Candy Crush Satu Tiga Kosong Lapan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi kesayangan! Salam Jumaat penuh barakah buat semua. Hari ini cx dok teringat nak update pasal Candy Crush Saga. Awatnya? Takdak entry lainkah? Haha Eh! Suka hatilah, inikan blog cx. Hahah , gurau sahaja. Ini semua gara² semalamlah dok layan game. Hihi

Cx ni dalam telefon, tak banyak game yang ada. Cx suka simpan game yang boleh layan santai², tak perlu stress. Suka juga game yang tak memerlukan rank online hat mana orang kata, nak pergi buang air pon tak menyempat, kang kalah rank, kawan semua dok marah ke kita. Haa, tau tak game apa tu? Hahaha! Sila abaikan.

Candy Crush Saga 1308

Okay, ini game paling lama cx main. Tak ingatlah sejak bila tapi dalam entry blog ini, cx pernah update mula tahun 2013. Haha lama betul setia. Tak tahu bila nak habis. Kawan² yang layan pon dah kemain jauh nun atas sana tinggalkan cx dekat level² bawah. Hahah! Takda masa nak main kadang². Sibuk dengan anak². Mana nak layan anak lagi , nak masak, nak update bisnes bagai. Kadang tak sentuh pon berminggu lamanya.

Dok layan sekejap sebelum tidur semalam

Dah berapa kali main, asyik tak lepas. Geram! Hahaha! 
Sekarang ni pon dok sibuk fight dengan suami, siapa level paling jauh. Haha. Tau² sahaja, suami dah tinggalkan cx jauh ke bawah. Hampagas betul. Entah bila masa beliau main. Candy Crush sekarang dah makin seronok. Ada sahaja habuan di bagi kalau menang. Setiap level, ada sahaja yang diciptakan something new for candy.

Party Mode

Inilah antara benda baru untuk level ni. Kalau dapat pecahkan candy party ni, ianya akan bertukar kepada special candy iaitu booster! Satu lagikan, kalau macam kita out of move, kalahlah senang kan? Hahah Kita boleh play video yang diberikan untuk dapat extra spin. Kalau bernasib baik, dapatlah move, kalau tak, dapat jugalah booster yang terpilih. Kemudian, kalahlah, kena main balik. Nyawa pon berkurang. 😅

Ini yang cx cakapkan tu, kalau dah out of move, dia bagi kita pilihan untuk play video. Sekejap sahaja ads dia tapi annoying juga. Dok perabis data je! Haha

Lepas play video, dia suruh kita spin untuk dapatkan extra move. Kalau bernasib baik, dapatlah. Hahah Kalau tidak, sila nganga. 

Okay, cx suka main Candy Crush Saga ni sebab masa kita offline pon dia masih boleh main. Tak perlu guna data pon dan paling best, ianya syncronize sahaja dengan akaun kita. Senang. Okaylah, agaknya bila boleh lepas level ni ya? Stress mak nak! Hahahahah. Okaylah, nak sambung sekejap. Sebelum tu, nah! Cx belanja gambar kalah! Haha 

Yeah! Dah kalah sebab tak bernasib baik untuk dapat extra move masa spin tu! Haha! Sadis

Okay dah! Korang simpan game apa sahaja dalam telefon? Mobile Legend ke? Pubg ke? Hahaha macam². Jangan tergadai masa dan rumahtangga sudahlah ya. Main game ni biar berpada², jangan digadai segala yang ada. Kes curanglah, bercerai gara² game lah, gaduh anak beranak sebab tak boleh nak diganggu ketika rank, nak minta tolong pon tak boleh. Agaknya kalau kita mati dalam bilik sensorang pon, gamers tu tak perasan kan? Hurm. Okaylah, babai!

