Buffet Ramadhan di Villa Istana Melaka, Mengembalikan Suasana Alam Istana Dahulu Kala

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Buffet Ramadhan di Villa Istana Melaka, Mengembalikan Suasana Alam Istana Dahulu Kala

Harini Ramadhan ke-5, cx berkesempatan untuk berbuka puasa di Villa Istana Melaka, Ayer Keroh Melaka.  Alhamdulillah rezeki. Waima cx orang Melaka, ini kali pertama cx jejak kaki ke sini. Hihi. Kami team blogger Melaka antara mereka yang memeriahkan lagi Buffet Ramadhan di Villa Istana Melaka ini.  Sungguh jejak sahaja kaki ke Villa ini, cx rasa teruja dengan design dalaman villa. Dari arah luar lagi dah boleh nampak design dalaman yang sangat eksklusif bagaikan istana.

Villa Istana Ayer Keroh Melaka

Hall hadapan

Bilik Tidur

Bilik Tidur 

Jom cx nak cerita sikit tentang buffet ramadhan di Villa Istana ini.  Buffet Ramadhan mereka bermula jam 6:30 petang sehingga 9:30 malam dengan 80 jenis hidangan berbuka puasa.  Seronok bila masa makan itu dipanjangkan. Taklah tergesa-gesa kan? Anak-anak pon santai sahaja. Kawasan di sana ala-ala taman istana, memang seronok.  Anak-anak cx pon suka sangat meneroka ruang depan Villa Istana, lapang sungguh. Apa yang paling menarik, siap ada persembahan daripada kumpulan Saff One. Mereka menghiburkan kita dengan nyanyian sepanjang kita menjamu makanan.

Nasi Serai dan Nasi Beriyani






Makanan mereka memang muailah orang kita cakap. Berbaloilah. Banyak lauk pauk dan sampingan.  Nasi dia pon ada tiga jenis tau! Nasi beriyani, nasi putih dan nasi hijau (pandan rasanya). Memang sedap.  Lauk pauk dia juga banyak pilihan. Antaranya ayam masak merah, daging masak cili api, udang mahligai rasa (macam udang pengantin tau), Rendang Daging, kupang dan sebagainya. Ulam-ulaman pon disediakan. Segala jenis sambal belacan pon disediakan tau! Cx geram je tengok. Rasa nak makan semua sahaja! Kambing Bakar pon ada!





Kalau berminat nak berbuka puasa di sini, korang boleh refer flyers seperti dibawah atau terus sahaja tekan link yang cx sediakan okay!


Harga: 
Dewasa RM45.00
Kanak² (4-12tahun) & Warga Emas (55tahun ke atas) RM25.00

Tarikh: 6 Mei - 1 Jun 2019

Masa: 6:30 petang - 9:30 malam

Talian untuk Dihubungi:
06 2330205
016 7900804
017 3408715
017 8850221

Alamat:
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka.



