CR7: Betul ke Cristiano Ronaldo tu atau Edit?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang! Tengah buat apa tu petang hari? Ngeteh apa? Cx satgi rancang nak buat mee goreng udang sahaja. Tapi sebelum tu, ayuhlah update entry di blog. Tiba-tiba dapat idea gara-gara dok lepak dengan mak tadi.


Elok tengah tengok drama di TV, tiba-tiba mak cx buka mulut;

Mak: 
Betul ke Cristiano Ronaldo tu? Bukan edit?

CX:
Eh! Betullah tu Mak! 

Mak: Iyeke? Dia tak edit? 

CX: Taklah. Diorang tak boleh suka-suka hati edit video muka orang lagi-lagi yang terkenal macam Cristiano Ronaldo. Mau kena saman? Muka ada nilai tu. Influencer seantero. 

Mak: Oh! Ingatkan Edit.


Sungguh beriya mak cx nak tahu pasal iklan Shopee ni tau! Iyalah, semua orang tahu Cristiano Ronaldo pemain bola sepak terkenal, dan tiba-tiba jadi duta, berjoget pula tu. Nak ke dia buat semua tu kan?

Ramai macam pelik mungkin. Tapi tak peliklah sebab dah tentu-tentu bayaran dia tinggi! Bukan senang nak lentur seorang pemain bola menari tau! Hihihi.



Percaya ke Idok?
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

20 Comments

Siti Awadah said…
sis fikir gitu gak.. berapa la si shopee ni bayar gamaknya!! haha
mek yunie said…
christ yang original kan? haha. mula mula tengok macam tak percaya. macam yeke si christ ni sanggup nak berjoget bagai. tapi yes, dia begitu supportive. and moving forward shopee !
messarah said…
memang cr jadi new shopee ambassador sekarang la tapi macam cute je player football tiba-tiba menari iklan shopee hahaha
Cik Min said…
Haha..makin terkenal seseorang makin laku la diaorang dan apa la sangat takat berjoget tu kan asal bayarannya tinggi hehe
Mrs Pip said…
Mula mula nampak iklan tu, tak sangka pula CR ... Haha, dia dah jadi spokeperson untuk shopee eh? ... Kelakar juga mula2 nampak dia kat iklan Shopee, tp lama2 macam ok juga , menari2 bah dia ...
Ann Noura said…
Haha mak pun fikir gitu ye. Kalau edit tu mau kena saman dengan CR.
Marina Bashah said…
Masa tengok iklan ni, sembang ngan husband, banyak duit shopee ni ambik cristiano
Decamellia said…
Nur sama dgn mak cx. Mula2 mcm tak percaya tau. Bila telek betul2, mmg sah laaa CR. Huhu tertanya juga berapa laaa Shopee bayar kan. Seantero dunia kenal. Fuh merecik
Berapa ratus ribu depa bayar dekat Ronalado untuk iklan Shopee. Ini methode perniagaan kan. Semoga ia mendapat sambutan Malaysia
Fadzil Ahmad said…
Haha lawak pulak tengok ronaldo berjoget. Hebat la shopee ni. Banyak pelaburan marketing diorang sampai ke sana. Make Malaysia proud also shopee. Semoga dpt beri pelanggan promo lebih byk lagi jugak 😬
Syiera Firdaus said…
Tulahh.. macam mana dorang yakinkan CR tu joget.. hahaha kelakar masa awal2 tengok. Marketing superb
Hanny Abdullh said…
Sure byk shopee bayar kan? Bukan calang2 org dia nak suh joget cam tu. Tapi kelakar lah tgok dia joget gitu..hehehe
Rawlins GLAM said…
Berapalah bayaran Shopee bagi kat dia kan? Bukan murah tu, itu yang pasti. Tapi kan, kenapa tak pakai local selebriti ek? Kalau dah ada bajet bebanyak gitu, perhaps boleh ambil beberapa orang local celebrity kan.

My two cents je
Zandra Zane said…
Hahahaha kita sukaaaaaa iklan ni sangat2 sampai kita share dekat kakak kita. Dia pun terkedu, terkesemia, terperanjat tak percaya tau. Tapi comelnyaaaa! Since Shopee ni company singapore, tak rasa semahal mana kot keluarkan duit nak bayar CR! Haha but now everyone knows apa tu Shopee kat YT dah banyak buat reaction video!
Zharif Azis said…
tulah, bila tahu CR jadi duta baru shopee agak terkejut jugak. sebelum nie dorg ambik Blackpink. perghhh semuanya nama hebat2. mesti bayaran mahal gila. hebat shopee hebat
cre8tone said…
such a great ads... it actually grab my attention to watch it.. and... let's go shopping in shopee.. yeah yeah..
Macam x percaya kan? Hahah tapi masa launching pengenalan duta terbaru hr tu mmg kitaorang terkejut.. dan siap tanya pr lagi Bayaran dia lagi hahaha hmmm
CIK TOM said…
sama la..mcm xpercaya jgk ronaldo ni nk jd duta shopee..hehe..tp mmg mantap la marketing shopee ni..merata iklan..
Farhana Jafri said…
masa tengok tu macam kelakar jugak tengok CR berjoget sebab jarang dia nak jadi duta produk ni. Power lah shopee ni
Bonda Chanteq said…
Percya percya...mana boleh x percaya...bukan main2 nk copy past muka nilai jutaan tu....hahahahaah...