Anak Lelaki Goyang Kaki, Anak Perempuan Jadi Orang Gaji.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi semua! Cx kembali hari ini selepas semalam tak sempat nak update blog gara gara idea hilang terbang entah kemana. Hihi. Jadi hari ini ayuhlah jemput datang kesini dan blogwalking say hi hi bye bye. 🤭

Semalam, abah dan mak mentua cx baru balik dari mengerjakan umrah selama sepuluh hari. Alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah umrah yang mana di Mekah sekarang tengah sejuk 22° membeku kalah Cameron Highland. Makanya kami berkumpul di rumah kampung untuk menyambut kepulangan mereka. Sedang elok masing masing bersembang sambil menjeling perlawanan bola antara Malaysia dan Vietnam semalam tiba tiba anak bujang cx kemain rajin lagi tau.

Nampak tak dia sedang buat apa? Menyapu nak oiii! 
Elok sangatlah rajin tu nak. Alhamdulillah. Jangan masa kecil sahaja rajin, dah besar kemain taknak tolong lagi kan? Haha Nauzubillahiminzalik. Minta jauh. Kita doa yang baik² sebagai mak ayah. Anak bujang cx ni memang rajin kalau bab tolong ni. Pantang nampak cx buat kerja, ada sahaja yang ringan tulang. Nak tolong sapu sampahlah, tolong angkat bajulah, macam macam. Tapi itu masa dia rajinlah. Masa dia kurang rajin, kena juga keluar rotan untuk acah dia . Kadang² kena juga sedas dua untuk mengajar.

Cx ada prinsip tau. Sejak belum kahwin lagi cx dah berazam, cx nak anak² cx tak kira lelaki atau perempuan, mereka kena tahu buat kerja rumah. Paling cikai pon, asas semua kena tahu. Cx taknak didik dengan memanjakan mereka lagi² lelaki, dok goyang kaki sahaja, perempuan pula dah macam hamba abdi kehulur kehilir buat kerja. Cx taknak semua tu. Jadi, memang cx terapkan dekat anak² cx semua. Harapannya, semoga Allah kurniakan kemudahan dalam mendidik mereka. Amin.

Masa ni dah suruh berhenti sebab dah bersih tapi katanya, belum lagi. Jadi, mak dia biar jelah. Huhu

Atok dia pula yang cakap, dahlah tu Luqman. Abah Luqman pula menyampuk, biarkan dia abah, biar dia buat. Haa nampak tak? Suami cx support hahaah sebab cx awal² dah bagitahu dulu nak anak² sama² dididik. Alhamdulillah. Syukur. Siapa macam cx? Ajar anak tak kira jantina buat kerja rumah? Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Perempuan pon dah bekerja, jadi, tak bolehlah kerja rumah pon perempuan juga. Sama²lah buatkan? Tak adil. Lagipun dalam Islam poon tak ajar macam tu. Adat dulu² sahaja melebih² manjakan anak lelaki. Kesudahannya? Anak perempuan jadi orang gaji. Kesian tahu tak? 

Okay² dah . Panjang lebar pula cx menceceh. Sebenarnya nak membebel lagi tapi takpelah. Hahah. Dah, meh cx belanja sikit .gif  sempena perlawanan bola semalam. Semoga terhibur. Hihi kbai! 


Anak itu umpama sehelai kain putih
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

22 Comments

iam.umifuzy said…
betul tu cx..kita kena asuh anak tak kira lelaki atau perempuan utk sama2 buat kerja rumah..esok2 anak lelaki dah kahwin boleh tolong isteri kan tapi jangan jadi servant isteri udah la..hehehe

