Pengalaman Mengidam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang! Hari ini nak kongsikan pengalaman cx ketika mengidam. Haha. Siapa yang dah menjadi ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa, mereka lebih memahami. Mengidam ini suatu perkara yang di luar kawalan kita. Bak kata orang tua-tua, baby dalam perut yang nak sebenarnya, dan bukan ibunya. Betul tak? Tapi sometimes mengidam itu juga satu perkara yang kelakar apabila diimbau kembali. Manisnya saat itu. :)

credit to Dr.Zubaidi.com
Ada orang yang jenis mengidam simple sahaja, ada pula yang bukan-bukan. Haha, kenapa cx cakap bukan-bukan? Yalah, tiba-tiba mengidam nak makan daging unta. Kita duduk dekat Malaysia, jenuhlah suami nak cari sampai ke Arab sana. Huhu. Kalau suami kaya raya tidak mengapalah. Hehe Nyanyi sikit .. Kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga aku belanja selamba ~ Lalalalala~  Orang mengandung ini, kadang-kadang ada yang tak mengidam sangat pun tapi biasanya yang macam ini, mereka lebih terjerumus kepada berperangai pelik bin ajaib. Haha Comel sungguh! Contohnya, suka makan beras, suka bau minyak petrol, suka makan sabun. Haa, siapa nak tambah lagi? hehe

Masa cx mengidam, Alhamdulillah tak mengidam bukan-bukan. Untung Mr.Suami tak perlu cari yang pelik-pelik. :) Nak tahu cx mengidam apa? Haha, sangatlah kampung-kampung. Antara yang cx nak makan adalah peanut choc waffle, roti canai kosong, tosei, betik, dll. Haa, mudahkan? Sangatlah kampung-kampungkan? Haha. Biasanya apa yang kita idamkan itu, ianya melambangkan peribadi anak kita. Tapi tak tahulah kalau bila dah keluar, lain pula jadinya. Huhu. Cuma satu sahaja yang tak dapat makan, iaitu mangga baru masak. Rasa  manis dan bukan masam tu, buah pelam dia yang bentuk bujur dagu tu. Pernah makan tak? Huhu

Ramai orang mengidam nak makan masam-masam kan? Nak pelamlah, nak asam itulah inilah, tapi tidak bagi cx. Benda masam-masam ni langsung tak boleh masuk. Pernah juga cuba makan mangga yang tak berapa nak masam, bukan main kecur air liur lagi bila letak dekat lidah. Terus tak makan. Haha. Macam-macam ragamkan orang mengandung ni? Tapi itulah moment yang paling indah :) Syukur Alhamdulillah Allah bagi nikmat untuk merasa :) Korang bagaimana? Apa  pengalaman korang? Share sikit please ;)

Alhamdulillah Syukur Nikmat
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

11 Comments

Cik Rose said…
belum ada pengalaman sendiri mengidam.. tapi, tahu jugak dari pengalaman kakak-kakak Ros :)
Mime MF said…
hehe pernah dgr gak mcm2 ragam bila mengandung..mengidam kdg2 benda pelik2..pastu kwn sy ckp masa dia pregnent dia suka bgn tgh malam makan ais batu..haha
Wanie Masduki said…
dah pregnant ke?senyap2 je CX kita ni..dh berapa bulan dah?tahniah..:-)
maszull said…
assalamualaikum cx...semoga dipermudahkan semuanya yer...:)
NJihe.am said…
Assalamualaikum,semoga dipermudahkan. Amin.. studioous.blogspot.com/
Mar Mansor said…
macam dah tak ingat pula masa mengandung dulu penah ngidam makan apa..tp saya memang betul2 jaga pemakanan..
satu yg saya sangat ingat, tak suka bau span basuh pinggan & bau minyak goreng bila dah panas..masak tutup idung dengan kain
Mimie said…
wahhh mengidam mknan yg best best...mse ank sulung sy mengidam mkn dging rusa,pari asam pedas,buah koko...peknen second nak mkn pari bakar
ary_lee said…
Itu mengidam ke? Macam lebih kepada teringin makan jaaaa... Hohihi
belum sampai rezeki utk rasa pengalaman mengidam lagi. moga2 1 hari sampailah rezeki mengidam tu. aminn..
Dzureen Darwis said…
Saya belum lagi hhehe :p
Yun Sing said…
Owh baru tau pasal mengidam ni xD