Bismillahirrahmannirahim.
Assalammualaikum semua!
perkongsian pertama.
semoga ada yang berguna untuk amalan bersama. =)
apabila BANGUN PAGI, terus minum air putih kerana ini membantu meneutralkan asid di dalam perut kita.
untuk MUKA BERSERI, apabila bangun daripada tidur.. mesti dan wajib senyum. =) InsyaAllah mood yang tiada akan muncul. muka kita juga akan semakin ceria dan muda. jangan lupa baca doa bangun tidur ye. hehe
apabila anda MANDI, amalkanlah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan mengucap dua kalimah syahadah. bermakna, mandi seperti biasa tetapi ketika menyiram air ke tubuh, berselawatlah dan mengucaplah dua kalimah syahadah. =) InsyaAllah badan bersih dan suci. tidak kisah lah jika ketika membasahkan rmbut atau tidak bagi perempuan. apabila kita berbuat demikian, selain bersih daripada hadas, kita juga dapat menambah peningkatan pahala.
bagi menghilangkan BAU BADAN. ketika mandi, cuba anda gosokkan ketiak anda pada kepala lutut anda.. ini petua nenek saya ye. katanya untuk menghilangkan bau badan.. =) yelah , selain memakai deoderant kan. hehe smbil-sambil itu, berselawatlah ke ats Nabi s.a.w.
hye! sebelum anda memulakan sebarang langkah untuk mandi di dalam bilik air .. CUCIlah TANGAN anda dengan sabun. umpama anda nk makan, cuci tangan terlebih dahulu.. kenapa ya? sebab.. sebelum kita mndi, kite mesti nak cuci muka dan menggosok gigi terlebih dahulu kan? =) jadi, kotoran dalam kuku yang kita tak nampak, jika kita tak cuci tangan.. ia akan sama-sama berjuang mnyucikan muka anda.. heheh <islam juga menyarankan kebersihan bukan?>
CARA MANDI , mulakan menyiram atau menjirus air daripada kaki. apa kena mengena ya? haa.. ini sebabnya adalah kerana, haba dalam badan kita akan keluar daripada badan melalui kepala. dan barulah badan rasa segar.. jika tak silap saya, ini adalah sunat Nabi s.a.w <maaf jika saya salah> kawan saya yang turunkan ilmu ini kepada saya actualy.. dan saya mengamalkannya.. =) jika anda tidak pasti, apa kata anda cuba terlebih dahulu? dan ketika itu, anda akan rasa seperti bahang yang keluar melalui kepala kita. cubalah! tak rugi pun mencuba. =)
bila anda hendak pakai KRIM MUKA.. anda bacalah BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.. dan juga berselawat. saya dapat amalan ini daripada rakan saya.. kesannya adalah, wajahnya cerah dan berseri .. =) kalau pakai baju tu, doa memakai pakaian kan ada. heheh ..
ketika MEMOTONG KUKU pada hari jumaat @ isnin @ khamis.. gunakanlah step sunnah Nabi s.a.w ya.. <next entry saya bercerita lebih lanjut ya>
kalau makan, jangan diSULAM dengan AIR kerana ia mampu menyebabkan perut buncit dan nafas kita pendek. means nafas pendek adalah apabila anda membaca ayat al-quran yang panjag, nafas anda tidak sampai. begitulah. dan sila tunggu 5-15 minit sebelum minum air selepas makan. untuk kelangsingan badan. tak percaya? cubalah.
jangan mengamalkan meminum air batu atau AIR SEJUK. ia dapat melemahkan sendi-sendi otot yang memberi kesan apabila lanjut usia nanti.. tak percaya?? tanya mak anda.. nanti ketika pregnant, sakit lambt baik n bengkak-bengkak.. amalkanlah meminum air putih.
untuk MATA yang sihat. ketika berwuduk.. buka mata ketika sapuan air ke muka. ini petua daripada permata hijrah.. yelah, katanya.. air wuduk yang beserta niat itu dapat membantu mnyihatkan mata. =)
ketika TIDUR.. mengiringkanlah badan anda ke kanan mengikut sunnah Nabi s.a.w .. kerana apabila kita mengiring ke kiri.. kita akan susah bernafas kerana jantung kita terletak di sebelah kiri.
sekian sahaja.
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu" =)
5 Comments
luv,
cik ana