melaka ini baru sahaja dibuka pada 1hb Oktober 2020 kelmarin. Jadi, cx pon taknak lepaskan peluang untuk rasai sendiri keenakkan yang dikatakan.  Mereka mengenakan konsep "FoodStall" dekat sini.  Mereka sediakan satu tempat makan untuk semua daripada pelbagai gerai di situ.  

Lo'Qos Uptown Klebang Melaka
Lo'Qos Uptown and Restaurant Klebang Melaka

Tambahan lagi, mereka turut sediakan gerai untuk kita cuci mata membeli-belah sekali.  Jadi, sementara menantikan makanan tiba, bolehlah kita cuci mata tengok-tengok gerai jualan yang ada.  Nama kedai atau tempat makan baru yang menarik di Klebang Melaka ini adalah Lo'Qos Uptown & Restaurant. 

Kedai Makan berkonsepkan Jualan FoodStall


Cx ada cakap dekat atas yang Lo'Qos ini menggunakan konsep dan jualan Food Stall.  Antara gerai makanan yang menarik perhatian cx adalah; Lo'Qos Chop and Grill, Nasi Lo'Qos serendah RM5. Char Kuey Tiaw, Burger Ayam Crispy, Yong Tau Foo, Set Sup Kambing, Air Madu 3 Boba Madu. Gara-gara kami datang tiga keluarga, makanya banyak juga yang dibelinya dan dapatlah merasa.  Harga bolehlah jimat juga tapi tengoklah kalau korang ambil mix grill and chop, lainlah sikit harga. Takkan RM5 juga. Hihi. Berpandu kepada menu juga okay. 

Lo'Qos Uptown Tempat Makan Baru yang  Menarik di Klebang Melaka
Lo'Qos Uptown Tempat Makan Baru yang  Menarik di Klebang Melaka

Tapi cx tak sempat lagi rasa signature food diorang.  Katanya nasi Lo'Qos sedap teruk.  Nasi Lo'Qos yang banjir dengan lauk pauk masak lemak cili api.  Padu katanya.  Cx tak sempat lagi nak merasa.  Tetapi ada juga nampak waktu itu pelanggan yang beli nasi lo'qos.  Menarik betul bila nasi dibanjiri dengan lauk pauk dalam satu pinggan.  Nanti nak cuba jugalah lain kali.  

Landmark Lo'Qos Uptown and Restaurant Melaka


Kalau korang nak pergi ke Lo'Qos Uptown and Restaurant Melaka, landmark dia adalah berhadapan dengan Hotel Casa Bonita Melaka. Terletak di Jalan Limbongan, Pekan Klebang Melaka. Senang sangat nak jumpa.  Cuma parking agak terhad sebab tepi jalan.  Waktu operasi Lo'Qos Uptown and Restaurant bermula jam 17:00 petang sehingga 00:00 malam. Korang datanglah santai-santai makan dan lepak dengan kawan serta keluarga. Macam-macam boleh cuba dan makan. Suasana pon elok saja. Peminat vape boleh datang sini sebab ada kedai khas untuk korang lepak borak pasal vape. 

Kedai Makan Sedap di Melaka
Kedai Makan Sedap di Melaka


Kami duduk lepak dekat sana boleh tahan lama juga.  Berborak santai sambil menjamu makanan, memang tidak sedar langsung.  Bila lepak dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa, memang seronok.  Tambah lagi bila ada keluarga pon turut serta.  Memang meriah habis. 

Review Makanan di Lo'Qos Uptown and Restaurant

Waktu tiba di Lo'Qos, kami pesan banyak jenis makanan.  Cx pesan nasi putih dengan asam pedas tetel.  Suami makan Mix Grill.  Abang cx pesan chicken grill.  Kakak cx pula makan yong tau foo.  Anak-anak pula, cx pesankan nugget sahaja memandangkan mereka sudah makan di rumah bersama nenek.  Okay, jom cx kongsikan sedikit gambar yang sempat diambil.  Cx sertakan sekali review bagi setiap makanan okay. 

Lo'Qos Uptown Tempat Makan Baru yang  Menarik di Klebang Melaka
Lo'Qos Uptown: Mix Grill Menu

Okay, menu pertama ini adalah Mix Grill ya korang.  Ianya adalah menu yang hangat juga di Lo'Qos Uptown.  Ramai juga yang pesan dan makan.  Pada cx, Mix Grill ini rasa dia sedap seperti kedai western lain juga.  Cuma, mungkin Lo'Qos Uptown boleh buat penambahbaikan dengan sos pencicahnya.  Ianya sedap tetapi sedikit cair.  Mungkin selepas ini, boleh pekatkan sedikit.  Tapi pastikan jangan pekat likat semata dengan tambah tepung ya.  Tips untuk kepekatan sos pencicah western adalah mushroom.   

Satu lagi, bahan perapan untuk ayam dan kambing dia, agak kurang sampai.  Dia macam tak cukup jam perapan tau.  Bahan cukup cuma waktu perap tak mencukupi.  Jadi rasanya agak kurang sampai.  Selain daripada itu ianya baik.  cx boleh bagi 3.8/5 bintang bergantung kepada rasa dan tekak cx ya.  Lain orang, lain citarasanya.


