بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Safi Shayla Kini Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya
Wanita berhijab seringkali kita kaitkan dengan penjagaan rambut yang rapi dan berkos tinggi. Tapi korang tak payah nak susah payah fikir, kini, Safi Shayla tampil dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk rambut lebih sihat, segar dan lebat. Lagi-lagi dah nak raya ni kan? Semua wanita berhijab akan runsing memandangkan balik kampung, kita boleh dikatakan 24/7 bertudung sebab jumpa saudara mara. Bila masa nak jaga dan belai rambut?
Safi Shayla Hijab Scalp Biotics Rambut Sihat, Segar Lebat |
Jadi, cx memperkenalkan dekat korang Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert). Kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics. Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala. Ini bertujuan bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat.
Rumusan Revolusi Teknologi Hijab Scalp Biotics Pertama di Dunia
Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengna kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik. Ini semua adalah akibat faktor cuaca yang panas dan lembap negara kita. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau gatal mudah berlaku kepada wanita berhijab. Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap.
Safi Shayla Kini Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya |
Safi Shayla kini telah dipertingkatkan dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik. Selain itu, bagi mengembalikan semula atau mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Rambut berhijab lebih sihat dan lebat dengan kulit kepala yang sihat.
Top 5 Variasi Rumusan Khas Syampu Safi Shayla untuk Rambut Berhijab
Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaian Safi Shayla juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM! walaupun kita berhijab sepanjang hari tau! Safi Shayla diperkuatkan dengan tujuh Habatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut.
Jom kita mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi khas dirumus untuk mengatasi masalah kulit kepala dan rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab. Ini adalah top 5 syampu Safi Shayla yang paling popular dan fungsinya.
Safi Shayla Kini Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya |
- Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla (Biru) : berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta melegakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin.
- Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla (Oren) : menguatkan struktur rambut daripada akar, kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh.
- Syampu Licin Terurus Safi Shayla (Pink) : melembutkan dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin, lembut dan senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut.
- Syampu Segar Bermaya Safi Shayla (Hijau Muda) : rasa segar dengn sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar dan bermaya.
- Syampu Itch Kontrol Safi Shayla (Hijau Tua) : hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa.
Wanita Berhijab Perlukan Penjagaan Khas & Mantap untuk Kulit Kepala Serta Rambut
Kita orang perempuan yang berhijab, ada masanya tidak ada masa kebanyakkannya. Betul tak? Korang jangan tak tahu kalau cx cakap ada sahaja wanita berhijab di luar sana yang masih tidak menggunakan syampu atau produk penjagaan rambut khas untuk rambut berhijab. Lagi-lagi kita mak-mak yang semua benda nak kena cepat dan pantas untuk selesaikan tugasan rumah serta anak-anak. Setuju kan? Jadi, kita lebih cenderung untuk mengalami masalah kulit kepala dan rambut merunsingkan. Contohnya macam berkelemumur, rambut gugur, rambut kering, berminyak dan berbau.
Safi Shayla Kini Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya |
Jadi, Safi Shayla kini tampil dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk rambut sihat, segar, dan lebat menjelang raya. Safi Shayla menitik beratkan kepentingan penjagaan rambut bagi wanita berhijab seperti kita. Safi Shayla mahukan penjagaan khas dan mantap untuk kulit kepala dan rambut wanita berhijab. Maka dengan hadirnya teknologi baharu Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics, kini tersedia untuk membantu kita semua. Lebih-lebih lagi kalau korang sebelum ini belum pernah mencuba Safi Shayla, inilah masanya untuk cuba dan mengubahnya.
Jom cubalah Safi Shayla sekarang di mana-mana stor berdekatan korang seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian dan sebagainya. Atau korang boleh saja dapatkan melalui laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee .
0 Comments