Black Who's Milk Tea: Who's Tea Signature Drink kini di Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Black Who's Milk Tea: Who's Tea Signature Drink kini di Melaka   |Minuman bubble atau satu ketika dahulu dikenali dengan panggilan air ada pearl, kini telah kembali dan menjadi trend. Ya, ianya viral! Semakin hari, ianya menjadi sambutan hangat oleh masyarakat kita tak kira bangsa. Masing-masing berebut dan tidak mahu melepaskan peluang untuk merasa air yang sedang viral serta menjadi kegilaan semua. Korang dah rasa belum? Mungkin boleh disenaraikan antara jenama bubble milk tea yang korang dah minum atau bakal diminum? Cx confirm korang dah mula terliurkan dengan setiap satu keenakan perisa bubble milk tea kegemaran korang apabila dikenang kembali kan?


Kali ni cx nak perkenalkan lagi satu jenama baru Bubble Milk Tea yang makin in trend sekarang.  Cx juga tidak melepaskan peluang untuk mengkaji dan mengetahui antara nama-nama hebat minuman bubble milk tea ini. Haritu cx berkesempatan untuk pergi dan melihat sendiri bubble milk tea disediakan. Cx perkenalkan minuman baru bubble milk tea di Melaka iaitu "WHO'S TEA" !



Nama “Who's Tea” berasal daripada sebutan China "鬍⼦茶 Húzi chá (bermakna Janggut)". Bila korang minum Who's Tea , akan memberi kesan buih susu khas yang bentuknya seperti janggut kecil di bibir anda atau lebih kita kenali sebagai misai.  Who's Tea berasal dari Taichung, Taiwan, dan ditubuhkan pada tahun 2011 oleh sekumpulan anak muda. Who's Tea di bawa masuk dan diperkenalkan ke Malaysia oleh Pro Specialist Advisory (Internatonal) Sdn. Bhd. dari Taiwan.  Who's Tea mempunyai lebih daripada 30 cawangan di Taiwan, dan kini telah dilancarkan ke luar negara. Ia telah menubuhkan cawangan di China, Amerika Syarikat, Kemboja, Malaysia, Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

[Black Who's Milk Tea] Identiti Minuman Who's Tea ber-topping-kan Buih Susu Coklat (Chocolate Foam) PERTAMA di Taiwan.

Black Who's Milk Tea
Harga Seunit: RM11.50 + RM12.50

Mempunyai empat lapisan berperisa dimulakan dengan Milk Tea, Chocolate Foam, Cocoa Powder dan Oreo. Ianya perlu diminum dengan cara 45 darjah untuk mendapatkan gabungan rasa semua lapisan.

[Who's Tea Signature Drink]
Rasanya lemak² manis pahit.  Signature Drink Who's Tea ini adalah punca tercentusnya idea nama "Who's Tea" sebab, bila kita minum, ianya kan meninggalkan buih² halus yang membentuk misai di atas bibir kita.

Kebanyakan Milk Tea yang kita lihat di pasaran adalah ber-topping-kan Buih Keju (Cheese Foam) atau Buih Putih (Rose Salt Foam). Apa yang membuatkan Who's Tea berbeza daripada yang lain? Sudah pasti ianya menjadi satu keunikan yang diwujudkan oleh Who's Tea sendiri agar identiti mereka lebih dikenali. Black Who's Milk Tea yang berbuih coklat (Chocolate Foam) diwujudkan Buih Susu unik bagi Who's Tea  merupakan minuman kreatif yang mula-mula diwujudkan di Malaysia dan Taiwan. Kalau korang nak rasa sendiri Topping Susu Coklat (Chocolate Foam), jom dapatkan sekarang hanya di Who's Tea, Kedai Pertama di Negeri Melaka!


Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam Who's Tea Malaysia diimport dari Taiwan, seperti empat teh asas (base) mereka : Black Tea, Oolong Tea, Green Tea dan Tie Guan Yin, hasil bahan-bahan yang baru dituai dengan buah dan susu segar setiap hari. Teh susu yang Who's Tea guna juga berbeza daripada teh susu di pasaran kerana mempunyai rasa unik iaitu rasa yang dibakar. Who's Tea menyediakan hidangan setiap cawan kepada pelanggan mereka dengan rasa yang hebat dan semestinya lazat!  Jom cx kenalkan antara minuman "hot" yang disediakan oleh Who's Tea. Jom!

Brown Sugar Bubble Tea [Best Selling]
Harga: RM12.50 *Limited Edition

Brown Sugar Bubble Tea sudah semestinya ada bubble tea di dalamnya.  Rasa dia lemak² manis susu dan bubble pula lembut serta mempunyai kemanisan tersendiri. 


