5 Tips Pemilihan Pam Susu Elektrik Terbaik Buat Para Ibu

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 


5 Tips Pemilihan Pam Susu Elektrik Terbaik Buat Para Ibu

Cx sebelum bergelar seorang ibu, memang orang kata tiada langsung ilmu tentang penyusuan.  Ketika mengandung, cx mula mencari sedikit demi sedikit kepentingan penyusuan susu ibu buat bayi.  Banyak sebenarnya yang cx dapat.  Namun, cx terlupa tentang pemilihan pam susu terbaik untuk diri sendiri.  Syukur ada encik suami yang rajin buat carian dan galian.  Encik suami yang banyak membantu dan beliau juga yang pilih serta belikan pam susu terbaik buat cx.  Jadi, cx nak mudahkan urusan dan kerja bakal atau para ibu sekalian sebelum membeli pam susu.  Cx taknak korang jadi macam cx sebelum ini okay. Makanya, cx nak kongsikan kepada korang lima tips pemilihan pam susu elektrik terbaik buat para ibu.  

Ya cx faham para ibu ramai yang bekerjaya.  Jadi, pam susu sekarang sudah menjadi aset terpenting buat kita ibu-ibu.  Betul tak?  Jadi, sedikit sebanyak, kita akan buat pelaburan untuk membeli pam susu elektrik terbaik untuk diri kita sendiri.  Sekarang pon dah banyak pilihan, bentuk, jenis dan harga pam susu elektrik.  Cumanya di sini, kita sebagai ibu, kena pandai pilih yang mana satu penting dan selesa untuk digunapakai dalam tempoh masa yang panjang. Jimat!

Tips Pemilihan Pam Susu Elektrik Terbaik
5 Tips Pemilihan Pam Susu Elektrik Terbaik Buat Para Ibu

Yomum's Pam Susu Elektrik Pilihan Terbaik

  • Hands-Free

Ini tips pemilihan pam susu elektrik terbaik buat cx.  Semestinya cx suka yang hands-free. Tak payah susah payah nak setting segala wayar.  Boleh nak dibawa kemana sahaja.  Hanya perlu selit sahaja dalam pakaian dalam.  Tak perlu lagi nak runsing mana nak sorok wayar pam susu elektrik.  Kita duduk buat kerja pon tak penat tangan nak pegang pam susu elektrik.  Ketika bermesyuarat pon tak ada masalah untuk pam susu. Betul tak? Jadi, pam susu Yomum's ada ciri utama ini.  Memang bila nak pam, cx selit sahaja dalam pakaian dalam.  Senang kerja cx, sebelah menyusu anak, kemudian Yomum's buat kerja lagi satu bahagian. 

  • Mudah Dicuci

Siapa tak suka bila pam susu elektrik mudah sangat hendak dicuci.  Almaklum, pam susu elektrik atau manual, semuanya ada bahagian yang kecil dan sedikit rumit.  Jadi, cx lebih suka pilih pam susu elektrik yang mudah untuk dicuci.  Kalau boleh, kerja yang payah menjadi mudah dan kini menjadi lebih pantas.  Tak perlu masa yang banyak untuk mencuci pam susu elektrik.  Cx suka bahagian yang senang dicabut dan dipasang semula.  Tidak leceh dan renyah.  Jimat masa! 

Ketika cx nak basuh dan cuci Yomum's, rasa macam mudah sangat.  Tidak ada bahagian yang sulit dan rumit untuk kita buka pasang semula.  Cx hanya perlu cabut setiap bahagian yang ada dan cuci sehingga bersih.  Nak pasang semula pon tak pening.  Mudah sangat!

Pemilihan Pam Susu Elektrik Terbaik
Yomum's Pam Susu Elektrik Terbaik

  • Saiz Mudah Alih

Tips pemilihan pam susu elektrik terbaik buat para ibu semestinyalah bersaiz yang mudah alih.  Maksud cx di sini adalah saiz pam susu elektrik pilihan cx mestilah comel macam cx. haha! Gurau ya. Pam susu elektrik yang comel dan ringan sudah pasti menjadi pilihan utama cx.  Mudah sikit kerja bila tak perlu nak sarat-sarat bawa banyak bag.  Yomum's ini saiznya kecil molek dan ringan.  Menjadikan ianya lebih memudahkan cx untuk bawa kemana sahaja tanpa perlu risau! 