salam kenal dari www.umifuzy.com, jemput singgah
Sha Mohamed said…
Sokong dengan apa yang cx buat ini.. Memang sepatutnya anak lelaki diajar untuk membantu dalam membuat kerja-kerja rumah.. Tambah zaman sekarang ini suami isteri kena berkerja.. Kalau tak ada lelaki yang menolong memang penatlah kaum perempuan..
cindyrina said…
Memang patut ajar they all bertanggungjawab since kecil. ZamanSsekarang lelaki ke perempuan semua kena kerja. Takkan perempuan kena tanggung semua Kan...
Suria Amanda said…
Sama la Luqman ni ngan anak buah SA si Aidan tu...cukup suka dengan scoop dan penyapu...kalau dia dah pegang jangan ambik sat lagi memang mengamuk dia..so kami biarkan aje..dah rajin sangat kan
Ezna Khalili said…
Anak lelaki ke perempuan ke kena kerah juga buat kerja rumah supaya senang kemudian hari kan...sebab nanti mereka ni la bakal ibu bakal bapa masa depan. Boleh la mereka tolong pasangan mereka pula kan?.
haha your anak is so cute. hmm this topic is interesting. memang zaman kita lelaki yang kerja perempuan is housewife kan. hmm not sure if one day will be diff onot
Bella Jamal said…
Baguslah supaya senang nanti pandai buat kerja dan rajin.eloklah train dr kecik. Kalau sedas dua tu biasalah kan. Kdg time tak suruh buat, dia buat. Hehe.amin supaya membesar pandai dan hebat.
Mahamahu said…
Rajinnya anak dia buat kerja rumah hehehe bagus lah time cuti sekolah ni bukan sahaja nak berseronok tapi kena bantu ibu bapa kat rumah wakakakak lepas tu hadiahkan mereka dengan bawa berjalan mesti lagi seronokkan...
Nadia Johari said…
Betul tu, tak kisah laki atau perempuan kena buat kerja rumah. .Ajar dari kecik biar dia biaskaan diri. Senang nanti dah besar jaga kebersihan diro dan rumah. Tolong kta kemas rumah, tak perlu di suruh
Huda Halid said…
Setuju dengan pandangan dan cara didikan anak tu. Huda pun train anak2 lelaki huda pandai tbuat kerja dan sentiasa ajak tolong buat itu ini.
saidila said…
sama , saya pun ajar anak lelaki buat macam2 kerja rumah supaya besar nanti dia jadi lelaki yang bertanggunjawab kepada keluarga...so far anak lelaki saya dah boleh masak nasi , goreng2 nugget dan buat air...jemur baju pun saya suruh buat, memamng mula2 agak memberontak tapi lama2 dia ok...
MaisarahSidi said…
Betul.. kerja rumah sepatutnya dibuat sama rata tak kira anak lelaki atau perempuan. Andai kata mereka akan duduk berjauhan dengan keluarga, sekurang-kurangnya mereka tahu nak buat kerja rumah nanti. Semua ada kepentingannya.

www.maisarahsidi.com
Hanny Abdullh said…
Dalam rumah sis ni semua perempuan..so kerja rumah semua kena buat le..tak ada makna nak goyang kaki..memang kena jegel le gan mak dia ni..hehehe.
Henry Tan said…
lol Anak Lelaki Goyang Kaki, Anak Perempuan Jadi Orang Gaji,kesian anak perempuan. it wasn't such a case in my family eventho im the only son. in fact my mum gave us equal house work to do.
Mouse mommy pun sokong dgn cx ni. Zaman skrg, semua org kena ambil tanggungjawab utk cari nafkah kehidupan, buat kerja rumah, urus diri dan juga ank2. Tak blh bergantung sgt kepada org lain. Kena hidup berdikari.
dr-Life said…
stay in one house...of course work need to be equally done! good job son!!
Syamimi Saad said…
Betul tu. Mcm kita cntohnya adk llki pertama. Adk bawah kita. Dia memang rajin dr zaman sek lagi. Sampaikan dah kawen pun still ringan tulang. Kadang wasap2 ngn adk ipr, dia ckp adk kita tgh buat itu la. Buat ini la.. Mak pun seronok dgr.
Wawa Ashihara said…
Btul2.. Dr kecik kalau kita ajar dia belajar buat sndri..dh besar boleh Buat sendiri..tp xsmua la..sbb ade je yg dr kcik rjin, dh bsr mls sikit.. Hihi.
Sayidah Napisah said…
baguihnyaaaa. rajin tolong mak ye hehehe
Tengkubutang said…
betul .. setuju dengan awak.. tak semestinya anak perempuan je kena buat semua kerja2 rumah.. anak lelaki pun kena belajar buat kerja-kerja rumah supaya bila dah deasa nanti.. tahu nak handle semua.. so, masa dah kahwin pun takde lah lepas tangan semua dekat isteri aje.. huhu
Ruby said…
Saya pun tak pasti mana datang silap anak lelaki tak perlu buat apa-apa. Anak perempuan kena jaga rumah. Mungkin sebab utk preparation perkahwinan tu yang beria suruh anak perempuan buat memacam. Tp sebenarnya kena ready utk kedua-dua jantina. Mau tak makan kalau tak reti masak. Mau berdebu rumah kalau tak reti mengemas dan menyapu. Hurrrmm. Elok kita terapkan sikap pembersih, rajin dan yang positif kepada anak. Kita pun tak pasti usia kita sampai bila nak ajar mereka. Anak amanah Allah.
Mmg elok ajar anak lelaki membantu buat keja umah,jd bila kita xda dorang blh buat sendiri,anak2 lelaki kak semua blh ke dapur sbb kak tak ada anak pompuan..haaa