Cranberry Vinegar
Harga: RM7.50 - RM8.50

Rasanya sudah pasti manis² buah dan diselitkan sedikit rasa masam vinegar. 

Fresh Red Dragon Fruit
Harga: RM13.90 - RM14.90

Rasa Fresh Red Dragon Fruit masam² manis dan ditambah pula dengan selasih serta campuran yogurt yang memberi rasa lemak². Stok buah Who's Tea adalah di-restock setiap hari bagi mengekalkan kesegarannya. 

Fresh Authentic Fruit Tea
Harga: RM11.90 - RM12.90

Mempunyai gabungan empat jenis buah-buahan segar yang di-restock setiap hari bagi mengekalkan kualiti rasa minuman.  Antara buah yang digunakan adalah Orange, Grapefruit, Pineapple dan Lemon.

Fresh Bowl of Grapfruit
Harga: RM10.90 - RM11.90
Apa yang menariknya di Who's Tea adalah jika korang suka rasa teh yang lebih dan kaw, kita boleh pesan untuk kurangkan gula atau gula mikro.  Bagi mereka yang kurang suka dengan rasa teh, boleh memilih gula biasa. Selain daripada itu, di Who's Tea juga mempunyai hidangan sampingan iaitu; 

Roti Arang Buluh : BLACK PANINI (Masakan Sandwich Buatan Tangan Itali) - dibuat khusus dengan penapaian berulang khas, rasa yang unik, roti yang padat, kenyal dan sihat. Mempunyai tiga perisa berbeza dan ianya dibuat menggunakan mesin khas yang ditempah. Memang terbaik! 

Black Panini : Roti Arang Buluh.
Nama Black Panini diambil sempena idea asal Roti Arang Buluh yang diimport daripada Australia. 

Chicken & Ham Panini
Harga: RM13.90
Sandwich Chicken & Ham Panini ini mempunyai gabungan chicken, ham, salad dan tomato sauce. 

Thick Chicken Panini
Harga: RM15.90
Sandwich Thick Chicken Panini ini mempunyai gabungan Chicken, tomato sauce, Peanut dan salad.

Omega Egg Cheese Panini
Harga: RM9.90
Sandwich Omega Egg Cheese Panini ini mempunyai gabungan Egg, Cheese, Mayo, Tomato Sauce, Strawberry Jam dan Salad. 

Mesin khas yang ditempah untuk hidangan Black Panini: Roti Arang Buluh di Who's Tea

Menarik kan? Okay, kalau nak tahu dekat mana boleh pergi dan macam mana nak ke sana, korang boleh rujuk maklumat yang cx sediakan di bawah ya. Jangan lupa cuba! 

Bergambar bersama Ms.Irene. Very sofspoken, humble and kind person. Kaya dengan senyuman.
[Entry ini hanya untuk pemasaran dan promosi sahaja. Bukan untuk Muslim. Masih dalam proses untuk mendapatkan sijil halal. Kami tidak ambil dan minum waima ianya dihidangkan secara percuma]

Alamat Who's Tea: 
No.8, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi hingga 01:00 pagi 
(Setiap Hari)

Telefon: + 606-288-4911

Facebook 

Instagram 

Usaha Sehabis Baik
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

6 Comments

mercikkk.com said…
Perghhhh byk sungguh promosi Tea species nie mmg terbaiklahh
Sunshine Kelly said…
Wow! I have not try this brand yet, now there are many brands of boba tea.
penaberkala said…
Wow, Melaka pun dah ada bubble milk tea. Klu gi Melaka nanti, boleh lah singgah nanti. Macam best je. Thanks for sharing
Cik Puan Ena said…
Bubble tea ni dah lama tapi pelik tibe2 makin trending plak bulan ni pasal brown sugar bubble tea. Huhu. Semua jenis brand tak sempat pon nak rasa. Siap ada yang queue panjang. Hoho.. Viral sungguh ni.
Zharif Azis said…
Bubble tea semakin mendapat tempat di hati rakyat malaysia. Rasanya dah lama benda nie ada tapi tiba2 je viral org mencari sana sini bubble tea nie. Banyak dh jenama bubble tea baru skrg nie nanti nak try lah yang nie kalau dtg ke Melaka
Lia Hasty said…
sekarang memang trend betul lah bubble milk tea. memang banyak jenama dan banjiri pasaran malaysia. tak sempat nak cuba semua kan. lia masukkan juga who tea dalam list lia nak kena cuba jugak.