Kalau dulu kan kebanyakkan pam susu elektrik atau manual bersaiz agak besar.  Jadi, susah juga untuk bawa kemana-mana.  Kalau duduk rumah pon, cx senang untuk guna Yomum's.  Sementara melakukan tugasan di rumah, cx boleh pam susu bersahaja. 

  • Penyedutan yang Selesa

Pada cx, kalau nak pilih pam susu elektrik terbaik, pilihlah yang penyedutan dia selesa.  Yalah, kita nak pam susu setiap hari mengikut jadual.  Mestilah kita nak selesa dan tidak rasa janggal.  Almaklum, ada sahaja pam susu elektrik yang sejenis sedutan dia agak kuat dan menyebabkan kesakitan.  Susu kita pon payah nak keluar sebab penyedutan tidak selesa dan sesuai.  

Yomum's memang pilihan pam susu elektrik terbaik buat cx.  Penyedutan dia selesa sangat.  Tidak menyakitkan dan pengeluaran susu juga menjadi lebih mudah serta lancar.  Yomum's ada lima peringkat penyedutan iaitu satu sehingga lima.  Namun, ianya tetap tidak menyakitkan.  Sungguh selesa. 


Yomum's Pam susu elektrik
Fungsi Pam Susu Eletrik Yomum's


  • Bunyi Perlahan atau Senyap

Ini cx gerenti semua orang suka.  Pam susu elektrik yang sejenis bunyinya perlahan.  Lebih mudah cakap, suka pam susu elektrik yang senyap bila buat kerja.  Mak-mak yang bekerja mesti faham kenapa.  Betul tak?  Senanglah kalau kita nak mengepam susu di mana sahaja.  Ketika bermesyuarat pon tiada masalah dengan pam susu elektrik Yomum's.  Tidak ada siapa yang perasan pon.  Kalau sejenis pam susu elektrik bunyi kuat, cx pon malu nak pam di kawasan ramai.  Ada pula yang berteka-teki dalam pejabat mencari mana datang sumber getaran. haha

Kelebihan Pam Susu Elektrik Yomum's

  1. Terdapat dua Mod: urutan dan mengepam
  2. Lima peringkat sedutan; 1 hingga 5. Siap dengan bateri.
  3. Silikon penuh digunakan untuk keselesaan
  4. Pengecasan usb
  5. Kapasiti sehingga 120ml
  6. Ringan.  Hanya seberat 230gm seunit.
  7. Kekuatan sedutan: 280 - 300mmHg.

Tips Pemilihan Pam susu elektrik
Pam Susu Elektrik Yomum's


Cara Pembelian Pam Susu Elektrik Yomum's 

Cara korang untuk dapatkan dan beli sendiri pam susu elektrik Yomum's in hanyalah di atas talian sahaja.  Kenapa? Tiada kedai ke? Jualan atas taliankan lebih jimat dan cepat.  Sudah pasti semua orang berlumba-lumba untuk menjual di atas talian.  Tambahan lagi sekarang musim pandemik masih aktif.  Jadi, korang pon jadi lebih mudah untuk membuat pilihan dan bayaran. Korang hany perlu rujuk shopee dan lazada Yomum's okay. 

Shopee: Yomums Official Store 
Lazada: Yomums 
Facebook: YomumsOfficial
Instagram: @yomumsofficial

Penyusuan Ibu adalah Terbaik
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

4 Comments

dorsett pink said…
Nice,kecik je. Tapi saya paling suka Spectra. Dah dua anak,dua2 pakai pam Spectra - memang puas hati sangat,harga pun affordable
Nadia Johari said…
Cantik.. Kecik je. Boleh dibawa ke mana2. Bnda penting buat ibu2 menyusu
Atie Zieya said…
boleh share post ni dekat my friend..dia tengah mencari juga
Hayati Suki said…
Yeayyy. Dah boleh masuk bucket list. Yang pasti sisyat suka bila masuk je dalam baju. Mudah sangat.