Lo'Qos Uptown Tempat Makan Baru yang  Menarik di Klebang Melaka
Lo'Qos Uptown: Nugget Set Menu

Menu ini untuk anak cx sebenarnya.  Pada cx, nugget set ini biasa sahaja.  Boleh dinaiktaraf barangkali dengan nugget homemade tempura? hihi sekadar cadangan.  Jangan marah ya. Tapi masih syukur.  Alhamdulillah. 


Tempat Best di Melaka
Lo'Qos Uptown: Chicken Grill Menu

Menu seterusnya adalah chicken grill.  Rasa dia sedap dan okay.  Cuma review cx lebih kepada sos pencicah dia.  Cair dan kurang pekat.  Rasa sos dia okay dah cumanya itulah, cair.  Kemudian, ayam dia macam tidak cukup jam perapan.  Kurang rasa bahan perapan ayam.  Tak terserap baik lagi sebelum ianya dimasak.  Cx boleh bagi 3.5/5 bintang.  Maaf ya. 


tempat makan baru di klebang melaka
Lo'Qos Uptown: Yong Tau Foo Menu


Okay, menu yong tau foo ini rasa dia okay juga.  Cuma kuah dia cair.  Kemudian dimsum dia agak keras.  Macam tak cukup dinyahbekukan kemudian dimasak.  Rasa okay dah, cukup cuma itulah, cair kuahnya.  Ini menu kakak cx.  Cx tumpang makan. hihi. Cx boleh bari 3/5 bintang.  


Kedai makan di klebang melaka
Lo'Qos Uptown: Madu 3


Ini nama dia Madu 3.  Dia agak sama dengan Air Viral di Malaysia.  Korang boleh baca di entry ini : Review: Sedap Ke Air Bubble Bee Shuib? .  Ianya lebih kurang tetapi cx boleh katakan ianya sedap.  Tidak terlalu manis melampau dan untuk tekak rasa muak itu datangnya lambat.  Cx boleh makan bubble honey dia dengan ais krim dan flakes dia.  Sedap.  Cuma madu dia rasanya kelulut .  Bukan madu lebah asli.  Maafkan cx jika silap tetapi rasa dia berbeza.  Madu ketul dia pahit.  Tak boleh makan sangat.  Kalau dah biasa makan madu, korang boleh bezakan. 

Tapi cx boleh syorkan korang untuk cuba sendiri.  Ianya sedap dan boleh beli lagi lain kali.  Cx boleh bagi 4.5/5 bintang.  Waima dah kenyang, cx masih boleh makan dan layan Madu 3 ini.  Sedap. Terima kasih kepada sister yang bagi izin untuk cx ambil video dia siapkan order pelanggan. 


Kedai makan baru di klebang melaka
Lo'Qos Uptown Asam Pedas Tetel


Menu Nasi Puth Asam Pedas Tetel.  Ini menu yang cx order.  Cx tak sempat nak ambil gambar waktu itu sebab dah lapar sangat.  Tambahan sementara anak kecil tidur, jadi maknya kena makan cepat-cepat.  Asam Pedas dia okay rasanya.  Cuma tetelnya dipotong kecil.  Rasa tak puas sangat makan.  Tapi kita pon di tempat makan budget, kos rendah.  Makanya begitulah gamaknya.  hihi.  Bab harga, cx lupa.  Korang cuba sendiri nanti okay.  Cx boleh bagi 3/5 bintang.  

Lo'Qos Uptown Tempat Makan Santai di Melaka

Baik, Lo'Qos Uptown ini memang satu tempat makan yang agak santai untuk kita lepak-lepak dan berkumpul bersama keluarga juga kawan.  Kawasan yang baik dan selesa.  Korang yang belum cuba pergi dan cuba sendiri, sila tuju segera.  Maaf jika review cx tidak boleh diterima.  Ianya hanya pandangan sebagai pelanggan.  Terima kasih atas layanan di sana.  Ohya, air nescafe ais abam baju hitam buat ketika malam kami datang , memang sedap. Padu! Terbaik.  Korang boleh cuba tau! Okay, terima kasih semua. bye!


Alamat: 1103, Jalan Limbongan, Pekan Klebang, 75200 Klebang, Melaka
Contact: +60176646731
Gps Coordinate: 663G+Q3 Klebang, Melaka

Kedai Makan di Klebang Melaka
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

3 Comments

AzianKhalil said…
wowowo...semuanya sedap sedap belaka
Atie Zieya said…
next month nak pergi holiday, kl, pd dan melaka... pastu nak try rasa asam pedas melaka, but tgk cx sharing ni, menarik la .. nak ke sini la nanti
Atie Zieya said…
next month nak pergi holiday, kl, pd dan melaka... pastu nak try rasa asam pedas melaka, but tgk cx sharing ni, menarik la .. nak ke sini la nanti