15 PESANAN RASULLULAH KEPADA SAIDINA ALI R.A :

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Saidina Ali r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "ertinya : "Jika umatku telah melakukan 15 perkara, maka pasti ditimpa bala ke atas mereka. 

1- Jika kekuasaan itu dianggap keuntungan .

2- Amanah itu dianggap seperti ghanimah .

3- Zakat itu dianggap kerugian (cukai ) .

4- Orang lelaki tunduk pada isterinya.

5- Anak-anak menderhakai ibu-bapanya

6- Taat menurut pada kawannya .

7- Membenci ayahnya .

8- Bersuara keras ( menjerit-menjerit ) di dalam masjid .

9-Pemimpin sesuatu kaum itu orang yang rendah budinya .

10-Orang ditakuti kerana kejahatannya .

11- Berleluasa minuman Khamer ( arak ) .

12- Banyak pakaian sutera dipakai oleh kaum lelaki .

13- Bertambah ramai artis-artis ( pelakon dan penyanyi ) wanita .

14- Berleluasa permainan muzik .

15- Umat hari ini mengutuk ( mengecil-mengecil dan menghina ) umat permulaan ( yakni di kalangan para sahabat , tabi'in dan para imam-imam mujtahid) .

Bila semua itu berlaku , Allah akan turunkan azab berupa angin merah, gempa atau runtuhan ( tanah dan bangunan) atau kemusnahan . - ( HADIS RIWAYAT AT-TIRMIZI )

bertaubatlah selagi ada peluang
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

0 Comments