Domain Baru Blog Cxopportunities

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Domain Baru Blog Cxopportunities

Mempunyai domain baru sendiri bagi seorang blogger adalah satu perkara yang semestinya amat diimpikan.  CX mula menceburkan diri dalam bidang blogging dan penulisan semenjak tahun 2011 bulan Jun dengan blogspot.  Motif utama CX buat blog adalah disebabkan tujuan atau big why untuk sebarkan peluang dan kebaikan kepada orang ramai.  Tapi blog zaman dulu dengan sekarang berbeza sungguh.  Sungguh dulu kita menulis hanya untuk suka-suka dan cerita santai tanpa fikir yang sebenarnya dengan blog ini, kita mampu menjana pendapatan.  Sekarang baru CX nak nampak semua itu waima dengan blogspot.

Sebenarnya cx aktif sangat dulu, konon nak dikenali ramai dikalangan blogger tetapi makin lama, semangat yang ada tak diteruskan.  Alamklum banyak perkara berubah.  Lagipun ketika itu CX tak nampak lagi sebenarnya disebalik blog, kita boleh dapat income.  Maksud Domain pon CX tak tahu.  Asyilah selesa dengan blogspot.  Padahal banyak sahaja free domain Malaysia yang ada.  Banyak kali jugalah CX google domain itu apa dan sebagainya. 

Domain Baru Blog cxopportunities

Aktif Blogging Semula Sejak Pertengahan 2017


CX aktif semula semenjak pertengahan tahun 2017, aktif yang betul-betul orang kata rezeki yang Allah kirimkan sebagai permulaan dunia blogger.   Ya, masih dengan blogspot, masih tak beli domain.  Waktu ini CX dah mula terima job melalui blog dan media sosial yang ada.  CX mula kembangkan dunia blogging CX dengan bercampur rakan-rakan blogger yang lain.  Ternyata semuanya satu permulaan yang sangat indah dan tidak akan dilupakan.  CX cuba belajar sikit-sikit rencah dan asam garam dunia blogging.  CX juga banyak bertanya kepada rakan blogger yang lain supaya lebih terbimbing. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka dan ya, CX masih dengan blogspot.

Branding dan Jual Nama

Branding dan jual nama ini bukan semudah yang disangka ya.  Ianya satu perjalanan yang agak mencabar.  CX pon tak reti nak cerita macam mana sebab semuanya berlaku dengan pantas.  Apa pun keadaan, CX sangat bersyukur atas kurniaan Allah ini.  Semenjak kahwin dan ada anak sendiri, memang CX dah tak bekerja.  Orang kata tak ada duit sendiri untuk beli apa yang dikehendaki tanpa minta suami.  Waima CX ada buat bisnes sendiri, macam biasa untung rugi itu satu keadaan yang perlu diterima.  Lagipun CX suka berniaga. Bila dah mula branding dan dapat jual nama sebagai blogger, CX rasa macam ada batu loncatan untuk CX. 

Selepas secara perlahan branding nama, CX mula fokus untuk betulkan blogspot.  Tercetusnya untuk perbaiki blog disebabkan oleh Tuan Hasrul Hassan ada buka slot untuk baiki blog.  CX ambil slot tersebut dan bermulalah segalanya.  Tuan HH banyak bagi nasihat dan komen supaya CX baiki banyak benda.  Boleh dikatakan blog CX ini rumah usang yang tunggu masa untuk roboh sahaja. Lama juga CX simpan azam ini supaya dapat laksanakan secara perlahan-lahan. Kewangan juga antara faktor ya.  CX simpan sikit-sikit untuk bahagian baiki blog. CX juga invest untuk belajar teknik SEO dan ilmu-ilmu lain yang penting sebelum kita apply domain baru .  Waktu ini, CX dah mula tahu apa itu maksud domain. 

