Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin? 

Apa ya punca rambut gugur selepas bersalin? Persoalan berkaitan rambut gugur ini sudah lama menjadi tanda tanya para ibu. Waima dah melalui fasa rambut gugur ini berkali-kali dengan kelahiran cahaya mata baharu, tetap juga kita akan tertanya-tanya apakah punca rambut gugur, lebih-lebih lagi selepas bersalin. 

Kebiasaannya rambut gugur selepas bersalin ini memang bukan kaleng-kaleng ya. Bukan sehelai dua rambut gugur tetapi banyak. Kalau kita berada dalam kawasan sama seperti rumah, boleh dilihat sekitar kawasan persinggahan kita itu pasti akan ada helaian rambut gugur. Sedihkan bila kita tengok rambut gugur sedemikian? 


rambut gugur selepas bersalin
Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut gugur ini adalah fasa normal tau bagi seorang ibu. Apakah punca rambut gugur selepas bersalin yang perlu seorang ibu tahu? Okay, disini CX akan huraikan mengikut pengalaman dan juga pengetahuan CX selama mengalami dan menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin. CX berani kongsi sebab anak dah tiga tau. 

Tapi masalah rambut gugur selepas bersalin ini memang fasa yang terpaksa hadaplah, mahu atau tidak. Tapi kebiasaannya rambut gugur terjadi selepas tiga empat bulan bersalin. CX sedang lalui fasa ini. Bersepah merata rambut. Okay dah, jom baca antara punca-punca rambut gugur selepas bersalin.  Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin? Ini Cara Mengatasinya!

Hormon Tidak Stabil

Ini merupakan punca utama kenapa terjadinya rambut gugur selepas bersalin ya. Hormon selepas bersalin berubah 360°. CX gerenti korang sebagai ibu akan mengakuinya. Nak tahu tak kenapa hormon mempengaruhi rambut gugur selepas bersalin? Okay, semasa kita hamil, hormon wanita iaitu Estrogen merembes dengan banyak tau, yang membuatkan ibu lebih muda. Disebabkan itu, proses pertumbuhan sel baharu adalah cepat. Jadi, bila rambut kita yang dah berhenti tumbuh, ianya tak akan gugur tau waktu ini sebab estrogen tu kukuh, kuat dan melindungi. Tapi dalam masa yang sama, rambut baru tumbuh. 

Nampak tak apa hormon kita buat? Dia jaga sebaiknya rambut kita tapi bila dah bersalin, hormon itu drop. Makanya yang sepatutnya dah gugur itu, akan gugur waktu ini sebab dia dah tak ada supporter. Faham tak? Jadi, hormon yang tak stabil inilah punca rambut gugur selepas bersalin. Memang tak boleh elak tapi sebenarnya bagus juga sebab rambut itu dah patut gugur pon. Nak simpan buat apa?

rambut gugur selepas bersalin
Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin


Pola tidur

Pola tidur pon jadi punca rambut gugur juga ya. Dahlah hormon tak stabil, tidur pula tak betul dan semestinya tak cukup. Bila tidur tak teratur, badan letih dan segalanya carca merba. Menjadi punca rambut dan kulit kepala jadi tidak sihat dan merosot teruk. 

Kurang Vitamin

CX ada baca, selepas bersalin dan tambahan menyusukan anak, ibu kena makan vitamin untuk support balik badan. Perasan kan bila kita discaj, mesti hospital bekalkan vitamin. Inilah asbabnya. Nak tampung balik apa yang dah hilang dalam badan kita. Bila kurang vitamin, segala pertumbuhan dekat badan kita ini akan merosotlah. Itulah punca rambut gugur selepas bersalin. Dalam bahasa mudah, baja dah habis. Macam mana nak hidup. Betul tak? Jadinya, vitamin memang penting untuk CX. Eh! Penting untuk semua ibu. Hihi 

Ohya, selain vitamin, ini sedikit Tips Memilih Perapi Rambut Terbaik untuk Masalah Rambut Gugur.  Korang boleh cuba untuk rambut gugur selepas bersalin dan mungkin juga kita boleh tahu apa punca rambut gugur untuk diri sendiri.  

Emosi

Satu lagi yang mempengaruhi dan menjadi punca rambut gugur adalah emosi. Normallahkan bila emosi tidak stabil, semua benda terabai. Semua benda jadi kusut. Betul tak? Lagipun bukan mudah  nak kawal emosi dengan keadaan sekeliling yang serba berlainan.  Lagi emosi bila tiada sokongan daripada yang tersayang.  Lagi emosi kita jadi tidak stabil .


rambut gugur selepas bersalin
Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin

Normal atau tidak rambut gugur selepas bersalin?

Normal ya dan yang CX kongsikan di atas adalah antara punca rambut gugur berdasarkan pengalaman CX. Sekarang memang sedang melalui fasa rambut mati itu gugur. Rasa macam dah tua pula bila rambut banyak gugur dengan mudah. Raut sekali sahaja jari di rambut, dah gugur. Sedih tapi takpa, itulah pengorbanan seorang ibu. Semoga pahala hebat menanti kita di akhirat kelak. InShaaAllah Amin. 

Pengorbanan Seorang Ibu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

9 Comments

one of my sepupu melalui phase ni.. kesian dia.
stress la tengah pantang pun rambut gugur teruk sampai kena potong rambut.
alhamdulillah now da okay.. bersalin lepas tu pun x gugur da..
Sii Nurul said…
Oh.. Kalau yg belum kahwin nie mcm mana? Sama jugalah kan punca rambut gugur hehe.. Thanks for sharing pemakanan n kesihatan pun beri kesan rupanya kpd rambut gugur..
Sue Izza said…
tk tahu la sebab apa tapi memang gugur rambut kata org kalsium kurang sebab dah bg kat baby...
Firzz Radzi said…
Emosi.. Bukan pompuan je kot, laki pun sama.. Hahahaha
Marina Bashah said…
Rambut marina banyak gugur. Kurang vitamin agaknye
Nadia Johari said…
Banyak sebab rambut gugur.. Tapi memg lepas bersalin. Anak membesar mesti rambut gugur
Mimie said…
Akak mula mula dulu tak ada pun rambut gugur tau cx. Anak dah tiga bulan makin menjadi jafi pula. Stress tengok rambut sendiri bersepah kat lantai.
Ai said…
Yang tak bersalin ni pun rambut gugur gak. Hurmm
dorsett pink said…
Ramai ibu-ibu yang ada masalah ni lepas bersalin. Alhamdulillah saya tak ada, rambut ada gugur tapi kuantiti ya sama jer dengan sebelum bersalin info ni sangat-sangat bagus (thumbs-up)