Kenapa Seth Tan Baik Sangat?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

Kenapa Seth Tan Baik Sangat? 

sharing number 41
Kenapa Seth Tan baik sangat? Kenapa dia tak pernah marah Nora Elena? cehh~ Jadi, mari kita selidik. Majoriti apabila seseorang itu dalam keadaan marah, mereka akan diam. Tetapi kenapa ya? Korang ada pendapat atau idea  nak dikongsi? Jadi hari ini cx nak kongsikan dengan korang serba sedikitlah.  Maaf kalau ada yang tidak logik untuk diterima dek akal fikiran kita. Ini hanya sekadar pendapat cx sahaja.  Terima kasih kerana memahami.

Faktor Orang Tidak Mudah Marah

Tidak mudah dan tidak semua orang mampu ya untuk tidak marah terhadap seseorang.  Tahap kesabaran yang tinggi diperlukan.  Tetapi bagi cx , insan yang banyak dosa ini, cx bukan orang yang boleh tahan marah. haha! Tetapi bila cx dah malas nak marah lagi, baru cx akan lebih cenderung dengan perkara di bawah.  Hanya beberapa sahajalah.  Tidak semua. 

  • Tidak Mahu Panjangkan Cerita

Biasanya mereka akan diam sebab malas nak panjang-panjang cerita. Ya, bila sedang marah,  macam-macam boleh jadi. Mulalah segala benda diungkit. Contoh kata-kata Seth;
"yalah, apa pun yang Nora cakap .. abang terima"
Tetapi pada cx, orang macam ini, dia memang seorang yang sangat sabarlah untuk layan perangai manusia di sekeliling dia.  Atau mungkin dia terlalu sayang? 

  • Malas Mahu Marah

Bunyi macam kelakar sahaja kan? Tetapi itulah realitinya. Waima marah sangat dengan perangai seseorang, dia akan malas nak marah.  Tapi atas alasan apa? Marah itu kan bosan. haha. Eh tidaklah begitu. Bila marah-marah, nanti mesti penat. Kalau tak percaya, cuba tengok Seth; kenapa dia tak marah Nora? sebab dia malas nak marah Nora yang degil dengan persepsi buruk dia pada Seth.

  • Buang Masa

yup! that's true. buang masa je marah ni. marah pun tak guna .. sebab apa pulak? sebab orang yang kena marah tu sama je .. takde perasaan dengan apa yang orang marah kat dia .. so, daripada jadi orang gila meroyan.. better stop it even sakit hati yang melampau. dalam cerita pun, Seth Tan tak marah Nora .. tapi dia tegur secara baik dan romantik. itu yang korunk suka kan? =p

  • Sayang

orang kalau dah sayang. marah keluar api daripada mulut pun .. at last, akan diamkan diri dan tak jadi marah sebab sayang sangat kat orang yang create problem tu .. macam Seth lah, marah-marah pun, tak jadi marah sebab tengok muka Nora je dah cair. hehe

  • Penyesalan

bila tengah marah .. suhu tahap maximum .. semua benda yang dibuat pun tak sedar .. yelah kan.. marah kan sifat syaitan .. jadi, benda yang tak logik pun boleh jadi .. contoh? bunuh membunuh lah kawan-kawanku. =) sebab tu orang yang tengah marah tu diam sebab taknak adanya penyesalan di kemudian hari. ini contoh leh pakai si Eid tu .. after dia marah-marah, tuduh Nora macam-macam and putuskan pertunangan, at last? menyesal kan? rugilah dia.


Kesimpulan Tentang Orang Marah

okaylah, itu je kot. erm. satu je cxnak cakap.. sebenarnya, orang yang marah dan diam tu.. dia sangat kecewa dengan tindakan anda. jadi, imbaulah kembali sekiranya anda ada membuat seseorang marah dengan anda. kecewa tanpa tindakan bermaksud dia sangat menyanyangi anda .. dia amat memerlukan anda. hargailah sebelum terlambat. Thank you for reading this entry. lot of love for all of you.

hargailah kasih sayang orang terhadap kita
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

6 Comments

cman jeini said…
marah..mane ade marah..nasihatttt:)
marah utk positif that better
ade org suke cmtu ape??..
CXopportunities said…
lain orang .. lain pendapat. =) tq cman jeini
iyan shazlind said…
sy pun kalau marah sgt sy diam je...sebab kalau marah then kita ckp banyak2 kang tak pasal2 tercakap benda yg sepatutnya..lepas dh hilang marah tu baru la cakap, so takde la tone tertinggi atau apa kan :)
CXopportunities said…
hehhe .. sama la kite. huhu.. tp aye ni kalo time tu marah n tkleh diam.. nasib la kot sapa yang jadi mangsa. kih3.. sori sgt org yg t'kene tu. huhu tgh mrh kan. mane sgje. ye idok? huhu
Mak Lin said…
betul la. penat marah2 ni.
CXopportunities said…
ya. penat marah ni actually tp bila tk lps.. rs cm beban lam diri. btw tq sudi komen here ciksuzlin .=)