Domain Baru Blog cxopportunities


Domain Baru cxopportunities.com Akhirnya Dimiliki


Sebenarnya CX tak sedar pon sepanjang sebelum apply domain baru, CX dah banyak buat pembaharuan daripada segi penulisan, SEO, dan banyak perkara lagi.  CX ada upah rakan blogger untuk buatkan setting domain baru dan template tetapi ada sedikit masalah.  Makanya, tergendala sehingga dua tiga bulan lamanya.  Sehinggalah CX teringat seorang lagi rakan blogger yang tiba-tiba offer pasal setting domain baru.  Alhamdulillah.  Deal siang, malam dah jalan kerja.  Suka sangat bila dapat domain baru sendiri.  Waima ada sedikit masalah pada mulanya tetapi tindakan pantas telah diambil oleh rakan blogger untuk perbaiki.  Syukur akhirnya domain cxopportinities.com telah wujud dengan jayanya pada 17hb Ogos 2020. Alhamdulilah. Total untuk CX tukar kepada domain baru adalah kurang daripada RM100.  Jika dikira dengan servis lain yang CX invest, lebih kurang RM300 setakat ini. Investment untuk jangka masa panjang. InshaAllah

Walau apa pun keadaan, CX bersyukur sangat sebab Allah buka ruang dan peluang untuk CX lalui dan terima semua nikmat dunia ini.  Korang doakan okay untuk CX juga.  Lepas ini CX kongsi pula pasal template baru dan macam mana adsense CX boleh lulus dalam masa empat hari sahaja menggunakan blogspot.  Tunggu tau. 

Terima kasih Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

25 Comments

Nadia Johari said…
Yup.. Investment yang berbaloi.. Nad tukar domain masa lepas lahirkan ank kedua.. Hehe. Masa tu berkobar2 nak tukar.
Huda Halid said…
Tahniah, semoga terus maju jaya dalam dunia blogging
Cik TK said…
wah domain sendiri!! tahniah awak! rupa blog pun dah bertukar.. nice!
Illya LeYa said…
Yezza! Tahniah.. Semoga terus sukses
Ana Suhana said…
Alhamdulillah. Tahniah Cx. Semoga lebih bersemangat untuk berkongsi info dan cerita dengan semua pembaca
ciktom said…
tahniah dah ada domain baru..selangkah lagi utk jadi blogger yg lebih professional..
Tahniah CX. Semoga urusan dipermudahkan. Insyaallah makin bertambah lah rezeki CX lepas ni . :)
Wah , tahniahh.

ada pun berangan nak domain sendiri. tapi anak ramai ni takdan nak bukak blogg pun. ;"(

btw tahniahh . moga terus dimurahkan rezki.
Abam Kie said…
Congrats! Semoga terus berkembang maju dlm blog.
Pamela Yeoh said…
wow congrats. hope everything goes well and all da best
Pamela Yeoh said…
wow thats cool. with this awesome domain hope you will success
Atie Zieya said…
this is so good... good luck tau.. moga terus berjaya
Nina Mirza said…
Alhamdulillah, tahniah Cx
Moga terus sukses!
congratulations to you CX! I pun nak more rajin buat la blog post every day hehe
Kak Fas said…
Tahniah moga drngan domain baharu ini segal yg dihajat berjaya diperoleh.
tahniah kak cx.. Semoga kita sama2 komited dalam dunia blogging dengan jayanya.. hehehe
SalinaJohari said…
Nampak lebih kemas. Patutla lain macam entry lately ni. Semangat betul. Ce bagi k.sal tips skit...semakin kelaut dah ni..hehehe
Zharif Azis said…
wahhh tahniah dah ada domain baru. semoga terus berkarya dan rajin2 update blog. keep it up ya !
Wah tahniah ada domain baru. Moga terus sukses dalam bidang blogging
Ai said…
Tahniah CX. Awesome.
Rini Ismail said…
Sepanjang jalan sebelum sampai tahap tukar domain ni memang banyak kenangan yang tak boleh dilupakan berlaku kan cx? Sampai satu tahap kita rasa dah sampai masanya nak kena tukar domain. Saya start aktif blogging 2018, tapi tahun tu jugak gamble tukar domain walaupun time tu nak bezakan hosting dengan domain pun taktau lagi. Semoga kita terus aktif berblogging..aamiin..
iena eliena said…
Memang bagus ada domain ni..branding sendiri hehe..iena buat domain lama dah, masa awal-awal berblogging.
Amyra said…
Tahniah CX. blog CX cantik and kemas sangat.