OTACI: Produk Wajah Berasaskan 100% Bahan Natural dengan Haruman Ros

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

OTACI: Produk Wajah Berasaskan 100% Bahan Natural dengan Haruman Ros | Pernah dengar tak tentang Otaci?  Semetinya korang kurang pasti atau tidak tahu menahu. Okay  Otaci merupakan produk yang berasal dari Turkey.  Ianya dikaji oleh seorang doktor yang merawat dengan menggunakan bahan semulajadi sahaja. Otaci telah bertapak sejak tahun 1955 lagi. 



Otaci kini telah masuk ke Malaysia dan dibawah kelolaan organisasi HG Mart. HG Mart hanya mempunyai satu objektif, iaitu menyediakan produk kesihatan yang bermutu tinggi dan inovatif kepada pelanggan-pelanggan terhormat  dari seluruh dunia. HG Mart bangga dalam menyediakan produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang mesra kepada pelanggan mereka.

Produk mereka semuanya 100% natural dan hanya mengandungi air mawar semulajadi dari Mediterranean sahaja.  Tiada sebarang campuran Colorants, Synthetic Essences/pewangi, Paraben, Silicon, Minyak Mineral dan produk haiwan.  Produk terbaharu mereka ini dikenali sebagai Otaci Rose Passion: Facial Series. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Otaci Rose Passion: 
Micellar Cleansing Water


Membersihkan kulit wajah kita dengan makeup removal berasaskan bahan semulajadi sememangnya sangat baik. Menggunakan Micellar Cleansing Water daripada Otaci ini akan membantu membersihkan, menyegarkan dan melembapkan kulit kita. Ianya sangat sesuai untuk kawasan muka dan juga bibir.
Paling penting, ianya mendapat kelulusan GMP dengan formula gabungan minyak dan ekstrak minyak mentah yang paling bernilai. Harga seunit adalah RM97.90 untuk 300ml.  Paling best ianya sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara Guna:
Fungsi utama adalah untuk membuang makeup.  Jadi, letakkan cotton pad dekat mata kita yang ditutup untuk beberapa saat.   Kemudian sapu perlahan-lahan tanpa menggosoknya secara kasar.

Review:
Cx dah pakai Micellar Cleansing Water Otaci ini dan ianya sangat best! Sesuai sangat dengan kulit cx.  Bila cx sapu sahaja di permukaan muka yang ber-makeup, ianya membersihkan dengan baik sekali. Jika sebelum ini, cx ada guna jenama lain tapi bila pakai, kulit muka cx rasa pedih dan panas.  Tapi tidak untuk Otaci ni.  Dahlah bau dia wangi harum semerbak ros, kemudian kesan dia, kulit kita akan jadi sangat lembab, lembut dan segar ! Wangi sahaja kulit kita.  Suami cx pon suka. Hehe

2. Otaci Rose Passion:
Facial Cleansing Foam



Diperbuat khas dalam bentuk buih untuk kulit yang sensitif, ianya membuang makeup dengan baik sekali, membersihkan dan melembabkan kulit wajah kita dengan ekstrak bunga ros dan aloe vera. Harga seunit adalah RM97.90 untuk 150ml. 

Cara Guna:
Urut lembut ke atas kulit wajah kita yang lembab iaitu setelah dibasahkan air.  Kemudian bilas dengan air bersih.  Elakkan daripada terkena mata.

Review:
Cx memang pencinta pencuci jenis foam buih² cinta gini. Haha. Suka sangat sebab bila cuci dengan buih² cinta sehalus cintaku terhadapmu, memang rasa bersih sangat muka.  Serius! Bau toksah cakaplah, memang wangi haruman ros.  Bila dah cuci tu, kulit kita tak kering pon, ia kekal lembut dan lembab sahaja tau! Suka sangat!

3. Otaci Rose Passion: 
100% Natural Rose Water Hydrating Tonic



Ianya digunakan sebagai pembersih dan memberikan kepejalan kepada kulit wajah serta leher. 100% diperbuat daripada air mawar. Tiada lain.  Harga seunit adalah RM93.90 untuk 150ml.

Cara Guna:
Titiskan ke atas cotton pad dan perlahan² ratakan ke kulit wajah kita.  Elakkan terkena kawasan mata dan bibir.  Sebaiknya digunakan selepas membersihkan muka dengan Otaci Facial Foam.

Review:
Selepas cx bersihkan muka dengan Otaci Facial Foam, cx akan gunakan Otaci Tonic ini bagi membersihkan lagi dan mengekalkan kepejalan kulit cx.  Sejujurnya memang kulit cx rasa bersih, segar dan kekal lembab.  Kulit wajah cx pon rasa macam solid sahaja. Best!

4. Otaci Rose Passion: 
100% Natural Rose Water Hydrating Face Mist



Kekalkan kulit wajah kita  segar dan sentiasa lembab dengan menggunakan Otaci Hydrating Face Mist.  Ianya sangat ideal untuk sentuhan terakhir.  Harga seunit adalah RM32.90 untuk 60ml.

