بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Apa Itu Burnout?
Bila kita sebut pasal burnout, boleh dibayangkan apakah keadaan yang dihadapi oleh seseorang itu. Cx pon tak terlepas daripada menghadapi burnout. Kita bukan saja suka-suka tapi lebih kepada dah terlalu banyak benda kita simpan diam.
Burnout merupakan satu keadaan exhausted secara fizikal, mental dan emosi. Ianya berlaku disebabkan oleh tekanan melampau dan berpanjangan ya. Biasanya bila burnout, kita akan lebih rasa keletihan dan tidak lagi bermotivasi. Kebiasaannya akan memberi kesan kurang efektif dalam melakukan aktiviti harian. Mulalah bila dah betul-betul tepu kepala, penat emosi dan fizikal terlampau, akan jadi benda paling remeh pon kita akan meledak tak tentu hala. Padahal bukan puncanya benda itu pon tapi orang kata pencetus tau bila dah tak boleh nak kawal dan tampung semua benda.
Punca Suri Rumah Burnout |
4 Punca Suri Rumah Burnout
Kita perlu lebih cakna sebab penting ya untuk menangani keletihan awal supaya tidak memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental diri sendiri. Punca-punca burnout seorang suri rumah boleh terjadi atas banyak sebab, antaranya adalah;
- Kerja Rumah Overload:
Biasalah bila jadi suri rumah sepenuh masa, kita ada satu tanggung jawab yang besar dalam mengurus rumah tangga dan keluarga, Antaranya adalah memasak, membersihkan rumah, mengurus anak-anak, dan banyak lagi. Bila tugasan ini bertambah dan diulang setiap hari, maka akan membuatkan kita sebagai suri rumah rasa sangat letih dan tak menang tangan untuk mengawalnya. Jadi bila dah banyak sangat tak terkawal, kepala akan jadi serabut sangat. Betul tak?
- Tidak Cukup Rehat:
Engkau kalau dah jadi suri rumah tangga, jangan berangan nak santai-santailah sayangku. Memang tidaklah jawabnya. Lagi-lagi bila anak-anak kau masih kecil kesemuanya. Hari-hari pon kau bekerja kalah mesin. Kalau mesin tak rehat pon satu masa dia akan panas dan meletup. Bayangkan kita ini manusia biasa yang tak cukup rehat? Agak-agak boleh gila tak? hahah. Orang luar memang seronok dok cakap kau duduk rumah bolehlah tak buat apa. Pergh! pedas beb! Pedas! berdesing telinga.
Baca lagi: Tips Hidup Lebih Tenang
- Kurang Curhat dan Komunikasi:
Bila kita duduk rumah seorang diri dengan anak-anak, memang kita tak ada masa untuk berbual dengan orang lain. Suami kerja, balik kerja dah penat. Kita nak ajak borak pon risau takut tak sekadar angguk-angguk geleng-geleng. Atleast listen, itu pon sudah memadai. Listen yang bila kita cakap tu dok pandang dan bagi perhatian dekat kita. Bukan listen yang tangan pegang telefon, mata tengok telefon. Dia umpama melepaskan batuk di tangga. Lagi sedih jadinya. Sebab itu lebih ramai suri rumah pilih untuk berdiam diri dan pendam sendiri daripada sakit hati.
- Support System Kurang:
Nak jadi suri rumah ini bukan mudah ya. Nampak macam seronok sebab kononnya boleh goyang kaki tengok kdrama layan jajan atas katil. Tetapi realitinya bukan. Semua benda kita buat tambah lagi melayan anak-anak. Dapat pula kalau anak-anak tak sihat atau kita pon sama-sama tak sihat. Bila tak ada suport system yang baik, memang kita boleh burnout teruk. Tak mudah ya nak hadap semua benda.
Bantu dan Fahamilah
Cx sebagai seorang suri rumah, tak dinafikan burnout boleh jadi bila cx dah tak mampu nak kawal keadaan sekeliling termasuk diri sendiri. Bukan main-main eh. Memang cx pula sejenis banyak pendam dan buat diam saja kalau ada sesuatu yang mengusik jiwa perasaan. Orang dok cakap jangan bebel-bebel, jangan marah-marah tapi mereka tak faham. Mental kita semua tak sama. Ada orang dengan berdiam diri dia mampu tenangkan diri dia. Ada orang dengan cara membebel, ia sedikit sebanayak membantu kurangkan stress yang ada.
Jadi pada cx, sila jangan pukul rata atau nak kata akulah terhebat handle keluarga dan anak.-anak. Sila jangan ya. Keadaan kita berbeza-beza waima bilangan anak kita sama ramai. Waima kita kaya mana pon tapi kalau fizikal, emosi dan mental kacau bilau, semua benda pon sia-sia. Dia jadi umpama robot kehabisan bateri tau. Habis je caj semula. Waima suami cx sejenis membantu tapi biasalah perempuan. Bermain dengan emosi juga kan.
Tapi susah juga nak bagi orang faham. Katanya kita mengada-ngada. Macam cx selagi boleh kawal, cx buat. Bila semua benda kena hadap, nak luah tak ada ruang dan kesempatan, itu yang benda remeh pon boleh jadi mengamuk menangis tak tentu hala. Padahal dah terlalu banyak, membukit benda yang dikendong dalam jiwa. Hurm. Ya ya, faham semua orang pon ada masalah. Okay sekian bai.
Baca lagi: Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami
1 Comments