Khasiat Madu Saffron Iran Terbaik Untuk Ingatan

Pengenalan Madu dan Saffron

Umum tahu madu adalah sejenis manisan semula jadi yang dihasilkan oleh lebah.  Hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies lebah menjalankan pendebungaan.  Jika dilihat definisi madu melalui kamus bahasa melayu; madu adalah merupakan cecair manis yang terdapat dalam sarang lebah dan bunga, iaitu manisan. 

madu saffron iran
Khasiat Madu Saffron Iran Terbaik Untuk Ingatan

Saffron pula adalah sejenis rempah yang dihasilkan daripada stigma sejenis bunga.  Jika tidak silap cx, melalui pencarian google, bunga tersebut adalah Crocus Sativus.  Bunga ini hidup di sekitar Asia Tengah dan telah ditanam sejak ribuan tahun lamanya. Kebiasaannya Saffron banyak digunakan dalam masakan, perubatan, sebagai bahan pewarna dan juga perasa.  

Madu Saffron Iran, 100% Madu Saffron Asli

Jika sebelum ini kita cuba makan dan amalkan madu serta saffron dalam keadaan berbeza kan? Kita tidak campurkan, hanya makan dalam keadaan berlainan.  Tetapi kali ini cx nak kongsi dengan korang Madu Saffron Iran yang dicampurkan bersama.  

Madu Saffron Iran adalah campuran beberapa jenis madu hutan asli sebenarnya.  Perapan yang menggunakan helaian bunga saffron berkualiti tinggi dan diimport dari Iran.  Madu Saffron Iran ini dalam botol dengan berat 300g setiap satunya.  Bagi setiap 300g madu saffron ada terkandungnya satu (baca:1) grampati saffron asli dengan campuran beberapa herba terpilih.  Paling istimewa, madu zaffron ini dicampur dengan air zam-zam tulin. 

Menurut pembacaan cx, Madu Saffron Iran ini adalah 100% madu saffron asli dari Iran.  Ianya adalah madu hutan asli dan pati saffron asli.  Ianya tiada perasa tambahan dan paling penting ianya berkualiti tinggi dari Iran.  

madu saffron iran
Khasiat Madu Saffron Iran Terbaik Untuk Ingatan

  • Tekstur Madu Saffron Iran 

Tekstur Madu Saffron Iran kepekatannya adalah sederhana.  Ianya tidak cair dan tidak terlalu pekat.  Warna Madu Saffron pula adalah perang gelap.  Namun akan berubah menjadi kekuningan jika dibancuh dengan air.   

  • Ramuan Madu Saffron Iran

Ramuan Madu Saffron Iran menggunakan campuran bahan berkualiti dan terbaik.  Antara ramuannya adalah madu hutan, pati saffron (negin), su'dun dan air zam-zam.  Setiap botol mengandungi 300g madu dan satu (baca:1) gram saffron.  

Khasiat Madu Saffron Iran

Khasiat Madu Saffron Iran ini ada banyak rupanya, tetapi paling cx tertarik adalah ianya adalah sangat baik untuk ingatan kita. Jika merujuk dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381, Imam Ali KMW ada menyatakan yang bermaksud; 

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakaukan sihir"
madu saffron iran
Khasiat Madu Saffron Iran Terbaik Untuk Ingatan

Berdasarkan rujukan tersebutlah, dikatakan khasiat madu saffron ini adalah makanan terbaik untuk mempertajamkan minda kita yang mengamalkannya. Jom cx kongsikan khasiat madu saffron iran selebihnya di bawah;

  • Membantu menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan
  • Membantu menghilangkan rasa resah gelisah
  • Membantu menenangkan hati dan fikiran
  • Membantu menambahkan tenaga rohani dan jasmani
  • Membantu menjadi asbab kecerdaasan akal
  • Membantu meningkatkan imuniti tubuh
  • Membantu untuk tidur lena pada waktu malam
  • Membantu melegakan sakit sendi

Cara Pengambilan Madu Saffron Iran 

Jom cx kongsikan cara pengambilan Madu Saffron Iran.  Setiap tujuan pengambilan ada cara tersendiri ya dan berbeza-beza untuk mendapatkan hasil yang InshaAllah baik dengan izin Allah. Kita ikhtiar mana yang baik dan elok serta sesuai dengan diri sendiri. 

  • Menajamkan Akal Fikiran

Jika korang amalkan untuk menajamkan akal fikirian, bolehlah minum dua (2) sudu pada waktu pagi selepas makan.  Amalan ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. 

  • Amalan Harian

Jika nak dimakan sebagai amalan harian, boleh ambil tiga (3) sudu dan dibancuh dengan sebotol air putih.  Bolehlah kita minum untuk sepanjang hari tersebut. 

  • Ketenangan Diri

Bagi menenangkan diri, boleh mbil apabila perlu sahaja.  Cara pengambilan mudah sahaja iaitu dengan cara bancuh tiga (3) sudu madu dengan secawan air sejuk.  Kemudian kacau sehingga sebati dan bolehlah diminum. 

  • Sakit Sendi

Jika korang nak amalkan untuk membantu masalah sakit sendi dan hendak tidur lena pada waktu malam, bolehlah diamalkan minum satu (1) sudu setengah jam sebelum tidur.  Kemudian jangan lupa  minum air segelas. 

madu saffron iran
Khasiat Madu Saffron Iran Terbaik Untuk Ingatan

Review Madu Saffron Iran

Pertama sekali cx nak cakap, rasa dia memang sedap. Rasa madu asli yang piau orang Melaka cakap.  Memang sesuai dibuat sebagai pemanis dalam minuman, terutamanya air putihlah lebih elok.  Nak makan macam cx pon okay sahaja, sesudu setiap hari. Cx cuba amalkan sebab dikatakan boleh membantu masalah sakit sendi.  Jadinya, cx pon ikhtiar dengan madu saffron iran ini. Mudah-mudahan dengan asbab dan izin Allah, cx kembali sihat. 

Madu Saffron Iran ini cx fokuskan untuk anak-anak sebenarnya. Cx nak bagi ingatan anak-anak jadi lebih baik dan kuat dengan izin Allah. InshaAllah. Makanya, cx pon bagi anak-anak amalkan makan madu saffron iran ini .  Ingatan anak-anak sangat penting untuk fokus dalam pembelajaran mereka.  Tambahan pula, anak-anak juga kami terapkan untuk mula menghafaz ayat-ayat pendek dan surah. Mudah-mudahan dengan izin Allah, sedikit sebanyak dapat membantu memperkuat ingatan anak-anak cx. InshaAllah amin. 

Jom dapatkan Madu Saffron Iran di Shopee: Madu Saffron Iran

Post a Comment

0 Comments