Cara Guna:
Spray ke arah muka dalam jarak 8". Pastikan tutup mata dan mulut ketika spray.  Tidak perlu dibilas.  Jika terdapat iritasi terhadap mata, sila bilas menggunakan air bersih dan hentikan penggunaan.

Review:
Bila muka dah bersih dengan empat langkah bersama produk Otaci, sudah pasti langkah terakhir bersama Otaci Face Mist memberikan kesempurnaan dan keyakinan kepada cx dengan kesegaran serta kelembapan yang kekal ke atas kulit wajah sepanjang hari.



Makluman semula, produk Otaci keluaran HG Mart ini tidak mengandungi: paraben, silikon, alkohol, formaldehit, produk haiwan, sulfat, SLS, SLES, pewarna, minyak mineral, minyak wangi sintetik. Telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia okay.  Jika nak suruh cx bagi bintang, Otaci HG Mart mampu milik 5⭐ !

Nak tahu lebih lanjut berkenaan Otaci HG Mart? Korang boleh rujuk maklumat di bawah okay. Cx sangat syorkan produk Otaci ini untuk digunakan oleh korang semua. Ini ikhlas dan jujur daripada hati tau. Serius best! 



Jom dapatkan diskaun 10% dengan setiap pembelian di website HG Mart menggunakan Code cx. CODE : Chaza19 . Tunggu apa lagi? Ajom borong!

Website:

Facebook:

Instagram: 


Kekalkan keremajaanmu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

20 Comments

menarik,baru tau ada produk yang berkualiti macam otaci ni.
Wah menarik ini. Selepas ini boleh 'rekemen' dekat kawan-kawan Naim untuk memcuba produk ini. Terima kasih
Ain Athirah said…
packaging nmpk cntikk besarrr
Farhana Jafri said…
mesti bau dia macam bau bedak sejuk arab sebab bedak sejuk sana guna pati bunga ros. Bila pakai dekat muka wangi sangat. Dah la takde paraben silikon bagai tu, dapat diskaun 10% pulak tu. Terbaik!
Red Linda said…
Blh thn mahal harga nya.huhu

Tapi berbaloi la kalau produknya 100% natural.lembut utk kulit.

Bau ros tu yg menyamankan tuuu
apekinahdotcom said…
First time dengar jenama Otaci ni CX. Bila baca entri ni terasa semerbak bau ros hehe. Boleh intai-intai dulu ni hihi
Fadzi Razak said…
Ni kalau buat dari bunga ros, memang wangi lah. Suka yang tonic tu sebab purely air rose tu. Air mawar ni memang banyak benefit kan
mek yunie said…
macam best lah. haruman rose tu boleh bayang dah bau macam mana nanti time makeup.
adianiez AIDA said…
elok everything yg natural ni kan.
terlalu byk bahan kimia, side effects long term nyer pun byk nanti.
terbaik sebab now semakin byk r&d on natural product.
byk pilihan utk customer.
this one is very good.
aida boleh imagine. tiap pagi kat ofis diffused eo narinar roselove.
rose ni is the best when it comes to calming, kasik segar, kasik yakin.
memang therapy.
terbaik otaci!
Marina Bashah said…
Macam best je otaci rose passion ni. Kalau dah rose tu mesti wangi kan
Tini Alif said…
ooo... for a start, HG Mart je yang bawak produk ni ya... well, masa baca review ni fefeeling terasa lembut-lembut, soft-soft gitu je di wajah... nanti nak cubalah, harapnya sesuailah untuk kulit sensitif...
Slumber Lady said…
First time dengar nama brand ni. selama ni tahu brand dari Turki cuma Farmasi. itu pun susah nak jumpa, kena cari online. hehe. thanks sharing
Dilah said…
wahhh... mesti bau wangi sangat kan.. best bau ros.. bila pakai mesti segar rasanya..
Rubiah Kadir said…
Salam CX,Haii

Ruby baru pestime dengar nama OTACI ni.

Cleanser dia ada 2 jenis ya. Jenis micellar dan foam.

Bagusnya Otaci ni bebas bahan kimia berbahaya, natural!

Dan Lulus KKM juga 😊
Ann Noura said…
Wow bagus sgt ni bau bauan ros.. Ann mmg feveret bau bau gini.. Mmg kasi result yg gempak ya??
Decamellia said…
Wow. Tak pernah lagi dengar brand Otaci. Bestnya berasaskan ros. Mesti wangi kan. Lengkap pulak tu 1 set baik dari clensing water, cleansing foam, toner & face mist. In shaa Allah pemakaian yg konsisten dpt bagi impak yg wow.
Bonda Comel said…
cantik kulit cx pakai otaci..ni first time dengar brand otaci ni.
terbayang bau wangi rose tu..semerbak harum.
Aerill Hassan said…
First time dengar nama brand dn produk ni. Harganya boleh tahan. Semoga jenama ini makin dikenali dan popular nnti.
agak baru juga ya jenama di pasaran..sebab tak pernah dengar tapi tgk pada varian yang diperkenalkan not ba...suka sangat dengan bau bunga ros..sebab wangi giler
Wan Syahida said…
Mesti wangi giler kan sebab bau wangian bunga ros. Bukan saja baik untuk kesihatan kulit muka, tapi juga destress dengan wangiannya.