EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari

Zaman sekarang ini memang kita tak boleh nak lari daripada dijangkiti dan terjangkiti secara tidak sengaja.  Lebih-lebih lagi musim penyakit berjangkit macam Covid kan? Akhir-akhir ini pon dalam bulan lepas, anak-anak cx boleh dikatakan lepas seorang batuk selesema dan demam, mesti kemudian itu yang lain pula kena.  Dia macam berjangkit dan berantaian tau.  Anak-anak cx pula masih kecil semuanya.  Jadinya antibodi diorang belum kuat sangat.  Senanglah nak berjangkit sesama mereka.  

Tapi yang cx agak letih bila sepanjang bulan itu mereka on off batuk demam selesema.  Sampaikan pergi klinik dua kali ambil ubat untuk mereka bertiga.  Tapi cx bersyukur juga bila Allah masih bekalkan kesihatan yang baik untuk cx dan juga suami.  Kalau tidak, boleh tahan lunyai juga bila orang sakit nak kena jaga orang sakit.  Jadi, bila kita dah pergi jumpa doktor apa semua tapi nampak macam masih on off juga anak-anak ini, makanya cx cubalah ikhtiar pula dengan cara lain.  Kali ini cx cuba EM Drink iaitu minuman kesihatan yang sekarang boleh dikatakan hangat juga permintaannya setiap hari.  

em drink
EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari

EM Drink Minuman Berasaskan Bakteria Baik

Apa itu EM Drink? Baik, EM Drink+ Advanced merupakan minuman berasaskan bakteria baik hasil kultur campuran daripada penapaian micro-organisms hidup.  EM Drink membantu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat, sekaligus membantu meningkatkan antibodi dalam badan.  Oleh disebabkan itulah, korang akan kekal aktif dan sihat.  Hal ini kerana kandungan EM Drink+ Advanced sendiri membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik serta imunisasi badan yang lebih tinggi.

EM Drink selamat untuk diminum?  Haa, korang jangan risau pula nak amalkan EM Drink ini sebab ianya selamat untuk diminum.  EM Drink ini lulus ujian makmal ya korang.  Cx letak sekali bukti di bawah okay agar korang tak ragu-ragu untuk cuba dan amalkan dalam meningkatkan imunisasi badan agar kekal sihat serta aktif sepanjang hari.  

em drink
EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari

Makluman korang lagi, EM Drink ini berasaskan tebu hitam dan tiga Mikrob baik tau.  Jadinya EM Drink adalah minuman yang terbukti tiada kesan sampingan.  Ianya 100% organik tanpa bahan kimia.  Bukan itu sahaja tau korang, EM Drink juga minuman kesihatan yang sesuai untuk semua peringkat usia, termasuk bayi.  Betul! semua golongan pon boleh cuba.  Iyalahkan, EM Drink bukannya ubat atau supplement, tetapi EM Drink adalah bakteria hidup yang diperlukan badan serta kawasan persekitaran.  InShaaAllah selamat.  

Kandungan Dan Kelebihan EM Drink

Cx tertarik sangat dengan kandungan EM Drink ini tau.  Mana tidaknya, semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada bahan kimia.  Antara bahannya adalah bakteria asid laktik, bakteria fototropik, yis (ragi), air suling, dan molases iaitu tebu hitam. 

EM Drink
EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari

Apa kelebihan EM Drink+ Advanced? Banyak sebenarnya kelebihan EM Drink yang cx nak seranaikan tetapi korang boleh baca lanjut dekat website mereka emdrinkplus.com.my okay.
 
  • Mampu membantu meningkatkan antibodi tubuh badan manusia.
  • Membantu merawat serta mencegah penyakit bawaan virus seperti selesema, demam, batuk, sakit tekak, ulser
  • Membantu kita agar kekal cergas, aktif serta tidak mudah terkena jangkitan yang menyebabkan sesuatu penyakit.
  • Semua peringkat umur tanpa terkecuali boleh amalkan minum EM Drink
  • Tiada kandungan gula tambahan. Ya, sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

Cara Pengambilan EM Drink 

Cara pengambilan EM Drink adalah disarankan ketika perut kosong.  Maknanya kalau korang bangun sahaja daripada tidur, dah boleh terus minum EM Drink. Nak tau tak yang EM Drink mengandungi enzim semulajadi di dalamnya dan bagus bila di minum ketika perut kosong atau sebelum makanlah kiranyakan.  Tetapi kalau korang ada masalah gastrik, boleh amalkan EM Drink selepas makan ya. Paling penting, sila jangan lupa minum air kosong okay.

Sebenarnya EM Drink tiada sukatan memandangkan ianya bukan ubat atau supplement kan? Jadi, kita boleh amalkan pengambilannya berapa kerap sekalipun. Tiada dos yang ditetapkan. Contoh macam korang dah minum pagi, malam sebelum nak tidur pon boleh ambil lagi sekali.  Kalau orang dewasa biasa tiada penyakit, boleh amalkan satu cup setiap kali pengambilan dan disulamkan dengan air kosong. 

EM Drink
EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari

Jika untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak yang ada batuk kahak, demam dan selesema, disarankan minum satu botol atau 1/2 botol ikut kepada kehendak diri kita sendiri.  Wajib sulam dengan air kosong.  Jangan tinggal ya.   Jika bayi, kita boleh bagi 1/2 cup sahaja sekiranya mereka batuk demam dan selesema.  Ibu mengandung dan menyusukan bayi pon amalkan tetapi hanya satu cup sahaja, itupun selepas makan.  Sila sulam dengan air kosong kemudiannya. Kalau tak pasti, boleh dapatkan rujukan daripada doktor terlebih dahulu okay. 

Review Dan Testimoni Peribadi

Kalau nak cerita pasal review dan testimoni, pada cx rasa EM Drink lebih kepada masam masin bergas.  Dia lebih kurang rasa macam cuka epal tapi lebih padu sikit rasanya.  Disebabkan EM Drink ini pemprosesan dan pembuatannya adalah melalui penapaian, jadi korang boleh agak rasa dia macam mana tambahan dengan penerangan cx di atas. 

Disebabkan cx tengah hamil, jadi cx hanya boleh minum satu cup sahaja untuk sehari, itupun selepas makan.  Jadi kesannya itu cx tak berapa nak nampak jelas.  Cumanya bila selepas minum, badan orang ada baby kan cepat penat, dan bila cuba EM Drink, penat itu tidaklah ketara sangat macam sebelum ini.  Badan lebih bertenaga sedikit dan segar.  Macam anak-anak kalau batuk selesema, korang bagi sahaja minum satu cup.  Lepas tu suruh minum air putih banyak-banyak.  Ikut ketahanan badan juga, tetapi InShaAllah ikhtiar dengan EM Drink, cepat sembuh.  

em drink
EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari

em drink
EM Drink Tingkatkan Imunisasi Badan, Kekal Sihat Dan Aktif Sepanjang Hari

Kalau korang nak tahu lebih banyak testimoni positif berkenaan EM Drink, boleh ke laman facebook mereka EmdrinkLover. Dekat situ banyak testimoni berbagai jenis keadaan yang boleh dijadikan rujukan semua.  Semoga bermanfaat hendaknya. 

Post a Comment

0 Comments