Tips Hidup Lebih Tenang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Kali ini cx nak kongsikan secara santai sahaja. Dalam hidup ini, ada fasa tertentu dan setiap satunya memberi perbezaan dalam hidup kita. Cx cakap berdasarkan pengalaman. Kita hidup acapkali ikut rentak keinginan sendiri tanpa sedar, ada irama yang tidak enak dan sesuai buat semua. Lebih mudah untuk faham, kita tidak akan menjadi seperti hari ini jika tidak hadirnya kekhilafan dan kesedaran.


Ya, ada khilaf itu mampu membawa kita kepada kebaikan dan ada jua yang menjuruskan kita ke arah keburukan. Semuanya bergantung kepada diri kita juga. Bagaimana penerimaan setelah tersedar daripada melakukan kekhilafan. Ada kala kita memberontak dan melawan lebih lagi. Ada waktunya, kita lebih pasif dan bermuhasabah diri. Ya cx juga manusia biasa, pasti tidak terlepas daripada kekhilafan diri sendiri. Namun, jika tidak terjadi semua itu, mungkin kita masih ditakuk lama. Semua yang terjadi benar-benar mematangkan. Sungguh terkesan. Jadi, cx kini mengambil langkah untuk hidup sendiri agar lebih tenang. Jom cx kongsikan tips yang cx buat. Maaf jika tidak bersesuaian dengan kalian.

1. Muhasabah Diri
Ini benda pertama cx buat apabila terjadi sesuatu. Khilaf kali ini sangat memberi kesan kepada cx. Cx muhasabah diri sendiri, duduk fikir semula semua perkara dan ya, bila lakukan sesi ini, cx menangis. Bila kita menangis, kita akan lebih tenang dan waras dalam berfikir. Bila muhasabah diri, dekat situ kita belajar sesuatu dan nampak semua yang kita tak terlihatkan. Lama juga ya cx ambil masa. Dalam seminggu lebih. Serius sukar untuk cari titik capaian yang betul.


2. Tidak Banyak Bicara
Selepas kejadian itu, cx banyak berdiam. Lebih kepada, bercakap bila perlu dan penting. Waima cx ada idea atau kata² yang nak diluahkan, cx lebih memilih untuk tidak utarakannya. Biarkan sahaja. Cx lebih memilih untuk mendengar sahaja agar fikiran kosong dan tidak bersepah dengan masalah orang lain yang akhirnya memakan diri sendiri. Ianya tidak mudah.  Bukan tak ambil tahu dan tidak membantu tetapi lebih untuk mengelakkan perkara sama berulang. Lebih berhati² agar tidak ulang silap yang serupa.

3. Belajar Kawal Sifat Ingin Tahu
Ini lebih kepada tak payah sibuklah nak tahu hal orang lain. Alarh, biasalah kita kongsi² cerita. Tipulah semuanya baik belaka.  Mesti ada yang kurang enak kita terima. Jadi daripada sini, cx lebih belajar untuk kawal sendiri. Biarlah hidup orang, pandailah dia mencoraknya sendiri. Mereka nak buat apa pon, tak payah pertikai sebab ianya tidak melibatkan kita. Waima ada kaitan tapi cx lebih pilih untuk taknak tahu supaya tiada persengketaan di akhir cerita.


4. Berkongsi dengan Seseorang
Cx kongsi semuanya dengan suami. Dulu ada orang lain juga cx kongsikan tapi semuanya dah berubah. Cx pon ada minta pendapat dengan seseorang yang lain tapi kebanyakkannya, memang cx sekarang akan kongsi dengan suami. Senang cerita. Semua benda dilepaskan dan kita kena terimalah apa yang ditegur atau nasihat.

5. Tulis Diari Pakai Buang
Kenapa cx cakap diari pakai buang? Ianya sebab, cx tulis atas kertas kosong segala yang tersirat di hati, lepaskan semua supaya kosong. Kemudian buanglah kertas tu. Bakar pon elok. Lagi bagus. Cx ni bukan seorang yang ada diari segala. Memang tiada tapi benda ni tiba² macam berkesan. Lepas dah tulis semua benda yang terpendam, rasa lega. Tapi, janganlah dok dikenang lagi perkara itu. Cx amalkan, lepas dah lepaskan semua, cx lupakan terus. Buang terus memori bersama diari pakai buang itu. Tenang!


Haaa, sekarang hidup cx lebih elok. Tak stress dengan banyak masalah. Cumanya kadang² biasalah anak² buat perangai. Almaklum, surirumah duduk 24/7 terperap. Hahah! Cx pernah baca, sekurang²nya satu hari itu, kita kena keluar daripada rumah dan hirup udara luar serta dapatkan cahaya matahari. Ianya adalah terapi supaya kita lebih tenang dan tidak tepu. Ini serius. Ianya menjadi. Bukan pergi shopping tu tau, hanya keluar rumah dan bersiar² depan rumah tengok keliling dan selami bumi ciptaan Allah. Tapi shopping tu terapi juga. Hahah!

Okay, itu sahaja yang cx nak kongsikan. Mungkin ada tips yang tidak bersesuaian dengan korang punya keadaan. Maaf mungkin tidak membantu. Namun, benda² ini semua sangat mematangkan kita. Kita pon taknak buat benda² yang salah tapi semua itu membentuk peribadi dan bagi pengajaran. InShaaAllah, moga² semuanya menghadirkan hikmah yang hebat. Amin.

Allah Uji Kerna Sayang
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

Post a Comment

4 Comments

Zaza Iman said…
Insyaallah akan cuba tips2 ini..bab bercakap tu yes.. Bila rasa perlu je..
Cik Renex said…
Tips yg bagus ni CX. Suka part yg diari pakai buang tu. Sng bila da bakar or buang, kita takkan fkir dah msalah kita tu
marsha said…
Thanks cx share tips ni...menarik! Akak pun nak cuba amalkan
Syamimi Saad said…
Betul.
Mcm akk kan, yela housewife juga.
Hari biasa penat. Penat dgn mcm2 kerja.
1 hari memang ambik masa untuk diri sendiri.
Berehat. Jalan jalan.
Masak pun kadang mlas. Haha
Kedai ada. Pilih je kan. 🤭