Hati hati dalam bertindak
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

23 Comments

Ezna said…
Best main ni time boring2 tu. Dah level 1797 tak jalan2 lagi sebab asyik kalah je. Hehe....Main ni best juga tak payah nak fikir serius sangat kan. Terapi sekali sekala.....
5 Little Angels said…
I seldom play mobile app games. Takut terpengaruh and many things will be neglected.
my sis in law love to play this Candy Crush game. For me I prefer playing Angry Bird. Everyone has their favorite game and even kids and dear too. Yeah need to find suitable time to play, not all time playing
Mahamahu said…
Ya Allah lamanya tak main Candy Crush ini hehehehe ingat lagi masa tengok gilerr-giler main game ini memang hari-hari kita mengadap sahaja game ini hehehe ok dah lama tak main..
Abby Onety said…
Hahaha... iyya Abby ingat dulu paling sering main nih game Candy Crush Saga. Skg pun masih ada di hp Abby coma gk sering main lagi sebab sdh tak de waktu lagi main gamesx
Hahahahhaha. Lama x main candy crush. Ingat zmn dulu ni mmg permainan feveret. Kalau main mmg akan ralit, dan cekal jer nak kutip poin byk2 hahahah
Suria Amanda said…
hey..dulu dulu akak main gak candy crush ni tau...suka sangat...pas ttu ntah x ingat kenapa uninstall...bosan kot..Nak mulakan semula rasanya malas kot..hahha..akak bukan minat sangat main game
Bonda Chanteq said…
Ehhh sama laa kita...BC pn mmg setia ngn game ni...dari tahu 2013 tuuu...smpai skrg....BC dh level 2000 lbh dh...mmg best main game ni....sbb setiap level berbeza dan menguji minda kita utk selesaikan maslaah
JMR said…
Candy Crush ni pernah menjadi kegilaan ramai orang. Tak silap, masa tu masa mula-mla game online jadi trend. Skang ni dah banyak giler game online
Haha... mouse mommy dah tak ada masa nak main game dah. Tapi ank2 kecil sy ni suka sgt interactive game kat app ni, kena kontrol diorg ni jugak.
I used to play it everyday haha. miss the fun time. however this is really addicted. I have quit it after a few months coz too busy to play game haha
dr-Life said…
oh my... i have already stop this game for few years and sometimes did i feel like installing back but will be addictive again... hahaha
saidila said…
ehh samalah kita cx ...saya pun masih main cc...memang syok layan waktu tengah boring dengan soc med...saya ada buat tutorial jugak tau cara nak dapatkan nyawa banyak2...nanti kita kawan kat cc yer boleh bagi nyawa waktu terdesak...hehehehe
Henry Tan said…
wow this gameeee.... used to be very trendy right last time.. but now seems like not so much.. but i know ppl around me was like crazy in it.

How to deal with markets ups and downs?
Nadia Johari said…
Dah takda satu game pun dekat telefon..dah lama tak main game..sekrg telefon semua untuk kerja je..rindu juga nak main game ni..ahhaha..dulu level tinggi dah..ehhee..
Emi said…
Heyyy sama la. Emi pun masih main game candy crush ni haha. Sesekali time bosan memang main game ni.
Lia Hasty said…
Candy crush ni memang rare masa dulu mula famous berebut orang main .Sekarang ni kurang skit tapi adaje main. Busy skrg dahlama xmain games ni.
Hanny Abdullh said…
Dulu memang minat main candy crush ni,memang ralit kalau dapat main, la ni semua mainan dah tak ada dalam phone, dah tak ada masa nak main..huhuhu
Balqis Athirah said…
Dalam handphone Qiss tak ada pun applikasi games sebab takut terjebak dan terabai nak buat kerja. Ada pun apps yang jana duit..hahahah
precious cla said…
wey ! saya tak main candy crush la tapi my cousins memang gila sikit sampai sanggup tak tidur malam. Online games ni memang sy tak main
Sayidah Napisah said…
perghhh dah sampai seribu lebihhh! daebakk! hahaha. saya pun ada candy crush cuma tak aktif sangat sekarang heee
kisah si dairy said…
ada satu je game kat handphone ni..dulu suka jugak main candy crush..tapi bila level yang susah terus boring nak main...hahahahkita ada Homescapes je...tu pun kira mencabar jugak la...Main pun bila tengah boring je...memang tak selalunya sempat nak main game ni
Sha Mohamed said…
Dah lama hp tak ada game.. kikiki..