Apa Maksud 'Ale Uto' yang Trending Dikalangan Remaja Masa Kini?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa Maksud  'Ale Uto' yang Trending Dikalangan Remaja Masa Kini? 

Alahai. Apa nak jadi anak-anak dara zaman sekarang . Tahu atau tidak apa maksud 'ale uto' yang dibangga nau bila menyebutnya? Astaghfirullahalazim. Geleng kepala apabila mengenangkan budak-budak yang makin menjadi dengan trend ini. Cx yang dah kahwin ini pun rasa merah muka nak menyebutnya.  Mungkin ramai yang tidak tahu apakah maksud aleuto yang disebut-sebut oleh anak remaja zaman kini.   Paling kesian adalah warga tualah yang akan menjadi salah faham akan maksud sebenarnya.  Nampak macam remeh dan biasa-biasa sahaja tetapi ianya memberi kesan yang agak kuat ya bila tidak kena dengan tepat dan keadaan. Kurang sopan jadinya.


Apa Maksud Ale Uto? 

Apa Maksud Aleuto?

Maksud aleuto adalah sesuatu yang tidak baik dan tak elok untuk disebut.  Namun, ramai juga salah guna pakai ya.  Ya budak-budak memang macam rasa tak ada apa-apa bila sebut dikalangan kawan-kawan mereka.  Tetapi sepatutnya tak perlulah perkara ini dijadikan tabiat.  Ale tu Kepala. Uto pula maksud dia b**o.  Malu rasanya bila orang sebut perkataan yang kurang enak didengar.   Menjadi persoalannya adalah, kenapa anak dara yang melebih-lebih guna pakai 'ale uto' ini? Mana pergi perasaan malu? Maruah sebagai anak dara?  Allahuakhbar! Kalau cx ada adik perempuan yang terikut trend ini, memang makan tanganlah jawabnya.

Hari itu video awek kelantan di youtube menjadi viral, hari ini gadis kedah pula siap promote baju 'ale uto'. Allah! Apa yang dibanggakan nau tu adik-adik oii. Tak kiralah korang lelaki atau perempuan, tak perlulah disebut perkataan tersebut.  Bawa-bawa berubah ya. 

Manfaatkanlah Zaman Remaja
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

4 Comments

nora razalli said…
haha
spe yg start viralkan benda tak senonoh ni
kalau -ve tu mmg cpt lak tersebar nye =.=
Unknown said…
benda nok pelik n negatif mesti selalu viral dgn cepat.
Mummy MM said…
Kalau saya, malu saya nak sebut. Lag2 depan bf. Silap ari bulan, ada yang kena ketuk kepala
Ilaasuhailaa said…
patotlaa kwn ilaa geleng kepala bile ilaa tunjuk video viral ni..ilaa pom xtahu pe maksud prkataan tu..aish..