Selamat Berpuasa!
Lahirkanlah Keikhalasan dihatimu 

Post a Comment

27 Comments

wow I like all the pics here, hehe.. the bedroom so pretty. I like the food too, sure nice place to dine. My dear didn't know this too, wanna show him now.
Rawlins GLAM said…
Nasib la dekat Melaka nun. Kalau sekitar KL @ Selangor, ada juga Rawlins terjah sebab harga pakej dia murah. Pastu boleh la buat ala-ala photoshoot dekat tangga, bilik atau balkoni kan.
sitirohaida said…
UIH..murahnya... menu pun best².. nanti balik melaka boleh la cuba berbuka kat sini..
Fadzi Razak said…
Murah betul harga dia. Tengok makanan dia banyak dan meriah. Sedap sedap semuanya. Suka tengok bilik bilik die. Nampak macam istana zaman zaman dulu
Nina Mirza said…
Harga yang amat berbaloi..!!
Beruntungnya orang Melaka. Tempat yang selesa, kemas, cantik, food plak super ohsem! Lauk pauk pun aduyai.... Nangis tengok!
Your story buat Nina rasa teringin nak pegi buka puasa kat sana. Awat laaaa jauh nun sana. Huhuuu
Admin said…
Sangat retro suasana tempat buffet ni. Makanan sangat menyelerakan dgn hidangan pelbagai menu. Harga buffet ni sangat2 berpatutan..
Nampak klasik suasana kat sini. Menarik sangat. Makanan yg ditawarkan pun not bad semua nampak sedap2
Mimie said…
Bilik pun kemas je. Wah banyaknya menu buffet ramadhan. Harga pun murah dan berpatutan.Kalau kat Melaka memang dekat sangat boleh terjah
Hanny Abdullh said…
Cantiknya tempat dia..terasa seperti org kaya2 bila berbuka kat sini hehehe. Lauk pauk dia pun nampak sedap. Bolehlah sis war2kan pada geng yg duduk melaka
wfc said…
wow.. look so nice venue . first time i know that istana got allowed for buka puasa . the food look so yummy. it' s must be so happening at Melaka. Is around KL/PJ got this type of istana concept available for buka puasa or food ?
Nadia Johari said…
Tengok bangunna dia pun macam istana,..mesti best berbuka denagn sini..besar, selesa, tenang je nak makanni..hahahaa..tengok bilik dia pun besar juga ye
xulhlmi said…
ohh dekat Ayer Keroh ye, dah lama tak pergi Melaka, nanti kalau berkesempatan nak singgah Villa Istana lah nak rasa keenakan buffet ramadan mereka
FM said…
menarik tempat dan makanannya,tapi jauh la pulak kat melaka.kalau kat area lembah kelang dah try pegi dah
Murah lah harga buffet tu. Makanan nampak sedap sedap! Kalau dekat memang dah terjah dah ngan family.
Slumber Lady said…
Wah! murahnya. kalau dekat dah pergi dah. Hehe. pilihan makanan nampak sangat menarik dan banyak. rambang mata dibuatnya
Emi said…
Jauhnya sampai ke melaka, hehe. Tapi murah jugak harga dia. ada rezeki kalau ke melaka, boleh cuba berbuka kat sini.
Sunshine Kelly said…
Wah this place is like an istana, lengkap dengan bilik and ruang tamu. Its suitable for majlis kahwin also.
Tengkubutang said…
Jauh nak menuju ke Air Keroh melaka .. teringin jugak nak mencuba buffet ramadhan di Villa Istanan yang besar ni.. nampakgah gitu.. menu pun lazat2 belaka
Lia Hasty said…
Jauh juga nak pergi berbuka tu. anyway harga buffet murah lah dan mampu milik. menu makanan yang lain pun nampak menyelerakan.
Syoknya berbuka di Villa Istana kak pun nk pegi tp ada hal jd xdpt join
Ruby said…
Wah bestnya dapat berbuka ala-ala bangsawan ni. Sambil tu boleh tahu macam mana dekorasi Istana. Luasnya bilik!!! Hehehe. Bufet dia murah siap ada selebriti tu. Untung orang Melaka!
Faries said…
Wah menarik betul makanan- makanan yang disediakan sempena iftar ni. Meleleh air liur kite. Nak try la nnti. Harga pun ok. huhuhu
Tekkaus said…
The food in this place really looks delicious. OMG just look at those delectable spread at the disposal of gluttons. I am sure a lot of people will enjoy the scrumptious offerings here. :)
Sha Mohamed said…
Nasi serai tu nampak mengujakan..
Mek Onie said…
beruntungnya kalau dapat berbuka puasa dengan suasana istana ni. Cantik ya rabbi istana tu. sukanya kita! Lama tak tengok dekorasi istana plus makan dalam istana, last masa kat indonesia ritu :D
Sayidah Napisah said…
80 Hidangan dengan harga hanya RM45?! Sangat berbaloi dan memuaskan! dah lah banyak pilih, nak makan banyak round pun boleh. fuhh mantop!
tgk rendang daging, terus t'bayang raya. yeahh..