Air Pasang Besar: Crystal Bay Alai, Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi kesayangan! Hai! Pejam celik, kejapan sahaja dah hari Isnin. Monday blues kata orang. Iyeke? 🤭 Almaklum, dah cuti dua hari. Ada pula yang cuti berhari² sekali dengan bawa anak² jalan cuti sekolah kan? Mesti seronok anak². 😊 Mak pak yang liat haa nak pergi kerja hari ini. 😁

Okay sebenarnya nak cerita, cx seumu hidup tak pernah tengok betul betul depan mata air pasang besar tau! Biasa tengok dari jauh sahaja air pasang dekat laut. Kali ini air pasang besar depan mata. Allahuakbar! MasyaAllah! SubhanAllah! Serius terkelu sekejap. Bayangkan air laut penuh, melimpah limpah ke atas jalan. Takut! Insaf sangat. Macam mana kalau hari kiamat? Ketika Allah gulungkan bukit bukau? Air laut bergelora menghentam bumi? Allah! Ampunkan dosa kami. 

Rupa keadaan sebenar kebiasaan di Crystal Bay. Laut di sebelah kiri dan tanah lapang di sebelah kanan. Tapi masa ni, air pasang besar dan dah melimpah pon ke darat tu kalau perasanlah

Cx memang tak pernah tengok. Pertama kali! Siapa yang pernah pergi ke Crystal Bay, Alai Melaka? Tempat santai petang dengan anak² di kawasan lapang kan? Cx pon suka pergi situ dengan angin sepoi² bahasa. Seronok tapi maaflah, cx baru pertama kali tengok air pasang besar dekat situ. Sungguh!

Air Pasang Besar


Nampak tak gambar di atas ni? Inilah keadaan air pasang besar. Cx sempat ambil dekat bahagian tengah. Kalau sebelah depan, rasa takut insaf tu Ya Rabbi. Keadaan seperti kita di tengah² jalan antara dua laut. Masa berjalan sepanjang jalan ni pon rasa berdebar² kot² Allah nak gulungkan air laut ni, Allahuakbar! Dalam hati tak henti² zikir apa semua. 

Cantik memang ya tapi pada cx, ianya lebih kepada keinsafan. Sungguh bagai dikata, lihatlah laut Allah, pasti akan rasanya keinsafan selain mengingati mati. Okay, cx kongsikan video di bawah ya. Semoga Allah kurniakan keizinan untuk kita semua mati dalam khusnul khotimah dan diterima segala amal ibadah serta tubat nasuha. Amin Ya Latiff. 


Dalam video ni terpaksa padam suara sebab bunyi kasut anak cx yang berlebihan pula. Cet cot cet cot . 😅 Bunyi desiran  dan pukulan ombak dah tenggelam. Maaf.

