CF Patch Tasneem Patchure Membantu Melegakan Batuk Berkahak dan Selesema Baby


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Musim Batuk Dan Selesema Di Kalangan Kanak-Kanak

Musim dekat Malaysia sekarang ini memang anak-anak mudah sangat jatuh sakit dan tidak sihat.  Macam anak-anak cx sendiri pon tidak terkecuali.  Baru-baru ini bayi cx yang baru berusia 10bulan dijangkiti batuk, Kemudian keesokkan harinya terus demam dan selesema.  Bukan batuk biasa ya tetapi berkahak. Punca asal anak cx berjangkit dengan kakak abang dia yang balik dari sekolah. Waima kami dah amalkan mandi selepas balik sekolah, benda dah nak jadi, siapa kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Betul tak? 

CF Patch Tasneem Patchure
CF-Patch Tasneem Patchure Patch Batuk Baby

Cara Melegakan Batuk Berkahak, Dan Selesema Baby

Disebabkan anak cx macam susah untuk bernafas dan batuk dia jadi penat, makanya cx ajak suami pergi klinik untuk cek.  Macam biasa doktor akan tanya jangkit dari mana, sejak bila kena dan bagaimana.  Cx pon cerita semua rentetan sejarah.  Kemudian doktor bagi ubat macam biasa tetapi ini kali pertama doktor tak bagi ubat batuk ya. Selama cx pergi ke klinik kalau anak tak sihat, memang akan dapat tiga jenis ubat iaitu demam batuk dan selesema.  Tetapi kali ini ubat batuk tidak ada. 

Cx pon tanya doktor, kenapa tak ada ubat batuk? Doktor pon terangkan bahawa, dia bagi ubat batuk tetapi jenis patch.  Ya! patch batuk baby yang diberikan.  Cx pon macam teruja sebab baru tahu tentang patch ini.  Bau dia pon sedap, bauan minyak angin dan herba macam tu.  Doktor ada cakap juga, baby masih kecil, jadi dia suggest cara melegakan batuk berkahak dan selesema baby dengan menggunakan patch batuk baby. 

CF Patch Tasneem Patchure
Cara Guna CF-Patch Tasneem Patchure Patch Batuk Baby


Jadi, selepas menggunakan patch batuk baby, batuk berkahak anak cx jadi longgar, lebih mudah batuk dan kahaknya mencair.  Pernafasan anak cx pon lebih mudah. Syukur Alhamdulillah.  Disebabkan itu, cx pon mencari patch untuk bekalan seterusnya.  Almaklum musim sakit berjangkit di kalangan anak-anak kan, amat merisaukan. Makanya, cx tertarik untuk mencuba Tasneem Patchure Naturel sebab haritu cx nampak Neelofa ada update dekat instagram story anak dia pon guna Tasneem Patchure Nutrel ini.  Bila Neelofa dah suggest patch batuk baby, cx pon apalagi, terus carilah! 

Tasneem Patchure Patch Batuk Baby

Memandangkan baby yang masih kecil dan ubat batuk adalah tidak digalakkan lagi, makanya cx pon memilih untuk menggunakan patch batuk baby atas saranan doktor sendiri. Macam Tasneem Patchure, ada keluarkan satu patch batuk baby baru-baru ini. Cx pon teracun dengan Neelofa. Tasneem Patchure ada dua jenis iaitu Cough Patch dan Sleep Patch. 

Bahan Aktif yang digunakan adalah Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb. Kedua-dua bahan aktif ini mampu untuk bantu turunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk. Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.

Antara ramuan lain termasuklah Heartlef Houttuynia, Herb sebagai penyahtoksin dalam badan. Satu lagi adalah Pepperweed & Apricot Seed untuk bantu melancarkan dan melegakan paru-paru

CF Patch Tasneem Patchure
Bahan Aktif CF-Patch Tasneem Patchure Patch Batuk Baby

Kebaikan dan Manfaat Tasneem Patchure Patch Batuk Baby


Disebabkan cx pernah pakaikan anak patch batuk baby, jadinya cx nak kongsi juga kebaikan dan manfaat Tasneem Patchure untuk anak-anak;

Membantu Atasi Batuk

Batuk yang berterusan dan berpanjangan memang membuatkan anak kita tak selesa dan agak menyakitkan.  Lagi-lagi baby kecil macam anak cx.  Kalau kita yang dewasa pon seksa bila batuk, inikan pula anak kecil.  Inilah kebaikan Tasneem Patchure, ia boleh membantu mengatasi batuk anak-anak kita. 

Membantu Keringkan Hingus

Disebabkan baby masih belum pandai nak keluarkan hingus sendiri, jadinya memang sangat bermanfaat Tasneem Patchure ini untuk anak-anak.  Lagipun kerap manalah kita mampu nak mengelap hingus yang hanya boleh hilang sementara waktu sahaja.  Ada masa kita terlepas pandang juga disebabkan sibuk mengurus urusan rumah tangga. 


CF Patch Tasneem Patchure
Kebaikan CF Patch Tasneem Patchure Patch Batuk Baby

Membantu Melancarkan Pernafasan

Tiada hingus, tiada lagi bendalir dan tahi hidung yang boleh menyumbatkan rongga pernafasan.  Nafas anak pon tidak lagi berbunyi. 

Membantu Turunkan Suhu

Kalau anak dah mula dijangkiti batuk dan selesema, sudah pasti akan demam sekali.  Secara alaminyalah sedemikian macam anak-anak cx kena.  Jadi, dengan kebaikan Tasneem Patchure, ianya juga  dapat membantu turunkan suhu badan anak. 

Ciri-ciri Tasneem Patchure Patch Batuk Baby

Tasneem Patchure patch batuk baby merupakan jalan pintas untuk ibu bapa yang kebanyakkannya sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Sedikit sebanyak dapat memudahkan ibu bapa membantu melegakan batuk dan selesam anak-anak.  Tidak lagi risau nak kena beratur dan tunggu lama untuk dapatkan ubat.  Lagi mudah hanya lekatkan saja tanpa perlu nak sapu atau makan ubat .

Selain itu, Tasneem Patchure tidak berbau terlalu kuat.  Tidaklah bauannya seperti koyok atau bauan herba yang keras dan menusuk.  Tasneem Patchure tidak meruap sehingga stau bilik juga berbau.  Bauannya boleh diterima dek pernafasan kita. InshaAllah. 

CF Patch Tasneem Patchure
CF Patch Tasneem Patchure Patch Batuk Baby

Paling menarik, Tasneem Patchure ini tidak meninggalkan kesan gam di kulit anak. Almaklum ada yang jenis  melekat dan memberi kesan gam.  Kemudian nanti kulit anak pun jadi kemerahan.  Ini boleh menyakitkan baby.  Tetapi tidak dengan Tasneem Patchure, ianya tiada kesan gam ya. 

Penting disini cx nak kongsi dengan korang yang Tasneem Patchure ini bebas toksin, dan lulus FDA ya.  Ianya diyakini selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak.  Rumusannya adalah 100% daripada herba semulajadi. 

CF Patch Tasneem Patchure
CF Patch Tasneem Patchure Patch Batuk Baby

Post a Comment

0 Comments