Titik Perubahan Hidup Para Usahawan kepada Jutawan bersama Dr.Azizan Osman, Master Coach Richworks

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Titik Perubahan Hidup Para Usahawan kepada Jutawan bersama Dr.Azizan Osman, Master Coach Richworks | Bergelar usahawan berjaya yang disebut jutawan adalah sesuatu yang bukan mudah tetapi tidak mustahil kerana dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.  Namun, jika sekadar semangat yang berkobar² buat sementara waktu dan tiada bimbingan daripada pakar, sudah pastinya untuk 'motivate' diri sendiri menjadi sukar. Siapa yang mahukan perubahan dalam hidup melalui bisnes dan dibimbing oleh Master Coach Richworks? Berbekalkan semangat tinggi Master dan para usahawan bakal jutawan yang lain, semestinya andalah yang dicari untuk turut serta dalam mencapai sasaran dalam hidup.


Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.


Richworks International Sdn Bhd dengan merupakan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Kehadiran mereka secara berjemaah telah berjaya merubah diri daripada hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga sahaja! Tindakan mereka ini telah merubah hidup untuk keluar daripada kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.



Melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Dr.Azizan Osman menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran telah bergelar jutawan seawal usia 32 tahun! RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh ubah hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Sasaran program nak ubah Hidup pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi Richworks, untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan apabila mereka sedar dan tahu bagaimana boleh dibantu dalam mengubah hidup daripada Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.


Dr.Azizan Osman yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak daripada Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai kita turut serta dalam program Nak Ubah Hidup ini untuk sama-sama kita panjat tiang kejayaan demi bergelar usahawan jutawan! Urusan pendaftaran boleh layari laman web rasmi www.nakubahhidup.com


Hotline: 1300-88-2424

Ubah Hidup, Majukan Diri
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

2 Comments

Sha Mohamed said…
Nak maju kenalah berubah kan CX..
PeRdU cINta said…
Motivasi atau perangsang juga sangat penting untuk melangkah lebih jauh dan laju.