Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 42
tiba-tiba cx teringat zaman kanak-kanak cx. hehee. semua orang alami perkara yang sama but certain people segan nak mengaku. yelah, time kecik-kecik, apa nak malu kan. dok terkinja-kinja geng lelaki perempuan.. tapi bila dah besar, malulah kan .. lebih-lebih lagi satu geng dengan jiran depan rumah. an an an. so kat sini cx nak imbau kembali antara permainan pada kurun kita kecik-kecik dulu.

BATU SEREMBAN

korunk reti main batu seremban? hehe pelbagai jenis dan cara balingan ada.. ada yang cakap batu satu sampai batu enam je, then menang. ada yang cakap batu satu sampai batu sepuluh. paling best bila masing-masing eksaited buat batu seremban sendiri. pandai plak menjahit kan? huhu bahan-bahan? kain perca, kacang hijau, benang dan jarum. haaa. jahitlah jadi seperti batu sampai jadi 5biji. ada jugak yang pakai beras, pasir dan pelbagai lagi untuk dijadikan isi dalam batu tu.. last-last, pakai je biji getah and paling moden, pakai je batu kecil-kecil yang warna putih tu. kutip tepi jalan sudah. haha. comel jerk masing-masing.

CEPER

yaa.. sebut betul-betul eh. kang ada plak yang kata apekebenda la plak ni kan. okay, korunk tipu lah kalau tak reti main ceper. mainan paling senang kot. cara-cara? yaa.. tampi dulu sapa yang paling banyak dapat, so dia jalan dulu. cehh.. take turn lerr. then, tampi lagi sekali untuk dapatkan markah betul-betul, then kena "gesek " or ada yang panggil "serak" pandai-pandai korunklah nak baca camne pon. kalau korunk pernah main, confirm korunk tahu. then, ada plak time serak tu 'cap ayam' lah, 'jamban' lah. haha. tahu tak? haha. lawak lah.. tapi best! 

TENG-TENG
siapa tak pernah main teng-teng? hahah. best tau.. main ramai-ramai lagi best. huhu.. sangat seronok. tapi ada gak main tipu kan. konon dapat ambil batu dekat rumah bulatan tu tapi padahal dia celik jerk time nak amek . hahaha. tipuuuu... tapi kenangan paling best la kan.. siap boleh ada rumah terbakar lagi. haha 


GETAH-ZERO FINE
best woo main zero fine ni. ehh.. betul ke cx eja ni? hehe. apa-apa jelah, korunk faham kan? cx masa kecik-kecik, juara tau.. semua nak geng dengan cx sebab sampai tahap kepala, cx boleh lepas.. ceh.. teror tu. hahah. lawak jerk. padahal pakai talian hayat.. macam-macam talian ada.. guntinglah, berenanglah, telefonlah. huhu.. kenangan sungguh..

LUBANG TIKUS
yang ni pula? cx dulu suka main ni. dia macam main getah gak.. kena lompat-lompat tapi dengan syarat tidak tersentuh pihak lawan punya tangan atau badan. if not, mati. yeah.. best sangat. korunk pernah main tak ni? atau korunk tak tahu? kih3.. cx cari gambar kat pakcik google tadi tapi takde plak, so cx doodle sendiri. cenggitu ler jadinya.. tahu kan? hehe. 
*
*
okaylah, actually banyak jer permainan lain.. tapi macam dah biasa orang cerita. yelah, main congkak, main masak-masak, makeup-makeup, then main cop tiang, nenek-nenek sibongkok tiga, kereta tamia, galah panjang, lastik, captea, dan macam-macam lagi lah.. banyak sangat. apa-apa pun, kalau tak merasa semua ni zaman kecik-kecik dulu, sangat rugi lah korunk. heheh. okaylah, kalau korunk ada permainan sendiri yang cx tak ingat atau tak sebut, boleh share. :)

Permainan mampu mengasah ketajaman minda
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"