Lucca Vudor Review : Kasut Kulit Paling Selesa Buatan Tangan Itali


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Lucca Vudor Review : Kasut Kulit Paling Selesa Buatan Tangan Itali

Bercerita mengenai kasut, cx bukanlah seorang yang gila kasut tetapi semenjak menjadi seorang isteri, suami cx ajar agar pilihlah kasut yang baik, berkualiti tinggi, selesa dipakai waima harga agak keras.  Ini semua disebabkan untuk keselesaan kaki kita ketika menggunakannya.  Lagipun kasut merupakan satu aset utama yang penting melibatkan kaki.  Kaki kalau sakit, memang nak berjalan-jalan pon jadi hilang mood.  Betul tak?  Semenjak itu, suami cx selalu tekankan untuk pilih kasut yang baik dan selesa.  Harga belakang cerita sebab kebiasaannya, harga yang keras memberikan kasut berkualiti dan tahan lama. Puas hati pakai dan muai padan dengan harganya.  

lucca vudor review
Lucca Vudor Review : Kasut Kulit Paling Selesa Buatan Tangan Itali

Lucca Vudor Kasut Kulit 100% Tulen dan Mewah 

Kalau korang nak tahu, istimewanya Lucca Vudor ini adalah, kasut mereka 100% diperbuat daripada kulit tulen.  Apabila kita bercakap tentang kasut wanita, orang Itali adalah golongan yang tepat dan terbaik untuk menafsirkannya.  Kasut Lucca Vudor ini memang direka khas untuk keselesaan tahap maksimum untuk si pemakai.  Ini adalah janji Lucca Vudor sendiri. 

Lagipun, kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja mencederakan, malahan boleh mengakibatkan parut kaki akibat luka dan lepuh.  Ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang.  Cx dulu kalau beli kasut, nak pakainya tu kemain lambat lagi.  Memang sejenis beli kasut kemudian nak pakai tak tahu bila sebab bila pakai mesti akan sakit kaki bahagian belakang tumit. Mesti jadi melecet. Haa, itulah contoh kasut yang tidak berkualiti ya.  Pedih.

Ciri-Ciri Terbaik Kasut Kulit Lucca Vudor 

Lucca Vudor telah berjanji menyediakan kasut mewah berkualiti tinggi yang paling selesa untuk kita si pemakainya.  Jadi, sudah pasti Lucca Vudor mempunyai ciri-ciri kasut kulit tulen mewah yang berkualiti dan terbaik.  Jom cx kongsikan apakah ciri-ciri terbaik kasut kulit Lucca Vudor: 

Lucca Vudor Review
Lucca Vudor Review : Kasut Kulit Paling Selesa Buatan Tangan Itali


  • Buatan Tangan Berkualiti Tinggi dan Supportive Back


Kasut kulit Lucca Vudor adalah buatan tangan di Itali seperti yang korang tahu orang Itali memang pakar tentang kasut wanita.  Paling penting, kasut kulit Lucca Vudor adalah berkualiti tinggi sebab mereka menggunakan kulit anak lembu berkualiti tinggi untuk keselesaan. kelembutan dan mudah bernafas.  Lagi satu, kasut kulit Lucca Vudor memang sangat supportive back.  Ini penting ya sebab kalau kasut sejenis tiada supportive back memang akan memberikan kecederaan kepada kaki kita. Melecet dan luka bila pakai. Tetapi bila kasut kulit Lucca Vudor menjadi pilihan, InShaaAllah kaki kita akan selesa dan terjamin keselamatannya daripada kecederaan. 

  • Soft Calfskin dan Leather Insole 


Macam cx cakap di point pertama, kasut kulit Lucca Vudor diperbuat daripada kulit anak lembu berkualiti tinggi untuk keselesaan penggunanya.  Ianya lembut dan mudah untuk kaki kita bernafas ketika memakainya.  Paling cx suka sebab kasut kulit Lucca Vudor ini leather insole support Insole Lucca Vudor Invention yang mengubah industri Lambskin Support Insoles yang mana Lucca Vudor adalah satu-satunya pembuat kasut di dunia yang membuat kasut secara terperinci dan sempurna.  Kasut kulit Lucca Vudor menggabungkan keselesaan dan kasut bergaya untuk keselesaan serta gaya hidup paling popular di Singapura

lucca vudor review
Lucca Vudor Review : Kasut Kulit Paling Selesa Buatan Tangan Itali

  • Snuggles Feet with Soft Natural Tones


Lagi satu, kasut kulit Lucca Vudor ini bercirikan snuggles feet with soft natural tones.  Kasut kulit Lucca Vudor mengikut bentuk kaki si pemakai agar lebih selesa dan tidak sakit.  Kemudian warna kasut kulit Lucca Vudor juga sangat lembut dan semulajadi.  Lucca Vudor tidak menggunakan warna yang murah untuk kasut kulit mereka.  

Lucca Vudor Review : Kasut Flat Fallon 808-14 Green

Menjelang hari raya tidak lama lagi, jadi cx pon ambil kesempatan untuk dapatkan sepasang kasut raya untuk diri sendiri dari Lucca Vudor Singapore.  Banyak sungguh pilihan kasut dan design yang Lucca Vudor ada.  Setelah dibelek-belek semua jenis kasut yang ada, cx berkenan sangat dengan kasut kulit Lucca Vudor yang sejenis flat Fallon 808-14 warna hijau.  Cantik! 

Kasut Flat Lucca Vudor Fallon 808-14 diperbuatkan dengan identiti Lucca Vudor yang terkenal.  Lucca Vudor yang mementingkan tekanan yang melegakan kaki ketika memakainya.  Kasut Lucca Vudor Fallon 808-14 ini adalah kasut yang selesa untuk wanita.  Ianya dihasilkan daripada kulit berskala demi kemasan yang anggun dan bertekstur tersendiri.  

lucca vudor review
Lucca Vudor Review : Kasut Kulit Paling Selesa Buatan Tangan Itali

Ketinggian tumit kasut ini memberikan atau menunjukkan tahap keselesaan maksimum.  Cx masa terima parcel Lucca Vudor ini, rasa sangat teruja sebab kasut sangat cantik tau!  Bila pakai, tahap selesa dia tu susah untuk digambarkan.  Memang selesa sangat!  Memang jadilah raya cx kali ini dengan Lucca Vudor! Ohya, mengenai saiz, sama saja dengan orang Malaysia.  Jadi, tak perlu ragu nak memilih kasut korang di Lucca Vudor website okay. 

Post a Comment

1 Comments

Ciktie said…
Cantik² semua kasut dia ni.