Kebaikan Menggunakan Gendongan Bayi Mamaway Ring Sling Carrier

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Kebaikan Menggunakan Gendongan Bayi Mamaway Ring Sling Carrier

Semenjak dah ada anak tiga orang, pengalaman ternyata mengajar kita sebagai seorang ibu dan ayah dalam menghadapi kerenah anak-anak.  Kerenah anak-anak semuanya berbeza-beza.  CX sejenis kalau keluar jalan-jalan dengan suami, kami kurang gemar bawa baby stroller tau, pada CX saiznya yang besar dan agak jenuh untuk ditolak kemana-mana.  Maaf jika pendapat kita berbeza.  CX lebih suka bawa anak secara berdukung.

Tetapi waima CX suka, tetap dan pastinya ada kekurangannya tersendiri.  Kesannya adalah, tangan cepat lenguh sebab bayi semakin membesar.  Almaklum, maknya kecil sahaja. Jadi, CX fikir, elok juga jika kita guna gendongan bayi kan? CX ada cuba gendongan bayi jenama lain sebelum ini tetapi agak tidak selesa untuk kami dua beranak.  Lepastu gendongan tersebut juga ada usia tertentu sahaja yang boleh digunakan.  Jadi, kali ini, CX dah jumpa gendongan bayi yang sangat best! 

Ring Sling Mamaway

Gendongan Bayi Mamaway Ring Sling 


Ini kali pertama CX cuba guna gendongan bayi mamaway ring sling tau.  Jika sebelum ini, memang CX teringin sangat nak ada satu gendongan bayi jenis kain.  Alhamdulillah akhirnya dapat juga.  Korang tau tak kenapa CX nak sangat gendongan bayi jenis kain macam Mamaway Baby Ring Sling Carrier ini? Okay jom CX kongsikan sebab-sebabnya.

  • Fabrik Berkualiti

CX suka kualiti kain gendongan bayi Mamaway ini.  Kain dia sangat lembut.  Tidak panas dan CX pon selesa gendong anak dalam tempoh masa yang lama.   Anak pon tak banyak merengek kepanasan atau penat.   Gendongan bayi Mamaway ini selamat untuk kulit mudah bernafas serta juga mampu menyerap peluh.

  • Selamat untuk Pinggul Bayi


Badan bayi semestinya sangat fragile. Jadi pemilihan dan penggunaan gendongan yang tidak sesuai boleh menyebabkan gangguan terhadap tumbesaran tulang bayi.  Faktor ini membuatkan CX lebih berhati-hati dalam memilih gendongan yang betul.  Makluman korang, CX suka dengan Mamaway Ring Sling Carrier ini sebab ianya telah mendapat kelulusan dari International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai “hip-healthy” product.

Ring Sling dari Mamaway direka khas berdasarkan teori Spread Squat Position (M&J) yang fokus dan memberi manfaat terbaik untuk perkembangan pinggul serta kaki semulajadi bayi. Terdapat dua jenis posisi yang ditekankan untuk kita ibu ayah pastikan keadaannya betul dan baik.  Posisi tersebut adalah keadaan M dan J position.

M Position:  Memastikan peha anak tidak tergantung keluar daripada gendongan bayi

J Position: Pastikan lutut bayi lebih tinggi daripada paras pinggul bayi yang dibengkokkan.

  • Material yang Kuat


Gendongan Bayi Mamaway ini kuat tau korang.  Mamaway menggunakan ring yang telah diuji dan memenuhi standard keselamatan antarabangsa.  Bukan biasa-biasa atau saja-saja nak buat pilihan ya.  Semuanya ada ujian yang perlu di ikut demi keselamatan semua. 

Ujian SGS-TW1186350 membuktikan bahawa N66 Double Ring yang digunakan mampu menahan beban sehingga 50kg ! Jadi, tiada langsung isu yang menyatakan ring tersebut akan bengkok, renggang, patah atau berubah bentuk. InShaaAllah selamat.  Ini melibatkan nyawa kan? Semestinya Mamaway buat yang terbaik!

  • Posisi Terbaik untuk Ibu dan Bayi


CX suka sangat dengan Mamaway Ring Sling Carrier ini sebab reakaannya sangat mementingkan posisi yang terbaik dan selesa untuk ibu juga bayi.  CX rasa sangat berbaloi untuk setiap ibu memilikinya sendiri di rumah.  Kebiasaannya bila kita gendong bayi tanpa alatan, hanya dukung menggunakan tangan, nanti lama-lama pinggang CX akan sakit.  Kemudian, bayi pon rasa tak selesa bila kita pon kerap tukar posisi dia ketika dalam dakapan.

