Snek Tenaga Berkhasiat Campuran Oat & Kurma Superbytes Energy Cubes Untuk Seisi Keluarga


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Snek Tenaga Berkhasiat Campuran Oat & Kurma Superbytes Energy Cubes Untuk Seisi Keluarga

Hi korang! kali ini cx nak kongsi satu snek tenaga yang sihat untuk dimakan oleh seisi keluarga.  Tak payah risau kalau anak-anak nak makan kerap dan banyak. Memang boleh dijadikan snek tenaga wajib dekat rumah.  Mak bapa tak pening kalau habis stok, topup sahaja terus.  Snek tenaga berbentuk kiub ini sangat berkhasiat sebab ianya adalah campuran oat dan kurma, raisin dan banyak lagi bahan sihat.  Snek tenaga berkhasiat campuran oat dan kurma ini adalah snek Superbytes Energy Cubes keluaran Supercube.  Terbaik idea untuk keluarkan snek tenaga sedap dan berkhasiat macam ini. 

superbytes energy cubes
Snek Tenaga Berkhasiat Campuran Oat & Kurma Superbytes Energy Cubes Untuk Seisi Keluarga

Lagipun, snek tenaga berbentuk kiub berkhasiat campuran oat dan kurma Superbytes ini sesuai sangat untuk dijadikan snek ketika sarapan, tengahari dan bila-bila masa sahaja kalau rasa lapar dan tiada makanan berat dengan korang.  Mudah sungguh jadi peneman setiap masa.  Lagipun, ianya tiada pewarna tambahan dan bahan pengawet tau. 

Kelebihan Superbytes Energy Cubes

Superbytes Energy Cubes, snek tenaga berbentuk kiub berkhasiat campuran oat dan kurma ini membuatkan korang rasa kenyang lebih lama.  Paling penting, Superbytes Energy Cubes menjadikan hidup kita lebih sihat dan lebih mudah.  Kandungan dalam Superbytes Energy Cubes ini bukan kaleng-kaleng tau.  Superbytes Energy Cubes mengandungi white malt, oat bran, dates, golden raisin, puree dates, golden syrup dan white chocolate compound. Jom cx kongsikan kelebihan Superbytes Energy Cubes di bawah.

superbytes energy cubes
Snek Tenaga Berkhasiat Campuran Oat & Kurma Superbytes Energy Cubes Untuk Seisi Keluarga

  • Memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu
  • Berfungsi sebagai milk booster dan melancarkan pengaliran susu badan
  • Boleh diambil sebagai sarapan ringan dan sesuai untuk yang sibuk bekerja
  • 100% semulajadi, rendah kalori dan rendah indeks glisemik (GI)
  • Perut kenyang lebih lama
  • Sesuai diambil untuk anak-anak dan pelajar sekolah
  • Grab-and-go snack dan memudahkan rutin workout
  • Rasa yang sangat menarik dan lazat.  Makan seperti coklat.
  • Senang dibawa dan disimpan. 

Milkbooster Terbaik: Bantu Susu Ibu Melimpah Ruah

Kalau korang adalah mak-mak yang menyusukan anak, memang kena ambil dan cuba Superbytes Energy Cubes okay.  Cx pon rasa teruja bila dikatakan Superbytes Energry Cubes ini boleh jadi milkbooster bagi ibu yang menyusukan bayi.  Boleh bantu susu ibu melimpah ruah.  Tetapi cx percaya juga sebab korang tengok sendirilah bahan dan kandungan yang digunakan.  Semua kandungan yang semulajadi dan berkhasiat.  Lebih-lebih lagi bila ada campuran utama kurma dan oat.  

superbytes energy cubes
Snek Tenaga Berkhasiat Campuran Oat & Kurma Superbytes Energy Cubes Untuk Seisi Keluarga

Kita pon sedia maklum kalau amalkan oat dan kurma, susu boleh melimpah.  Lagi-lagi kita makan snek tenaga berkhasiat campuran oat dan kurma macam Superbytes Energy Cubes ini.  Cx tak sabar nak tunggu bersalin nanti.  Memang menjadi impian para ibu untuk ada hasil susu yang meriah bagi anak minum.  Senang kerja mak tak payah fikir kalau susu badan berkurang.  Telan saja snek Superbytes Energy Cubes.  Cx tak boleh nak bagi testimoni lagilah memandangkan susu badan dah kering gara-gara tengah membawa perut.  Tapi tak apa, lagi sebulan sahaja lagi okay. Tunggu cx update nanti tau. Kalau korang dah cuba, nanti komen dekat bawah okay. Bagi semangat untuk ibu lain juga. 

Tenaga Tambahan Untuk Ibu Sepanjang Tempoh Kehamilan

Okay, cx dah makan sendiri Superbytes Energy Cubes ini.  Pada cx, rasa dia sedap, semua bahan-bahan semulajadi yang digunakan untuk satu kiub snek tenaga ini memang asli rasa dia.  Cx boleh rasa setiap campuran kurma, raisin, oat, coklat dan semua yang ada.  Cuma pada cx, ianya agak manis sedikit bagi ibu yang membawa macam cx.  Cx suka rasa oat dia yang meriah untuk satu kiub.  Memang boleh tahan layan.  Bila lapar, memang boleh ambil makan macam gitu sahaja.  Almaklum mak bawa perut memang lapar memanjang.  Betul tak ?

superbytes energy cubes
Snek Tenaga Berkhasiat Campuran Oat & Kurma Superbytes Energy Cubes Untuk Seisi Keluarga

Nak dikatakan tenaga tambahan untuk ibu sepanjang tempoh kehamilan, pada cx bila makan, badan rasa agak bertenaga juga.  Sekali makan, cx ambil dua kiub.  Nak makan tiga kiub sekaligus tapi macam cx cakap tadi, ia agak manis bagi cx.  Tetapi untuk anak-anak, memang mereka sukalah manis-manis.   Badan cx rasa bertenaga untuk satu tempoh masa juga.  Lepaslah cx buat satu draft blog juga. hehe.  Kalau korang nak tahu penangan Superbytes Energy Cubes ini, korang kenalah cuba sendiri okay. 

 Website: supercube.my
Facebook: Supercube HQ
Tiktok: Supercube HQ
Agent Website: agent.supercube.my

Post a Comment

0 Comments