Perli Bahasa FY : Diet

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi hi hi.  Haritu ada terbaca satu post Sis Lin di facebook beliau.  Secara kebetulan, ramai juga kawan-kawan cx update isu yang sama di mana mahu melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang mereka inginkan dalam tempoh yang ditetapkan.  Korang tengok sendiri apa post sis lin.  Cx kongsikan di sini sebab cx rasa macam terbaik sahaja post sedemikian. Huhu. 

credit to sis lin
Daripada perspektif pihak yang positif mungkin menjadi satu kata semangat untuk mereka yang mahukan sedemikian.. Namun jika dipandang daripada perspektif negatif daripada pihak yang lain, mungkin juga mereka tidak dapat menerimanya. Huhu. Iyalah, manusia ada pendapat masing-masing kan? Betul tak? Namun bagi korang sendiri, dalam mencapai sesuatu, adakah diwar-warkan terlebih dahulu atau take action first? 

Sambil update blog dan mendengar lagu-lagu koleksi Raihan, cx nak cakap sikit, walau apa pun jua yang korang target dan hendak capai dalam tempoh yang ditetapkan, cx doakan agar korang tercapai hajat tersebut.  Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ya :) hehe. Okbai.

Niat perlu betul
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

3 Comments

hehehe kalo CT masuk ketegori yang tak menghebohkan.. bila dah kurus pun tak heboh gak.. dediam je..
Sha Mohamed said…
Sekarang nie apa sahaja yg kita kongsikan di FB pasti akan ada yg memandang dr sudut negatif dan juga positif.. So kena hati2lah..
Ciktie said…
klik nuff jom...