Sungguhlah Ring Sling Mamaway ini sangat selesa, pinggang CX tak lagi lenguh, tangan tak penat dan kebas sebab dukung lama.  Anak pon mudah untuk tidur dan tidak letih yang menyebabkan tantrum. 

  • Mudah Dibawa Kemana Sahaja


Saiz dia comel sangat.  Tidak terlalu memakan ruang untuk kita bawa kemana sahaja.  Jika dulu gendongan bayi CX agak besar dan perlu dilipat mengikut bentuknya dan diletakkan dalam kotak khasnya sendiri.  Tetapi tidak dengan Ring Sling Mamaway.  Ianya ringan dan saiz mudah dibawa.

  • Fungsi 2in1: Gendongan Bayi dan Nursing Cover


Anak CX berusia lapan bulan dan semestinya ianya menyusu badan.  Kalau dulu CX akan bawa dua benda penting iaitu gendongan bayi dan nursing cover.  Tetapi tidak lagi sekarang sebab CX dah ada Ring Sling Mamaway.  Pergi mana-mana, hanya perlu bawa Ring Sling Mamaway sahaja! Settled!

Pengenalan Mamaway Malaysia


Mamaway adalah satu jenama atau label kehamilan dan penyusuan yang dah pon memenangi anugerah. Mamaway Malaysia menawarkan fesyen dan aksesori bersalin, penyusuan dan bayi yang bergaya serta pembawa bayi dan keperluan penyusuan setiap hari. Ditubuhkan pada tahun 2003 oleh pengasas Mamaway iaiatu, Deborah. Mamaway Malaysia dibentuk kerana adanya keperluan untuk menjadikan penyusuan lebih mudah bagi wanita di seluruh dunia. Tambahan lagi, para ibu lebih kelihatan bergaya semasa mengandung dan menyusu.

Anugerah Mamaway: Gendongan Bayi Ring Sling Carrier

Bagaimana Cara Guna Gendongan Bayi Mamaway


Gendongan bayi ini cara guna dia adalah berbeza bagi setiap bayi mengikut umur ya.  Jika bayi baru lahir sehingga empat bulan, lain cara pasang dan meletakkannya dalam gengongan bayi.  Anak CX pula sudah usia tujuh bulan, jadinya CX akan ikut cara seperti di bawah untuk letakkan anak dalam Mamaway Baby Ring Sling Carrier.  Cumanya disini, CX kongsi cara macam mana ikatan asas gendongan bayi sebelum gendong bayi supaya ikatan betul, kuat dan tepat.  Kemudian CX juga kongsi dengan korang video supaya lebih mudah faham dan betul caranya. 

Cara ikatan awal dan asas gendongan bayi



Gendongan Bayi yang Sempurna daripada Ring Sling Mamaway


Pada Cx, gendongan bayi daripada Mamaway Baby Ring Sling ini memang sempurna untuk ibu bapa dan bayi.  Gendongan Bayi Mamaway sangat sesuai dan sempurna untuk bayi sehingga usia kanak-kanak tau.  Gendongan bayi Mamaway 2018 merupakan yang terbaik di Malaysia. Selendang yang dikeluarkan terdapat dalam berbagai cetakan yang menarik.  Anak selesa untuk bernafas dan kainnya kuat.  Manakala cincinnya (Ring Sling) dibuat daripada bahan yang digunakan pada payung terjun.  CX yakin ianya lebih selamat. Mamaway baby ring sling membawa manfaat besar untuk perkembangan pinggul dan kaki semula jadi bayi.  Jom beli sekarang dekat sini: https://bit.ly/32cUlwT . 


Anak Selesa, Ibu Bahagia
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

5 Comments

Marina Bashah said…
Boleh bagitau kakak ni
cikza said…
Wahh menarik, boleh beli simpan and preapare utk baby kalo ada rezeki nanti
faizzahamir said…
Rasa kemas dan selamat je anak dalam dukungan kan
Nadia Johari said…
Nad ada satu.. Pakai utk adik sebelum ni.. Snenag pakai dan tak sakit.. Anak pun selesa je
Ai said…
Baru tau nama melayu dia gendongan.