16.6.2011 gerhana bulan penuh?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 27
Tahukah anda 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432 H akan berlakunya GERHANA BULAN PENUHSubhanallah.  antara waktu berlakunya adalah pada jam 1:25 pagi ~ 6:59 pagi ..  terjadinya gerhana adalah apabila BULAN MATAHARI DAN BUMI berada dalam keadaan SELARI ..


Gerhana Bulan - credit to GOOGLE for the picture.

ketika kita melihat gerhana.. kita disuruh menunaikan solat sunat gerhana ... kerna hal ini disebut sebagai sunnat mu'akad.. sunat yang dituntut atau yang digalakkan.. TAPI ... camne nak solat sunat gerhana ni? okay, mari saya kongsikan bersama anda ..


cara melakukannya ada tiga iaitu :

Cara Pertama :

Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.


Cara Kedua :

Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.
  1. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).
  2. Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
  3. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).  
  4. Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.
  5. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.

Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.


Cara Ketiga :

Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi
  1. rakaat dan qiam pertama :  dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya.
  2. rakaat pertama tetapi qiam kedua : dibaca surah ali-Imran.
  3. rakaat kedua qiam pertama : dibaca surah al-Nisa’,
  4. rakaat dan qiam kedua : dibaca surah al-Maaidah. 
  5. kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat,
  6. ruku’ yang kedua bertasbih 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.


 Lafaz niat solat sunat gerhana bulan :

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.” 


pesanan :

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.

sumber :

klik SINI lagi kat SINI dan SINI ... =)


SELAMAT MELIHAT GERHANA BULAN .. JANGAN LUPA TENGOK TAU! =)



Bersyukurlah dengan kejadian Allah.
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
aku kt India,diorg ckp kat india leh tgk lama n lagi jelas,tpi dari tadi tgk langit xnmpk pun bulaaaannnnnnn =.=
CXopportunities said…
bukan rezeki maybe. =)