Cara Hilangkan Bau Ketiak


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cara Hilangkan Bau Ketiak

Bila kita cerita pasal bau ketiak, memang tak boleh bawa bincang kalau jumpa sejenis yang berbau.  Boleh pitam dekat situ juga.  Tapi korang jangan tak tau, masalah bau ketiak ini ada masa disebabkan oleh sakit. Tapi kebanyakkannya malas nak pakai deodorant! haha! Ini yang tak boleh nak bawa bincang.  Jika dulu cx pernah dan ada juga jumpa orang-orang yang bau ketiak ini.  Zaman sekolah kami panggil bau 'keti' .  Memang tak boleh nak bernafas kot.  Kadang-kadang itu muka elok dah, tiba-tiba lalu sebelah, bau ketiak. Pengsan nak oi! 

Cara Hilangkan Bau Ketiak
Cara Hilangkan Bau Ketiak

Punca Bau Ketiak

Masalah bau ketiak atau bromhidrosis ini merupakan perkara yang berlaku apabila kita dah mula akil baligh.  Ia terjadi disebabkan dalam badan kita berlakunya proses peningkatan hormon yang dipanggil sebagai androgen.  Hormon ini sebenarnya tidak aktif pun sampailah tempoh kematangan atau kita panggil akil baligh.  Sebab itulah kalau kanak-kanak, kita jarang jumpa yang sejenis berbau ketiak dia.  Biasa budak-budak manis lagi bau waima berpeluh.  

Bau ketiak ini sebenarnya hasil yang berlaku apabila bakteria pecahkan protein keratin yang ada pada permukaan kulit kita.  Agak rumit dan kotor serta macam jijik bukan? Tapi itulah kenyataan yang berlaku kepada badan kita selama ini. Kalau kita ada buat aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal dan cenderung menyebabkan badan berpeluh, atau mungkin kita lebih banyak terdedah kepada keadaan panas cahaya matahari, badan akan menghasilkan peluh yang menyebabkan badan kita berbau. Kalau dah berpeluh dan bau ketiak, semua orang pon lari weh! haha

Sebenarnya peluh ini membantu mengawal suhu badan kita.  Setiap satu kejadian yang Allah cipta, pasti ada hikmahnya waima kita rasa geli kotor dan jijik.  Tapi hikmahnya bila peluh berjumpa dengan bakteria pada permukaan kulit, inilah penyebab wujudnya bau. Inilah yang dipanggil sebagai bau ketiak atau bau badan. Orang putih panggil sebagai body odor.  Haa cenggitukan? Itulah proses terhasilnya bau di ketiak korang semua. 

Cara Hilangkan Bau Ketiak
Cara Hilangkan Bau Ketiak


Cara Hilangkan Bau Ketiak

Cara hilangkan bau ketiak ini ada banyak.  Tapi cx suka ikut petua orang tua-tua kita. Petua paling mudah dan tidak memerlukan modal.  Pastinya berkesan tetapi kena rajin juga.  Jadi cx kongsikan antara petua cara hilangkan bau ketiak yang selama ini cx buat waima ketiak sendiri bukan sejenis tengik. Eh! 

  • Lemon

Ini antara yang biasa orang pakai iaitu menggunakan lemon. Ketika korang mandi, ambil lemon, kemudian gosokkan dekat ketiak korang.  Buatlah dua hari sekali, tapi kalau sejenis ketiak tengik, silakan buat hari-hari setiap kali mandi.  Lemon ini bukan setakat petua atau cara hilangkan bau ketiak, tetapi ia membantu memutihkan juga ketiak korang.  Bau lemonlah ketiak korang. Pastikan hirislah nipis supaya mudah nak gosok dekat ketiak.  Jangan tak potong pula.  Jenuhlah.  Nak lagi berkesan, selepas mandi pon korang gosok lagi dekat ketiak biar bau lemon kekal lama. 


  • Gosok Ketiak Dekat Lutut

Ini petua yang memang cx amalkan sejak anak dara lagi.  Mak cx bagitahu cara hilangkan bau ketiak paling mudah nak buat dan tak perlukan modal pon.  Korang masa mandi itu, tak kisahlah dah bersabun atau belum atau ketika bersabun, silakan duduk cangkung dan gosok ketiak dekat lutut.  Korang gosok sahaja terus dua-dua ketiak dekat lutut kiri kanan.  Gosok tak lama pon.  Sekejap pon boleh.  Janganlah korang beriya gosok sampai mak kau pekikkan nama dari dapur pula. 

Cara hilangkan bau ketiak dengan cara gosok di lutut ini memang berkesan dekat cx.  Rajin-rajinlah buat waima cx pon tak tahu apa significant ketiak dengan lutut hahah! Cx suka ikut cara orang dulu-dulu, banyak petua yang boleh digunapakai selagi ianya tidak melibatkan syirik, melampaui batas agama dan tidak merepeklah.  haha. 

  • Selawat Ketika Mandi


Cara hilangkan bau ketiak paling wajib korang kena buat.  Ceh! tidaklah wajib tetapi cuba jadikan amalan setiap hari.  Mak cx selalu pesan, kalau nak buat apa-apa, baca bismillah dan selawat ke atas Nabi saw.  Kalau basuh pinggan pon cx akan selawat setiap kali bilas.  Inikan pula ketiak dan badan kita ketika mandi.  Cx memang amalkan berselawat ketika mandi. Baru rasa bersih. 

Mak cakap, bila dah selesai sabun bersih badan, selawatlah untuk jirusan terakhir ke seluruh kulit kita.  Waktu dekat ketiak tu, gosok-gosok ketiak dan selawat.  Badan tidak akan bau hamis tau.  Rasa suci abadi sahaja badan selepas mandi dan berselawat.  Badan bersih, pahala pon dapat.  Mudah bukan? 

Cara Hilangkan Bau Ketiak
Cara Hilangkan Bau Ketiak

Sejahterakanlah Ketiak Korang Demi Keharmonian Hidung Masyarakat Sejagat

Okay kesimpulannya, sejahterakanlah ketiak korang demi keharmonian hidung masyarakat sejagat. haha! Korang tolonglah cakna dan ambil inisiatif untuk tahu keadaan ketiak korang.  Banyak sangat dah orang kongsikan cara hilangkan bau ketiak.  Korang saja yang kena bertindak.  Waima korang bukan sejenis ketiak berbau tetapi silalah sedar untuk pakai deodorant ya.  Deodorant adalah penyelamat untuk kehidupan di atas muka ini terhadap manusia setempat. haha! Silalah beli deodorant ya dan jaga ketiak korang molek-molek. 

Post a Comment

0 Comments