Islam Itu Indah
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

36 Comments

Bonda Chanteq said…
Allahuakbar...besarnya kuasa allah yang maha besar...sungguhpn BC belum pernah melihat dengan mata sendiri tapi boleh dibayangkan bagaimana keadaannya....begitu juga dengan kejadian2 thunami yang telah melanda beberapa tempat...ianya pasti lebih kurang dengan apa yang dikongsikan disini...insaf rasanya...terima kasih atas perkonggsian
Airah Syahirah said…
wahhh memang melimpah air sampai ke darat.boleh tahan tinggi jugak air naik tu kan. kalau airah memang dah risau tengok air naik macam tu.
khai artzfar said…
Allahu takutnya tengok. Time musim tengkujuh ni janganlah mandi tempat camni.bahaya
Bagus juga entry ini sebagai perkongsian. Terima kasih Ya
so nice view and didn't know it until you shared here. I like the nature there, Melaka always been in my list but we always hurry go and back. Usually go for wedding function and no other places when we are there. Shall let my dear to know this place too.
Hasif Hamsyari said…
Rasanya saya pun belum pernah sampai ke sini lagi ni. Tapi dari gambar CX nampak cantik. Tak dapat nak gambarkan macam mana air pasang besar sebab kalau fenomena air pasang saja biasa jugaklah. Walau bagaimanapun, apapun fenomena alam ini memang sebenarnya boleh menginsafkan kita sebab semuanya adalah tanda-tanda kekuasaan dan kebesaranNya kan. Selain menikmati keindahannya, memang lebih bagus lagi kalau kita boleh bermuhasabah diri.
Ezna Khalili said…
Panik kalau experience macam ni. Tak pernah pulak nampak cuma kena berhati-hati lah bila air pasang besar ni kan?. Moga kita semua akan mati dalam iman.....
CXopportunities said…
Betul tu bonda. Time tu, cx teelintas gak dkt kepala kot2 kang Allah datangkan tsunami tapi cepat² cx istighfar minta jauh. Nuzubillahiminzalik. Takut.
CXopportunities said…
Aah betul tu. Melimpah². Masa ni 24/11/2018 . Tahun ni sahaja dah dua kali tengok air pasang nesar depan mata. Insaf sungguh.
CXopportunities said…
Betul tu. Sangat bahaya tapi time tu, cx tak sangka pula tengah pasang besar di waktu pagi. Saja bawa mak abah jalan. Tapi Alhamdulillah selamat. Dapat lihat kebesaran Allah
CXopportunities said…
Yes dear, lets come to Melaka! 😊
Auni Muthal'lib said…
Tengok segala kebesaran Allah ini, buat hati terusik. Hati yang sedih, terpujuk jadi sedikit tenang kan? Subhanallah... Cuma bila bercerita air pasang ni, ada juga bahaya menanti. Tak pernah lagi sampai sini :)
JMR said…
Allahuakbar..sebelum ni pernah dgr orang citer dan tengok gambar..seriau gak..tu baru air pasang besar, belum lagi tsunami yang membadai..kejadian yang menunjukka kuasa kebesaran Dia kan
Ana Suhana said…
Kenapa ana tak tau ada tempat lepak tepi pantai selain dari Klebang ni. Boleh ajak suami ke sini pula nanti.
Tapi bila ckp bab air pasang besar memang seram dan berdebar dibuatnya. Terasa kecil sangat kita sebagai hambanya kan. Sekali kena hentam hanyut terus tu. Memang menginsafkan.
Hanny Abdullh said…
Belum pernah tengok dengan mata kepala sendiri..tengok kat tv ada lah jugak..memang seriau dibuatnya, boleh menginsafkan sesiapa yg melihatnya. Inilah kuasa ALLAH!
Haaa...xpelah dgr bunyi kasut anak tu..cit cut..cit cut...mmglah kuasa Allah bila2 masa blh terjadi klu Allah dah tentukan ajal dan maut
mama tisya said…
Pi melaka alai mkn ikan bakar je..xpernh pi area laut ni..sure seram bila tgk dpn mata air pasang tu kan..br2 ni pn ada tgk org share psl air pasang ..takut tgk...smoga dijauhkan la
Bonda Chanteq said…
ALlahuakabar...nk menitik airmata rasanya...minta dijauhkan hendaknya....masa tragedi palu hari tu...xsanggup nk tgk video org rakam masa tgh kejadian....tgk bumi terbelah....takutnyaa..😭😭😭
CXopportunities said…
Nanti ke Melaka, pergilah santai petang dekat crystal bay Alai. Memang seronok. Ya betul tu, muhasabah diri. InShaAllah
CXopportunities said…
Betul tu. InShaaAllah. Nanti dtg ke Melaka, search je crystal bay Alai 😊
CXopportunities said…
Betul. Cx goyang gak time tu
shamiera osment said…
Banyak kali pergi Melaka tapi tak pernah lagi sampai kat sini. Allahu seram juga tengok air pasang besar ni kan? Masa belajar kat UiTM dulu biasa dengar ombak besar je bila time musim tengkujuh ni. Seriau juga sebab dorm tepi pantai je..
CXopportunities said…
Banyak lagi pantai dekat Melaka ni yh boleh lepak². Hihihi

Cx pon baru tahu psl air pasamg besar
CXopportunities said…
Bukan setakat bunyi kasut anak je. Mak dia pon pon sekali melatah. Hahahah tu yg off hahah.

Betul tu, Allah penentu segalanya. Semoga yg baik² sahaja buat kita semua. InShaaAllah
CXopportunities said…
Hihi byk lagi kawasan di Melaka yang best³ 😊 Pantai Siring pon best.

InShaaAllah semoga dijauhkan
CXopportunities said…
UiTM mana yang tepi pantai tu sis? Dorm tepi sungai Melaka ada. Hihi.
Abby Onety said…
Jika Allah berkehendak, apapun bisa terjadi. Semoga kita semu terhindar dari segala macam musibah. Gambaran diatas blom pernah lihat dg mata kepala sendiri.
cindyrina said…
Pernah witness kejadian macam ni ketika di Labuan. Air Laut naik sampai ke jalan raya. Gerun juga di buat nye. Memang insaf giler time tu.
nikkhazami said…
allah kalau nak tunjuk kebesaranynNYA kat mana2 pun DIA boleh buat. air pasang macam sering berlaku.. mungkin kita je yang tak perasan.. bertuah juga dpt tengok
Mahamahu said…
Bestnya dah lama tak pergi ke pantai dan nikmati air laut yang indah dan cantik serta tenang ini huhuhuhuh. Walaupun ombang besar tetap lama tak pergi ke laut cari ketenangan hehehehe...
saidila said…
allahuakbar...baca pun nebes . Kalau first time mesti kagum dan dalam masa yang sama takut sebab terbayang perkara2 lepas seperti tsunami dan lain2...apapun semoga dilindungi dan menjadikan hati kita lebih yakin dengan segala apa yang allah telah tentukan
Henry Tan said…
i used to study in malacca for a year but never been there! that air pasang really a bit horrifying! if camping there halfway all the water comes up... hahaha

Invest in PRS to get Tax Relief!
Nadia Johari said…
Tak tau pulak ada tempat macam ni. Tak pernah sampai ke sini..Tengok video tu allhuakbar..tengok pun takut juga, cantik pun ya juga..tenang juga bila duudk sini..Memang insaf habis ni
Sayidah Napisah said…
biasa tengok air surut je kan hahaha.
sitirohaida said…
CX orang melaka ke...kita suka makan ikan bakar kat situ..murah je.Selalu lepak merlimau sebab tu kampung kita..nanti roger² kita ek...balik sana boleh la jumpa...