Banjir Terkini Malaysia 2023

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Amaran Banjir Terkini

Kita sedia maklum bahawa banjir adalah keadaan di mana air yang berlebihan melimpah dan membanjiri kawasan kering kebiasaannya.  Banjir boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor berlakunya banjir adalah disebabkan hujan lebat, air sungai yang melimpah, air pasang besar atau pembinaan yang tidak dirancang sebaiknya dan menyebabkan sistem perparitan jadi teruk. 

Kalau cx rujuk kepada laman web rasmi public info banjir, memang ada info terkini banjir di setiap negeri terlibat. Setakat hari ini 4hb Mac 2023, statistik menunjuk negeri paling terkesan dengan bahaya banjir adalah Pahang, Johor, Selangor dan Melaka.  Empat buah negeri ini tergolong dalam paras bahaya dan waspada. Ini laporan setakat jam 15:30 petang.

Banjir terkini malaysia 2023
Banjir Terkini Malaysia 2023

Pengalaman Dilanda Banjir 

Jika cakap pasal banjir, cx faham sangat mereka yang terkesan. Cx sendiri pernah merasa menghadap banjir sepanjang tempoh menyewa di rumah lama dulu. Kami di kawasan Melaka Tengah. Memang kalau hujan lebat sikit, gerenti banjir.  Kalau tak lebat hujan tetapi berhari-hari berterusan, ini pon punca banjir di rumah cx dulu. 

Pengalaman Cx dilanda banjir sampai tiga empat kali ya dalam tempoh kurang enam bulan. Penat sungguh nak kemas rumah. Banyak juga barang rumah cx yang telah pon selamat dihumbankan.  Banjir cx kena bukan jenis air bersih putih tu tapi lebih kepada air lumpuh tanah busuk. Lagi tambah sedih, banjir cx kena sejenis air termenung. Sedih!

Air termenung ni, dia duduk takat itu saja. Tak naik tak surut. Jadi, barang-barang rumah cx akan terendam dalam air banjir dalam tempoh tiga empat hari.  Memang barang rosaklah. Katil, almari, kerusi meja memang semua rosak. Pernah air purifier coway cx tenggelam dalam banjir. Dah letak tinggi tapi waktu itu meja cx letak tu dah basah terendam air banjir. Meja jatuh, maka sadakallahulazim jawabnya. Nasib baik masih dalam tempoh sewa beli lagi.  Dapatlah dibaikai semula. Katanya kerosakan disebabkan bencana alam. Alhamdulillah nasib baik.

Banjir terkini malaysia 2023
Banjir Terkini Malaysia 2023

Hati-Hati Hadapi Banjir Terkini Malaysia 

Kepada mangsa yang mengalami banjir terkini Malaysia 2023, cx ucapkan takziah. Semoga korang tabah menghadapi dugaan Allah. InShaaAllah ada hikmah. Husnudzon kepada Allah. Memang sakit perit bila hadap banjir. Tapi kita redha, InShaAllah semoga Allah angkat segala kesedihan menjadi nikmat terhebat dunia akhirat. 

Apa yang cx boleh pesan, tolong jaga diri dan keluarga. Pergi ke pusat pemindahan terdekat. Jangan tinggal dalam rumah sebab risau akan keadaan. Biarkan dulu banjir reda.  Jangan biar anak-anak main air banjir sebab masa cx dulu, ada orang jumpa ular sawa dekat belakang anak dia. Bahaya betul. Banyak penyakit waktu banjir macam ni. Cx doakan korang tabah dan sabar ya. Jaga diri baik-baik. 

Post a Comment

1 Comments

Sii Nurul said…
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. apapun semoga Allah sentiasa menjaga walau dimanapun kita berada.. Stay safe cx